Seluar Kargo


Assalamu’alaikum. Musim seluar kargo sekarang ni kan? Selain denim skirt, berduyun-duyun kaum Hawa pakat menggayakan seluar kargo hari demi hari. Dulu masa aku rutin pakai denim skirt, orang selalu kata fesyen lama tak trendy segala. Masa pakai seluar kargo, orang kata tak sesuai perempuan ambik style lelaki.. apa cerita suka pakai seluar poket sana poket sini macam mekanik? Tinggal lagi, aku bangsa tone-deaf mana ada nak kisah pun semua tu janji aku suka sudah. 

Tapi itu dulu, sekarang denim skirt dan seluar kargo dua-dua jadi fashion statement sampai berlambak-lambak kat kedai fizikal dan juga online. Harga pun murah-murah, cuma kalau nak yang kualiti lebih dari segi fabrik lembut, tak boleh la dapat bawah RM100. Dulu memang gitulah harganya, sampai sekarang masih tak banyak berubah kalau diamat-amati. Apa yang bagusnya sekarang ni, cutting lebih sesuai untuk badan perempuan dan siap didatangkan dengan gender friendly, unisex gitu. 

Sejak harga durian runtuh boleh dapat kat Shopee, banyak dah aku kumpul. Murah memang la murah, tapi kain jenis macam uniform sekolah rendah/menengah. Ada juga yang jadi mengecut lepas dibasuh banyak kali, tetiba pakai “eh kenapa senteng?” Adatlah benda murah, nak expect menang memakai, apa ada hal? Tinggal lagi, bila koleksi banyak dalam almari, boleh rotate dan tukar ganti ikut selera. Aku kadang-kadang pergi outstation bawak sehelai, pakai siang malam. Ada sehelai yang nipis aku beli kat Uniqlo, sejuk kalau pakai travel.. sebab aku lebih selesa pakai yang tebal dalam air-cond. Jadi takpe la kain tebal macam uniform sekolah pun, senang nak keluar masuk tempat full-blown air-cond. Tidur malam masa outstation pun dalam air-cond jugak, tak pasal-pasal karang menggigil bangun Subuh. Bukan semua homestay ada selimut tebal dan takkan nak angkut comforter kulu kilir pulak, renyah nanti. Blazer, jubah, beg isi fail dan beg isi baju pun dah kiri kanan… owh, tak kuasa aku!


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan