Posts

Showing posts from December, 2023

Awek Besi

Image
  Assalamu’alaikum. Orang Terengganu masa zaman aku muda remaja dulu ada gelaran khusus untuk orang-orang perempuan yang cenderung “materialistik” dalam memilih pasangan, tapi lebih kepada golongan muda-mudi gitu. Kalau sekarang mungkin jauh berbeza dengan zaman itu, cara menilai materialistik sudah tentu juga berbeza. Maklumlah, dunia menjadi lebih luas dengan media sosial dan jaringan internet tanpa sempadan. Setidak-tidaknya, orang Pantai Timur tidak lagi terlalu jumud dalam melihat sesuatu yang kurang biasa dalam komuniti mereka. Bagi aku, perkara yang bertambah bagus harus diraikan, didoakan semoga dapat memberi manfaat kepada banyak orang. Dari satu segi, rata-rata pihak akan mendapat pendedahan tentang budaya, cara hidup masyarakat luar dan apa jua yang bersangkutan dengannya tanpa perlu melangkah jauh dari lokasi masing-masing. Implikasinya pun bagus sekali, kerana setiap daerah menjadi seakan-akan lebih dekat meskipun jauh beribu batu.  Gelaran itu adalah “Awek Besi”, yang seb

Usah Berkedip

Image
  Assalamu’alaikum dunia… Saat satu pintu tertutup, usah lupa tingkap yang wujud. Bahkan tetaplah yakin untuk bertanya: Adakah pintu yang tertutup itu sebenarnya berkunci ataupun tidak mungkin untuk ditembusi? Adakah tingkap yang wujud itu pula suatu imaginasi atau sekadar ilusi semata-mata?  Memang lebih mudah untuk kita menyerah kalah pada keadaan malang yang menimpa hidup, itu semua orang boleh lakukan tanpa perlu bersusah payah sedikit pun. Tinggal lagi, dunia bukanlah tempat untuk kita bersenang lenang mahupun berlenggang kangkung dalam semua situasi. Di sini kita ditugaskan untuk mencipta dan mencetak rentak sebagai bekalan di destinasi sebenar, tempat nan abadi tanpa air mata, tanpa lelah mahupun sekelumit sengsara. Maka dengan itu, carilah hikmah di sebalik setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita di dunia ini. Sekalipun segala-galanya bagaikan menghimpit diri sehingga ke sudut paling hujung, tetaplah berbaik sangka pada rahmat-Nya. Kekal percaya bahawa kepayahan datangnya

Seluar Kargo

Image
Assalamu’alaikum. Musim seluar kargo sekarang ni kan? Selain denim skirt, berduyun-duyun kaum Hawa pakat menggayakan seluar kargo hari demi hari. Dulu masa aku rutin pakai denim skirt, orang selalu kata fesyen lama tak trendy segala. Masa pakai seluar kargo, orang kata tak sesuai perempuan ambik style lelaki.. apa cerita suka pakai seluar poket sana poket sini macam mekanik? Tinggal lagi, aku bangsa tone-deaf mana ada nak kisah pun semua tu janji aku suka sudah.  Tapi itu dulu, sekarang denim skirt dan seluar kargo dua-dua jadi fashion statement sampai berlambak-lambak kat kedai fizikal dan juga online. Harga pun murah-murah, cuma kalau nak yang kualiti lebih dari segi fabrik lembut, tak boleh la dapat bawah RM100. Dulu memang gitulah harganya, sampai sekarang masih tak banyak berubah kalau diamat-amati. Apa yang bagusnya sekarang ni, cutting lebih sesuai untuk badan perempuan dan siap didatangkan dengan gender friendly, unisex gitu.  Sejak harga durian runtuh boleh dapat kat Shopee, b

Sarung Telekung

Image
 Assalamu’alaikum. Aku ada satu perangai dari zaman muda remaja sampailah purbakala ni, suka sangat solat guna kain sarung dipadankan dengan telekung. Kalau dulu mesti tergedik-gedik buat muka comel mintak dengan ayah, sekarang aku lebih memilih untuk beli sendiri kat Mydin. Bukan tak boleh ambik pakwe punya, ada je memang dah rembat dua tiga helai tapi sebab sejenis tamak haloba, nak juga beli lain.  Lebih-lebih lagi sejak selalu turun Ipoh hampir setiap bulan dah dua tahun lamanya, suka sangat jenguk Mydin gedabak kat Meru Jaya. Dah jadi satu rutin wajib berlama-lamaan kat bahagian mini telekung dan sarung pelikat. Ada yang tanya kenapa suka guna sarung masa solat? Oh, jawapannya mudah je: sebab labuh dan gabak. 🤭 jauh lebih selesa berbanding kain telekung, terutamanya yang dari Indonesia mahupun Vietnam. Kebanyakannya senteng, banyak kali ternampak kaki masa duduk tahiyyat akhir. Dulu la, sekarang ni dah labuh-labuh majoriti kain yang dijual, kecuali la yang orang waqaf kat surau a

LUKA

Image
Dalam hidup ini, yang paling menyakitkan adalah dikhianati oleh orang yang paling dipercayai. Sulit untuk dihadam akal fikiran, boleh menjemput kemurungan yang tidak bersempadan. Kemaafan bukan lagi sesuatu yang perlu ditimbulkan kerana frasa itu sendiri pun tidak sesuai untuk dilafazkan. Apa pun jua alasan, pilihan ada di tangan kita untuk saling menjaga kepercayaan dan tidak sesekali mengkhianati antara sesama.  Mengkhianati itu sendiri adalah suatu pilihan dan tiada alasan yang akan mampu dijadikan sandaran. Apatah lagi jika satu demi satu pengkhianatan dilakukan, memanipulasi sebuah kepercayaan yang diberikan tanpa syarat selama ini. Itu sudah terang lagi bersuluh adalah pilihan yang disengajakan, matlamat takkan pernah menghalalkan cara.  Sakit yang dirasakan juga bagaikan pedang menghunus ke jantung, membunuh zahir dan batin. Meskipun hidup tetap terasa mati. Yang lebih menyakitkan adalah hidup tetap perlu diteruskan sementara menanti mati yang memang pasti. Begitulah diibaratkan

Hanging Tough

السلام عليكم Yeah, it’s been a while… things have been tough, life has been rough. But when the going gets tough, the tough get going. What doesn’t kill will make you stronger. The way I see it, at least it would make you slimmer. As 2023 almost ends, let’s hope for a better year ahead.  Meanwhile, just embrace each day with gratitude and graciousness to the max.  Sayang korang!