Posts

Showing posts from May, 2024

Sarong Santri

Image
Assalamu’alaikum. Salah satu daripada cara aku hilangkan stress adalah dengan menjahit, kalau makin banyak menjahit tu faham-faham je lah tahap mana stress nya. Tinggal lagi, masa tak berapa nak ada sekarang. Petang tadi lepas settle beberapa kerja yang urgent, aku ambik masa bertenang dan potong kain sarong santri yang dah seminggu Shopee delivery hantar ke rumah. Aku pulun jahit sampai siap lebih kurang jam 8.10pm, terus pakai pergi solat isyak kat masjid, ko rasa?  Aku sauk tudung instant arwah bonda, yang aku dah buang awning dan ubah jadi tudung syria. Banyak tudung dia yang aku dah buat macam tu, hampir hari-hari aku pakai kulu kilir. Niatnya nak panjangkan pahala sehingga ke Mekah dan Madinah, mudah-mudahan ada bahagian aku. Ameeen…! Sarong santri ni ada order 3 motif semua sekali, 2 helai setiap motif sebab nak kasi cukup dibuat baju. Setakat ni aku buat kaftan tanpa lengan, selesa nak pakai kat rumah dan juga jubah dress lengan 3 suku macam dalam gambar kat atas. Lepas ni teng

Musim Border Lace

Image
 Salam. Dah memang minat sulam kerawang manik goyang ke apa ke, asalkan sulam… aku join. Kalau dulu gigih la tempah sulam kerawang dari zaman sekolah menengah nak pakai raya, sekarang kita order border lace kat Shopee, cari masa dan jahitlah sendiri sampai jadi. Mostly aku jahit tangan aje, tapi lepas tu tindih dengan mesin nak kasi teguh.  Setakat ni ada banyak lagi stok border lace yang menunggu masa untuk ditampal pada baju-baju pilihan kalbu. Mana yang tak sesuai, aku sanggup gunting hujung kain lace dalam kotak, tertunduk-tunduk ikut lekuk nak kasi elok berbentuk. Nama pun minat, begitulah gayanya.  Ni gambar 10 tahun lepas, batik sutera Kelantan disulam kerawang. Sampai sekarang aku simpan baju ni dan ada masanya aku pakai pergi attend appointment, mana-mana yang suaimanfaat dengan tempat dan majlis. Takut overdress je, bukan apa. Bila trend sulam menyulam kembali hangat di pasaran, kita layankan aje dengan hati yang penuh gumbira!  Tak pe je kan…

Yes I Do

Image
Just in case you missed me, here goes: