Posts

Showing posts from October, 2018

DIY Kaftan Kurung

Image
Assalamu'alaikum. Balik kerja Jumaat lepas, aku memang dah pasang niat nak beranikan diri memotong dan menjahit sepasang baju dengan menggunakan kain baru. Aku memang jenis simpan banyak kain pasang dan hantar beruncit-runcit ke kedai jahit. Rembat sepasang kain bermotif batik dengan latar hitam, malam tu aku start projek berpandukan kaftan daripada fabrik sifon yang sangat aku gemar potongannya. Termenung jugak nak ambik angle terbaik, jangan sampai tak cukup nak buat kainnya nanti. Alhamdulillah menjadi, esoknya balik dari jumpa klien kat GE Mall, lepas solat zuhur dan makan nasi, aku jahit kaftan tu sampai siap. Tinggal leher je tak reti nak buat bagi rapi, so aku biarkan dulu. Hari Ahad aku potong kain pulak, buat A line zip tepi. Berhenti kejap pukul 11 lebih, pergi masuk dapur buat apa yang patut, sebab bibik jenis siput sedut tahap gaban punya lembab. Aku tengok dia baru duk rebus bahan-bahan nak buat tom yam putih untuk mak, laki aku bukan makan tom yam selain seaf

Gaya Santai Hari Jumaat, Kujahit Luka Sendiri

Image
Assalamu'alaikum. Jumaat biasanya orang pilih gaya santai untuk ke ofis, korang macamana? Aku pulak tak tentu, ada masa beriya pakai abaya, kadang-kadang jubah seluar, tak pun baju kurung warna lembut dan kalau boleh, kena polos. Blouse dengan jeans ada jugak, tapi itu tak tunggu Jumaat kalau nak pakai, hari-hari yang takde acara rasmi pun boleh. Cuma santai style gitu akan buat aku nampak macam budak tengah ambik degree, jenuh pulak nanti. Jumaat lepas aku pakai skirt kembang yang aku jahit sendiri, rembat kain pelikat arwah ayah yang selama ni aku buat solat, padankan dengan telekung putih. Masa nak potong kain, aku siap sebut, "Dengan izin, ayah.." sampai tergelak cik abang tengok.  Dulu masa muda remaja, aku ada sekali dua mintak kain pelikat ayah nak tempah buat kain, tak pernah dia menolak walaupun aku tau susah dia nak bagi. Dah aku mintak, kan.. Satu hari, aku mintak kain songket Terengganu yang dia tenun sendiri sebab cantik yang amat, zamrud berbena

Projek Menjahit: DIY Palazzo Batik

Image
Assalamu'alaikum. Semalam aku pakai pergi kerja palazzo yang aku jahit dua minggu lepas, menggunakan kain batik. Ikutkan mak, tak lepas nak bawak keluar sebab 'macam la takde seluar lain, malu kat orang je!' Tapi apa ada hal, dah aku minat, mata aku nampak okay je... Mat Salleh siap pakai pergi KLCC tau! Cantik apa, motif batik ni kan penuh seni? Asalnya pinggang palazzo ni aku nak masukkan getah, tapi weekend baru-baru ni aku terasa nak tukar sket. Hasilnya, jadi la macam dalam gambar kat bawah ni, satu penambahan yang bolehlah dibanggakan seorang amatur trang tang tang. Selesa sangat-sangat pakai palazzo batik ni, maklumlah kain batik yang digunakan tu dah lama berkhidmat untuk tuannya... Sejuk lain macam dah, lembut mendakap kulit. Itulah kelebihan kain batik, makin lama makin best dipakai.  Sebenarnya aku nak buat palazzo dengan kain batik mahal yang orang padankan dengan kebaya lace, tapi kena la mulakan dengan apa yang ada dalam simpanan dulu. Bila

