Posts

Showing posts with the label RAMADAN DELITE

Udang Kam Heong TPJ

Image
 Assalamu’alaikum. Resipi kedua yang nak aku abadikan dalam blog rojak ini adalah Udang Kam Heong, versi Cik Puan TPJ. Udang sebolehnya guna saiz XL ke atas, kalau nak betul-betul macam makan kat restoran, gunakan Udang Harimau Poket Menangis. Macam biasalah, kena expect kepedasan lebih daripada biasa dah namanya versi aku, kan? Marilah kita sama-sama menipiskan kulit perut. Bila dah ada menu Udang Harimau Poket Menangis ni atas meja, tak perlu beriya buat sayur apa bagai, cukup dijodohkan dengan broccoli ataupun cauliflower rebus. Less is more, guys! Kita jumpa lagi, bye for now. ~ Nai @ Tak Pe Je.

Panggilan Solok Lada

Image
Assalamu’alaikum. Aku dari dulu kala sangat suka makan solok lada, especially jodoh dengan nasi kerabu. Biasalah, nama pun orang Pantai Timur kan, apa nak heran? Seumur hidup tak pernah la aku buat sendiri, sampai la Ramadan kali ni. Masalahnya punya la hazabedah nak cari lada solok kat kariah Masjid Setiawangsa ataupun yang sewaktu dengannya. Dua tahun lepas relax je beli kat Aeon AU2, bersepah ada jual kat bahagian sayur-sayuran. Mungkin tak berapa mendapat sambutan ataupun memang bekalannya dah tak semudah dulu, aku pun tak pasti punca sebenar sekarang dah takde jual. Sebelum puasa aritu gigih bibik kirim kat orang Kelantan yang jualan kat siar kaki, kebetulan ada kerabat balik kampung.  Datang angin hijau aku nakkan solok lada, macam tak cukup tanah aku cari kulu kilir. Cold Storage kat GE Mall pun takde, sedih rasa aku pergi dengan bibik penuh harapan. Balik tu aku google, jumpa la kat Jaya Grocer ada jual. Lepas selesai kes kat Jalan Duta esok tu, aku niat nak pergi ke KL Eas...

Ahlan Ya Ramadhan

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak pasemboq aku ni, sedar-sedar dah 5 hari kita berpuasa. Rasanya baru semalam aku siapkan menu sahur dan iftar untuk 3 hari pertama. Orang lain buat jadual menu sebulan, aku dapat 3 hari pun dah tak serupa bikin. Bukan apa, sama jugak kalau aku sediakan koleksi pakaian nak pakai seminggu, akhirnya sampai waktu kejadian, tetap pilih yang lain. Apa pesen pun tak tau la!  Ramadhan kali ni cuaca tak menentu, kadang-kadang dah macam kat Australia je. Tengah-tengah panas terik, langit bertukar mendung dan hujan turun membasahi bumi selebat-lebat alam. Kalau jenis tak sediakan payung dalam kereta ataupun dalam handbag, maka bertabahlah tunggu hujan reda. Bagi para penunggang motorsikal kat luar sana, baju hujan dilupa jangan. Banyak asid air hujan zaman sekarang ni, nanti demam payah pulak musim-musim pandemik ni.  Minggu lepas aku lama jugak stuck dalam kereta tunggu hujan reda, bukan sebab takde  payung tapi kalau dah lebat sangat cam...

WW ~ Louder Than Words

Image
Either my sultan was too hungry or the noodle soup was too good, or both. In any case, I was pleased. ~ Nai at Tak Pe Je.

Nai's Lamb Chop Recipe

Image
Assalamu'alaikum. How's your Ramadan so far, you guys? Hope everyone is doing great, Insya Allah. Before I start thinking to put things together for today's iftar menu, I'd like to rant about yesterday's menu, now let's go straight into it, shall we?  I had written down a recipe from the internet to marinate lamb chops Arab style, but somehow or rather I turned out adding the quantity of the original ingredients due to much, much larger portion of my chops at hand. Understandably, I just had to double everything up, sometimes tripple, so as to adjust to the current situations in the kitchen. And oh yes, I went an extra mile further by adding some red grape juice to the marinade, making it somewhat fusion la konon..! And having said that, I have to admit that I didn't like the outcome of it, unfortunately. Thank God I had asked Bibik not to grill all the marinated chops, just enough to cater a few people at home yesterday. Then, immed...

Welcoming Ramadan With Arms Wide Open

Image
Assalamu'alaikum. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan. May this Ramadan increases our faith and patience and perseverance.  Ameen.  ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ Sementara Itu...

Image
Label: Wordless Wednesday  Location: AEON Electrical Department, AU2 Situation: Waiting Game #latepost #latergram #ramadan #1436H ~ Nai at Tak Pe Je.

Seputar Akhir Ramadan & Awal Syawal

Image
Assalamu'alaikum. Eh, ada lagi cerita nak dikongsi dengan korang pasal puasa dan raya, kenapa tak percaya? Percayalah. Hehehe. Sementara masih dalam momentum sebegini rupa, baik layankan aje. Rojak sikit tapi entry ni, jangan marah tau!  Hari terakhir puasa memang paling mencabar, perasan tak? Sebab mental dah terlebih bersedia nak raya, terutamanya budak-budak. Mak budak pun dua kali lima jugak. Cuaca yang sangat panas lagilah pemangkin segala rasa kurang selesa. Cuma Alhamdulillah tahun ni walaupun panas, angin memuput lembut dan mengelus-ngelus pipi kasi lembut rasa hati. Bertambah lembut bila ada jugak port yang dapat detect 3G kat bawah pokok depan rumah pak mertuaku. Datang je petang, bertenggek la budak, bapak dan mak budak secara berjemaah lepak kat situ. Suasana yang akan sentiasa segar dalam ingatan kami bertiga hendaknya.  Itu kisah akhir Ramadan. Yang ni pulak awal Syawal, meh teruskan membaca. Junior ni kan nama je Darjah 5 tapi budak sangat lag...

Iftar Yang Dinanti Saban Tahun

Image
Assalamu'alaikum. Dalam banyak-banyak majlis iftar setiap tahun, ada satu majlis yang aku memang nanti-nantikan penuh pasti. Bukan apa, masa tu la aku ada ruang dan peluang nak jumpa family friends yang selalu dekat di hati walaupun agak jauh di mata. Takde la jauh benar sebenarnya tapi masing-masing ada hidup dan kehidupan tersendiri, itu maksudnya. Kali ni kami berhimpun di Restoran D'Saji (dulu orang panggil Restoran Nelayan) kat Tasik Titiwangsa. Mula-mula sampai dalam 6.30 aku pergi ambik wudhuk siap-siap dan berbedak bergincu bagai, nanti masuk waktu senang terus pergi ke surau dan solat Maghrib. Pilihan yang tepat, nasib baik sungguh.. Sebab banyak group yang masuk tadi, termasuklah SENIMAN.  Elok lagi bermekap masa ni.. Azan je aku terus minum teh tarik dan hirup sup tulang sikit, lepas tu berlenggang ke surau. Punyalah padat surau kecik tu, dah jadi macam sauna terlebih muatan masa solat. Alhamdulillah.. Dengan itu Malaysia masih terselamat daripada bala ben...

Baju Raya Oh! Baju Raya

Image
Assalamu'alaikum. Tahun ni paling pelik dalam sejarah sebab aku tak sibuk nak tempah baju raya awal-awal tahun. Beli kain nak dibuat baju Melayu pun tidak, memang ajaib la sebenarnya. Kain-kain saree yang dibeli hujung tahun lepas dan kain-kain dari Bandung trip pun tersadai je tak bersentuh dalam almari. Sedar tak sedar, orang lain dah sibuk cari tudung raya. Aku apa pun belum ada. Nasib baik la cik abang ada kawan yang boleh siapkan baju kurung moden & baju Melayu dengan pantas. Tinggal lagi pilihan kain yang dia ada sangat terhad untuk dijadikan matching skirt. Baju aku guna kain sama dengan baju Melayu hero berdua tu, fabrik dari cotton yang super soft & comfy. Skirt tu aku kurang berkenan pulak, sudahnya aku ambik keputusan nak pakai skirt Variante yang aku beli tahun lepas sebagai ganti. Setakat ni itulah cadangannya, tak tau la kot last minute terjumpa pilihan yang lebih menarik.  Ada sehelai baju dari fabrik sifon aku beli kat Jakarta hujung tahun lepas yan...

