Sarong Santri

Assalamu’alaikum. Salah satu daripada cara aku hilangkan stress adalah dengan menjahit, kalau makin banyak menjahit tu faham-faham je lah tahap mana stress nya. Tinggal lagi, masa tak berapa nak ada sekarang. Petang tadi lepas settle beberapa kerja yang urgent, aku ambik masa bertenang dan potong kain sarong santri yang dah seminggu Shopee delivery hantar ke rumah. Aku pulun jahit sampai siap lebih kurang jam 8.10pm, terus pakai pergi solat isyak kat masjid, ko rasa? 


Aku sauk tudung instant arwah bonda, yang aku dah buang awning dan ubah jadi tudung syria. Banyak tudung dia yang aku dah buat macam tu, hampir hari-hari aku pakai kulu kilir. Niatnya nak panjangkan pahala sehingga ke Mekah dan Madinah, mudah-mudahan ada bahagian aku. Ameeen…!



Sarong santri ni ada order 3 motif semua sekali, 2 helai setiap motif sebab nak kasi cukup dibuat baju. Setakat ni aku buat kaftan tanpa lengan, selesa nak pakai kat rumah dan juga jubah dress lengan 3 suku macam dalam gambar kat atas. Lepas ni tengok mood dan waktu terluang, maybe aku jahitkan jadi kurung moden jenis bat-wings. Kalu malas sangat, hantar je upah buat kebaya ke kurung kedah ke apa ke, apa ada hal?

~ Nai @ Tak Pe Je ~ 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan