Raya Selagi Terdaya, Recycle Baju Cotton.
Assalamu'alaikum. Katanya ada entry sampai raya ketiga je, kan? Betul la, setakat hari entry pertama dan kedua dimuatnaik. Raya kedua tu mak dan adik-adik balik Terengganu, beraya kat sana pulak. Kami tiga beranak tak ikut, lepak je kat Temerloh dengan bibik sekali. Itu yang masa bagai terhenti seketika. Raya ketiga tu lepas solat Juma'at kami bertiga pergi nak jenguk adik lelaki bongsu arwah atok, yang aku panggil 'Aboh'. Raya pertama mak dan adik-adik dah pergi jenguk dia, tapi aku kat kampung mertua masa tu. Sayu je hati aku tengok gambar yang mak kirim kat whatsapp, tak sabar nak jumpa Aboh. Dia kena langgar lari dek mamat motor depan kedai runcit dia, memang terkutuk nak kena sambar petir la orang tu buat warga emas macam tu! Lepas tu kesihatan Aboh jadi terganggu, ye lah umur pun dah senja benar.. Logik la. Keluar masuk wad dah, aku je tak sempat-sempat nak ziarah. Elok je aku sampai rumah dia, Aboh dah dibawa ke unit kecemasan, muntah darah...