Minggu Baru Pun Bermula

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni Isnin, 19 Ramadan 1436 Hijrah, bersamaan 6 Julai 2015 Masehi. Tiada sebab untuk berkeluh kesah, jom mulakan minggu baru dengan semangat orang Jepun.. Kombate! Panas betul kan cuaca kat Malaysia Ramadan kali ni? Nanti petang sikit mulalah hujan turun, macamana tak penuh klinik dengan orang demam, batuk dan selesema? So, jangan ikutkan sangat tekak mintak ais masa bukak puasa... Nanti dah start batuk musim-musim macam ni jenuh nak baik balik.  Apa-apa pun, aku happy sebab dah 19 hari berjaya berpuasa dengan jayanya. Alhamdulillah... Dan akhirnya aku ada masa nak bawak kereta bonda masuk bilik mandi pujaan hatinya. Lama dah mata aku senak tengok keadaan kereta tu, malap lagi bau asyam. Dekat Cars tadi aku kasi cuci, vacuum dan tarik bau Nano amenda ntah namanya. Bukan Awan Nano, tapi dulu dipanggil Nano Mist, sekarang Nano jugak cuma tak guna minyak tapi guna amenda ntah, tarik dengan kompresor? Hahhahah lebih kurang gitu la bunyinya peneranga...

Demi Sebuah Cinta, Kasih dan Sayang

Image
Assalamu'alaikum. Ubat paling mujarab dalam dunia ni adalah cinta dan kasih-sayang. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan ada banyak sebab untuk teruskan sebuah perjuangan. Dengan cinta dan kasih-sayang kita akan lebih bersemangat untuk meneruskan sebuah kehidupan. Jika itu kita miliki, bersyukurlah walau apa jua dugaan yang perlu kita tempuhi kerana tak semua manusia diberikan keistimewaan itu. Rezeki cinta dan kasih-sayang tak ada tolok bandingnya, takkan mungkin boleh diganti dengan emas dan permata. Nilainya adalah darah dan air mata, bersatu hingga akhir waktu.  Karma itu bukan suatu cerita dongeng, jadi kita jangan ambil mudah atas setiap perbuatan kita terhadap orang lain, apalagi orang tua kita. Nanti kita semua juga akan merasa tua, nasib kita bagaimana bukan sesuatu yang kita boleh ramalkan. Cuma kita perlu percaya, buat baik akan dibalas baik dan buat jahat akan dibalas jahat.  Bonda memang seorang anak yang banyak berbakti kepada orang tua dan ...

Cinta Terulung Dalam Hidupku

Image
Assalamu'alaikum. Sesiapa pun tak pernah dan tak akan pernah mampu ambik alih takhta kasih bonda dari hatiku. Harsh statement. Hakikatnya begitulah. Aku kan vokal, rasa apa aku cakap, cakap apa aku rasa. Expressive kata orang putih, dah memang macam tu apa nak dikata? Mak selalu suka curi-curi pandang anak dia dan rasa kasih yang terpancar dari sinar matanya memang menjemput segala rasa dalam hatiku. Bahasa bisu yang kadang-kadang diluahkannya, "Sayangnya kat anak mak sorang ni". Oh, anak mak yang sorang ni pun sayang gila kat mak, tau!  Mak dah semangat nak teruskan hidup, muka pun dah ada kaler. Dia dah suruh aku pergi belikan tudung raya untuk baju-baju dia dalam almari. Siap nak try hoodie kuning aku sebab nak pakai style tu pulak raya tahun ni. Perghh tahniah la Nai, sebab sungguh kuat menahan perasaan dan tetap tersenyum sedaya mungkin sepanjang adegan mencuba tudung itu berlaku.  Dua gambar dari dua hari yang berbeza. Mak memang lawa pa...

Senyum Kan Sedekah.. Tak Mau Muka Ketat.

Image
Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah. Salam Juma'at kawan-kawan semua. Diam tak diam dah 16 hari kita berpuasa, tinggal 2 minggu je nak raya. Omai..! Ada yang baru start puasa, ada yang baru tak boleh puasa, ada yang tak reti-reti nak puasa. Oopss! Jangan marah tau.. Kita cuit sikit je takkan tak bleh? Hehhehe. Banyak yang aku nak cerita tapi biasa la, banyak yang aku kena simpan. Cukup la setakat ni aku bagitau yang mak aku sakit, dah seminggu lebih kami adik-beradik berulang-alik ke hospital. Jenis aku pulak bila keadaan dah reda baru reti nak cerita kat orang. Now that she's much better, boleh la aku ambik masa update blog. Harap-harapnya minggu depan mak dah boleh balik rumah, kembali memeriahkan meja waktu bersahur dan berbuka puasa. Sepi hati ini dalam senyuman Tuhan saja yang Maha Mengetahui.    Adik aku yang handsome ni sesuai dengan status bujangnya, paling banyak peluang tunggu mak kat hospital. Kami adik-beradik bukan ramai pun, Alhamdulillah ma...