Posts

Showing posts with the label RANGGI METROPOLITAN

WW ~ Bulan Bicara Sendiri

Image
~ moving on.

WW ~ Find Your Happy Place

Image
It can’t be so bad… ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Mak Kau Ninja

Image
Akhirnya, kita semua adalah Ninja. ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Greener Than Thou

Image
  To Green or Not To Green. Might as well just grin or at least, don’t look back in anger.  ~ Nai @ Tak Pe Je. 

Cerita Tentang Covid-19

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog, aku kembali dengan berita ‘sensasi’ sikit kali ni. Allah bagi aku merasa secara direct apa benda rasanya positif covid. Bagi yang duk gebang kata semua ni konspirasi segala, tunggulah bila dorang merasa sendiri. Mana dapat, ramai kawan dan sanak saudara tanya. Kalau ikutkan kandungan virus yang dikesan hasil swab test PCR kat Klinik Anda aritu, bibik paling lama kena, diikuti bonda, Nazri (adik bongsu) dan aku paling baru dijangkiti. Boleh la kita katakan bibik adalah pembawa, takde la jatuh fitnah pulak. Lagipun dia memang selalu keluar pergi beli barang 3, 4 kali sehari dah balik bukannya reti nak mandi.  Sudahnya, mak checked-in Hospital Ampang dan bernafas menggunakan bantuan oksigen lebih kurang 4 hari. Nazri, bibik dan aku kuarantin kat rumah dalam bilik berasingan. Merasalah berjauhan dengan pasangan 10 hari berturut-turut: dekat tapi jauh. Allah tu adil, pakwe dan anak aku negatif bersama dengan isteri Nazri yang sarat tunggu hari. Di...

Nai at Your Service

Image
Assalamu’alaikum. Dua hari lepas aku ambik masa pergi beratur nak masuk shopping kat Tesco Wangsa Maju. Asalnya nak order online je, tapi slot penghantaran asyik penuh memanjang. Bila tengok delivery paling awal pun hari Isnin depan jam 5pm, malas aku nak layan. Kebetulan kerja tak sepadat biasa, aku cepat-cepat ajak bibik cari barang-barang dapur segala bagai.  Walaupun masih perlu beratur menunggu giliran, tapi keadaan takde la sekronik masa weekend. Takpe la kan, janji kita dah selesai memenuhkan troli dengan perlbagai jenis barangan runcit dan kudapan harian. Lega sungguh bila ingat semua ni, terutamanya apabila ‘total lockdown’ selama 14 hari diumumkan petang tadi. Esok lusa jenuh la manusia di lembah Kelang akan pakat menyerang hendap semua pasaraya besar dan kecil: panic buying to the core. Bibik kata, menyesal tak ambik banyak lagi bawang.. tapi kalau banyak-banyak sangat karang cepat buruk pulak kat dapur. Anyways, sejak aku dilamun krik-krik setelah drama dark-comedy ‘Vic...

WW ~ Pahala Percuma

Image
Senyum kan percuma.... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Khabar Lebaran

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni dah start kerja semula, tak pernah lagi rasa tak sabar nak habis cuti raya. Daripada lemau takde buat apa-apa, nak ziarah raya pun tak boleh, lagi bagus masuk kerja. Rehat lama-lama sangat nanti buatnya otak berkarat, haru biru! Sepanjang cuti aku duk ulang tengok drama My Love From The Star dan Legend of The Blue Sea, sebabnya lepas drama Vincenzo tamat, aku macam rasa frust bercinta. Cerita lain banyak yang baru, tapi takde makna langsung di hati ini. Sudahnya aku putuskan, baik layan drama yang confirm best... walaupun entah berapa kali dah tengok. Angau jugak lepas tu, menangis pun berbakul-bakul jugak dapat mutiara warna putih dengan pink. (Siapa tengok drama Legend of The Blue Sea je paham).  Duk dengar OST drama My Love From The Star setiap ketika, rasa macam terawang-awang di ruang angkasa especially bila dengar lagu “Promise”. Memang jelas la nampak depan mata adegan Do Min-jun dengan Cheon Song-yi kat tepian pantai nan romantis lagi sadis. Seda...