Projek DIY Palazzo Batik

Image
Asal kain jadi seluar... Pertama kalinya mencuba... Bolehlah... Tengok gambar kat Pinterest, berkenan pulak. Try buat, ok la jugak, seronok gila berjaya menjahit guna mesin klasik bonda jenama Singer, bikin palazzo sendiri. Nanti bila ada gambar pakai hasil produk tu aku share kat sini. Jahitannya macam ular kena palu tapi alhamdulillah, masih boleh diterima mata dan akal. ~ Nai at Tak Pe Je. Updated version: Projek Menjahit: DIY Palazzo Batik

Cahaya Jumaat

Image
Assalamu'alaikum. Thank God it's Friday, ya? Budak-budak yang ambik PT3 dah merdeka, UPSR pun sama. Next year giliran Junior pulak, entah apa la gamaknya lagi perubahan yang akan diperkenalkan kerajaan. Takpe la, malas nak fikir. Duk berebut nak jadikan anak robot jadian, aku tak minat nak join. Baik santai dan hiburkan hati sementara ada waktu lapang, sebelum waktu sendat datang. Tak balance pencahayaan dalam bilik ofis aku ni, mari kita try guna kaedah cahaya tambahan.  Dapat dramatik effect la jugak. Silau pun takde hal, sekali-sekala apa salahnya.  Hari Jumaat ni shopping complex mesti penuh punya, dah pulak awal bulan, kan. Aku tak ke mana lunchtime, 1.30pm dah nak turun ambik anak kat Gombak sana. Petang lepas kerja ada berkumpul makan-makan, staff nak belanja. Awkward la jugak sebenarnya, tapi layankanlah aje. Tak baik hampakan harapan orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Semoga Jumaat yang penuh barakah ini menyerikan hidup

Tentang Rabun dan Cermin Mata

Image
Assalamualaikum. Minggu lepas spek aku tetiba patah masa tengah duduk-duduk, tunduk tengok instagram kat henfon. Kuat bunyinya, sekali dah terpelanting cermin dari bingkai. Bingung dua tiga saat, aku panggil P.A aku masuk, mintak dia pergi hantar kejap ke kedai spek. Dapat la bingkai sementara kedai tu bagi pinjam, nasib baik ada yang ngam-ngam boleh muat.. Kena pulak dengan muka. Walaupun pada awalnya taukeh kedai, si Alice tu cakap akan ambik masa dua hari sekurang-kurangnya, elok je keesokannya dah sampai bingkai baru. Aku singgah kedai Alice masa lunch, gi ambik. Tanya jugak apahal boleh patah dekat muka, katanya mungkin sebab kilang buat cermin terlebih tebal kat bahagian bawah, jadi lama-lama bingkai tak boleh nak tampung disebabkan ruang yang ketat lagi terhad.  Lama jugak tunggu kat kedai, Alice duk ejas cermin kasi nipis kat bahagian bawah. Siap-siap nak bayar, eh katanya tak payah, free untuk kawan lama. Waah... Alhamdulillah rezeki...!  Kebetulan takde

Masa Untuk Nasi Padang

Image
Assalamu'alaikum. Lately takde cerita sangat nak kongsi kat blog ni, itu yang sendu je keadaannya. Dah dua minggu takat buat Wordless Wednesday, nampak sangat malas nak menaip. Biasalah, daripada dibiarkan bersawang, lebih baik kita update jugak walaupun sekadar sekeping gambar dengan tajuk semata wayang. Semalam pagi-pagi buta sebelum Subuh, ada sorang client lama yang dah jadi member baik hantar wassap. Kebetulan masa tu aku dah bangun, kira betapa manisnya berita pertama yang menyambut hari. Dia transfer duit nak buat belanja staff makan, sebagai tanda terima kasih kepada budak-budak tu, bagus dan cekap menyusun dokumen-dokumen yang dia bagi last minute untuk trial.  Walaupun dia bagi duit suruh beli breakfast, tapi aku mintak izin nak tanya budak-budak sendiri pilihan dorang. Akhirnya, aku bawak ke Restoran Sari Ratu kat Taman Melawati, pekena Nasi Padang. Haa.. Tak angkat muka masing-masing suap makanan!  Sekarang ni budak-budak aku dah jatuh chenta kat

WW ~ Checkered Time

Image
Hi there! ~ Nai at Tak Pe Je.