Assalamu'alaikum. Ogos pergi, September pun bertamu kembali. Anak bujang nak sambut birthday tak lama lagi, siap update IG story duk menghitung hari. Mintak nak beli jam tangan yang baru, kali ni tak nak order kat Lazada, nak pilih sendiri kat kedai. Ye lah, kata aku, nanti mummy usahakan. Balik ambik dia kat sekolah, aku dengan sorang staff pergi ke KL Sentral naik LRT, kereta parking kat stesen. Lapar betul petang-petang hari, lepak makan kat Secret Recipe dulu sementara tunggu Maghrib dan nak jumpa prospek client selepas tu. Tak tau la samada terlampau lapar ataupun chef KL Sentral punya outlet terlebih terer masak, tapi mee kari dia luar biasa sedap sampai nak habis sekawah aku makan. Asam Laksa yang budak aku order pun sedap naw2. Nak kena repeat la nanti. Tapi entahlah, KL Sentral selalu bikin hatiku ini tak keruan, ada memori yang tak mampu nak dilupakan, dah pulak jatuh pada tarikh keramat. Melankolik je rasa sepanjang berada di sana, Tuh