Raya PKP 3.0

Image
Assalamu’alaikum. Selamat Hari Raya Fitrah kepada semua yang beragama Islam di seluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan-Nya untuk merayakan Hari Kemenangan ini. Sendu macamana sekali pun, raya tetap disambut apa adanya, mengikut kemampuan masing-masing.  Nak kata meriah memang takde la kan, ziarah pun tak dibenarkan, apa yang nak kita expect? At least aku diberikan kesempatan untuk masih bersama bonda tercinta, itu pun satu rezeki yang tak terbandingkan kerana bukan semua mendapat peluang macam tu. Jadi, nikmat Tuhan yang manakah hendak aku dustakan? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kita ni dah dua tahun tak boleh berhari raya di kampung, nak kata tak sedih memang la pembohongan terbesar. Cik abang aku murung je sejak tahu tak boleh rentas negeri, setakat guna alasan bekerja memang boleh tapi takkan dia nak balik kampung seorang diri? Kalau bujang atau duda lain cerita, tapi dia ada anak bini kat sini. Video call kat kampu...

Pilihlah Untuk Gembira

Image
Assalamu’alaikum. Sejak zaman pandemik setahun dua ni jenuh nak dapat peluang window shopping, at least bagi aku la kan. Lagipun takde maknanya nak shopping mopping bagai, maklum la duk terperuk kat rumah aje 24 jam. Tapi nama pun perempuan, kalau tak keluar shopping pun boleh je keluar duit secara online shopping. Sedar-sedar ada je parcel sampai depan rumah dari Shopee, Lazada, Zalora, eh macam-macam la pendek katanya! Cuma aku hampir dikatakan zero record beli baju online, sebab cutting aku ni payah sikit... kalau baju kurung contohnya, baju mungkin muat S atau M tapi kain belum tentu. Adeh... selalunya paling kecik pun saiz L. Maka terpaksa la aku ambik saiz yang lebih besar demi kerukunan rumah tangga, karang tak pasal-pasal perang dingin dengan cik abang dan juga bonda. Dengan itu, aku ambik masa cari baju raya la sepasang baru-baru ni lepas solat asar. Kena pantas bertindak, dah tau kedai mana nak dituju dan warna apa nak dirembat sebelum masuk waktu berbuka puasa. Itu namanya p...

Mungkin Suatu Hari Nanti...

Image
Assalamu’alaikum. Pernah tak korang rasa sedih, risau ataupun berdebar gila-gila tapi tak tau kenapa? Sebenarnya naluri kita tau sesuatu yang lambat lagi kita akan dapat tau. Ada orang dapat 6th sense tahap dewa ala-ala “Early Edition” tapi kebanyakan daripada kita dapat rasa suam-suam kuku gitu je la. Kira macam drama Melayu la, tetiba tangan tercucuk jarum ataupun pinggan mangkuk terhempas ke lantai pecah berderai bagai.. itu petanda ada musibah yang menimpa orang-orang terdekat dengan kita.  Semua ni takde la di luar logik akal fikiran sangat, sebab kalau nak ikutkan, qada’ dan qadar memang dah ditetapkan. Dakwat pun dah kering, semuanya siap termaktub di luh mahfuz cuma tak semua antara kita yang tergolong dalam kategori “Early Edition” macam yang aku cakap awal-awal tadi. Dan kalau pun kita dapat tau lebih awal perkara yang akan berlaku, bukan kita boleh buat apa-apa pun nak mengubahnya. Cuma mungkin kita boleh bersiap-siaga menguruskan apa saja yang boleh diurus ataupun mengu...

WW ~ Double Trouble Chin

Image
  Double chin don’t care. ~ Nai at Tak Pe Je.

Ahlan Ya Ramadhan

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak pasemboq aku ni, sedar-sedar dah 5 hari kita berpuasa. Rasanya baru semalam aku siapkan menu sahur dan iftar untuk 3 hari pertama. Orang lain buat jadual menu sebulan, aku dapat 3 hari pun dah tak serupa bikin. Bukan apa, sama jugak kalau aku sediakan koleksi pakaian nak pakai seminggu, akhirnya sampai waktu kejadian, tetap pilih yang lain. Apa pesen pun tak tau la!  Ramadhan kali ni cuaca tak menentu, kadang-kadang dah macam kat Australia je. Tengah-tengah panas terik, langit bertukar mendung dan hujan turun membasahi bumi selebat-lebat alam. Kalau jenis tak sediakan payung dalam kereta ataupun dalam handbag, maka bertabahlah tunggu hujan reda. Bagi para penunggang motorsikal kat luar sana, baju hujan dilupa jangan. Banyak asid air hujan zaman sekarang ni, nanti demam payah pulak musim-musim pandemik ni.  Minggu lepas aku lama jugak stuck dalam kereta tunggu hujan reda, bukan sebab takde  payung tapi kalau dah lebat sangat cam...

Dress Code Peguam Muslimah

Image
Assalamu’alaikum. Kali ni aku nak cerita pasal dress code bagi peguam syari’e di negara tercinta kita, Malaysia. Straight forward je sebenarnya:  1- Bertudung putih/kelabu; 2- Berbaju warna gelap, berkain hitam; 3- Blazer berwarna hitam; dan 4- Jubah khas (kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi & Rayuan). Pendek kata, itulah warna asas selagi mana menjadi peguam: MONOCHROME to the max! Majoriti peguam syari’e wanita lebih selesa memilih untuk memakai sepasang baju kurung berwarna ataupun bernada hitam. Macam aku pulak tengok mood, ada masanya lengkap 1 sut blazer dan skirt labuh, dipadankan dengan blaus putih/hitam paras bumper. Ada masanya aku pakai baju kurung macam orang lain, ye la ikut mana yang sesuai dengan kehendak hati.  Dulu kami tak boleh pakai tudung lain kecuali warna putih, punyalah bosan tahap cipan hari-hari macam kaler taik cicak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Arahan Amalan Mahkamah Shariah dah perluaskan kebenaran warna kepada kelabu. Barulah ada va...

WW ~ Aku Bukan Buaya

Image
Betul. Tak tipu.  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Still Got The Blues

Image
Assalamu’alaikum. Life has many colors, more than women’s pallets do. At least that’s how I see it and you might beg to differ. Ok, dah boleh teruskan coretan dalam bahasa Melayu pasar. Kadang-kadang bila buat tajuk entry dulu, aku akan jadi blur kejap nak buat intro macamana. Biasanya aku buat tajuk paling akhir, sebab takkan sibuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris menerewang di ruang akal dan fikiranku ini. Bukan apa, sesetengah orang dah terbudaya berfikir dalam bahasa yang sebati dengan diri sendiri. Bak kata arwah ayah aku dulu, kalau nak tau dah menguasai sesuatu bahasa atau belum, tengok masa mimpi kita cakap bahasa apa. Kalau dalam mimpi pun speaking London, maknanya kita dah menguasai bahasa itu. Lama jugak aku termenung lepas dengar metafora tu. Mungkin ada benarnya... Aku selalu rindu arwah ayah, especially kalau pakai baju yang ada kaitan dengannya, ataupun lalu depan outlet San Francisco Coffee dan The Manhattan Fish Market (tempat favorite arwah). Macam baru-baru ni aku...

Hujung Minggu Di Midvalley

Image
Assalamu’alaikum. Minggu lepas kami bertiga naik grab ke Mid Valley, kena panggil kereta 6-seaters ya kawan-kawan. Masa PKPB kita tak boleh naik grab lebih daripada 2 orang, kecuali kalau kereta yang jenis 6-seaters. Ingat lagi dulu terpaksa burn duit sebab tak boleh naik bertiga nak pergi outing, tapi masa tu tak tau pulak ada exception kepada general rule. Sekarang dah tau senang la nak rancang perjalanan. Kenapa sampai ke Mid Valley kami pergi, jauh tu dari tempat lepak biasa? Sebabnya anak bertuah nak tengok movie anime pujaan dia: Demon Slayer DAN nak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Nampak tak betapa specific nya permintaan dia? Kami kena cari Golden Screen Cinema yang ada outlet Madam Kwan’s, ko rasa? Maka demikianlah kami tercampak ke Bangsar sana, walaupun ada je tempat dekat setakat nak layan movie.  Zaman anak bertuah kecik dulu, ofis kami di kawasan Pavilion sana, memang selalu lepak makan Nasi Bojari Madam Kwan’s. Takde nya pernah dia order makanan lain kalau singgah si...