Posts

Showing posts with the label SUDUT DAPUR

Udang Kam Heong TPJ

Image
 Assalamu’alaikum. Resipi kedua yang nak aku abadikan dalam blog rojak ini adalah Udang Kam Heong, versi Cik Puan TPJ. Udang sebolehnya guna saiz XL ke atas, kalau nak betul-betul macam makan kat restoran, gunakan Udang Harimau Poket Menangis. Macam biasalah, kena expect kepedasan lebih daripada biasa dah namanya versi aku, kan? Marilah kita sama-sama menipiskan kulit perut. Bila dah ada menu Udang Harimau Poket Menangis ni atas meja, tak perlu beriya buat sayur apa bagai, cukup dijodohkan dengan broccoli ataupun cauliflower rebus. Less is more, guys! Kita jumpa lagi, bye for now. ~ Nai @ Tak Pe Je.

Carbonara TakPeJe

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak aku ni, banyak sangat benda nak kena hadap sejak dua menjak kebelakangan ni. Biasalah kan, makin umur bertambah maka makin banyak pula dugaan dan rintangan dalam kehidupan. Lumrah sebagai insan, tetap kita perlu teruskan dengan segala kekuatan jiwa yang bersisa. Tahap dunia sekarang kita wajib tingkatkan juga kekuatan minda, supaya langkah akan lebih gagah menongkah arus.  Apa pun jua, carilah sinar dalam kesuraman hari. Sibukkan diri dengan menghiburkan hati sendiri yang kadang-kadang kita abaikan. Asalnya nak cerita tentang carbonara, sekali muqaddimah merentas daerah tiba-tiba. Takpe la guys, alang-alang lama menghilang kan… kasi la chance. Ok, berbalik pada topik utama semula. Aku dah berbulan-bulan tekak ni rasa nak makan spaghetti carbonara, bukan yang beli kat Pasta Panas order melalui Grab Food. Bukan, tapi yang aku masak sendiri. Kenapa aku duk tangguh? Sebabnya dalam rumah ni aku dengan bibik je hantu carbonara. Yang lain lebih...

WW ~ Comfort Food

Image
What’s yours? ~ Nai @ Tak Pe Je.  

Panggilan Solok Lada

Image
Assalamu’alaikum. Aku dari dulu kala sangat suka makan solok lada, especially jodoh dengan nasi kerabu. Biasalah, nama pun orang Pantai Timur kan, apa nak heran? Seumur hidup tak pernah la aku buat sendiri, sampai la Ramadan kali ni. Masalahnya punya la hazabedah nak cari lada solok kat kariah Masjid Setiawangsa ataupun yang sewaktu dengannya. Dua tahun lepas relax je beli kat Aeon AU2, bersepah ada jual kat bahagian sayur-sayuran. Mungkin tak berapa mendapat sambutan ataupun memang bekalannya dah tak semudah dulu, aku pun tak pasti punca sebenar sekarang dah takde jual. Sebelum puasa aritu gigih bibik kirim kat orang Kelantan yang jualan kat siar kaki, kebetulan ada kerabat balik kampung.  Datang angin hijau aku nakkan solok lada, macam tak cukup tanah aku cari kulu kilir. Cold Storage kat GE Mall pun takde, sedih rasa aku pergi dengan bibik penuh harapan. Balik tu aku google, jumpa la kat Jaya Grocer ada jual. Lepas selesai kes kat Jalan Duta esok tu, aku niat nak pergi ke KL Eas...

Roti Kaya Air Fryer

Image
Mudah. Ringkas. Lazat. Kejap je dah siap. Suhu 180 darjah Celcius, 10 minit depan belakang, dibalikkan separuh masa pertama. Breakfast pujaan bonda sekarang ni, sekali je aku buat dia dah jatuh cinta. Cubalah, ya... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Berpagi-pagian di Pasar Tani

Image
Assamu’alaikum. PKP dengan syarat yang dilonggarkan tak bermakna kita membuang masa, selagi kita mematuhi SOP. Itu pada pendapat peribadi aku, sebab keadaan kita tak mengizinkan untuk bersabar di rumah tanpa mencari rezeki. Pasar malam pun dah dibenarkan beroperasi, bukan setakat pasar tani dan banyak sungguh bunyi orang kegusaran kes akan makin mencanak naik. Tapi cuba tengok betul-betul, yang menambahkan bilangan jangkitan kes sebenarnya di mana? Yang jadi mangsa akhirnya peniaga-peniaga kecil yang tak tergolong dalam kategori perusahaan penting (essential business). Keadaan ni diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Menjadi kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi best jadi pembangkang yang bebas mengkritik dan membahan. Lalu yang tersepit di tengah-tengah penderitaan tanpa penghujung adalah kita, rakyat jelata yang terkapai-kapai sendirian. Bila aku mengeluh, sepupu aku yang tinggal di UK nasihat, elok dah daripada kes kat sana yang berpuluh-puluh ribu sehari. T...

Perutusan Tembolok

Image
Assalamu’alaikum. Makan tengahari tak payah beriya pun, kalau kena kombinasi lauk-pauk dan dijodohkan dengan nasi panas, merecik hawau! Macam dalam gambar ni: telur tenggiri masak kari dengan terung, ikan talapia laut goreng garing, ikan bilis goreng, telur asin, ulam dan kicap potong. Yummeh!!! Sekarang ni kalau lauk hujung ke hujung meja sekali pun, kalau tak ‘menyangkut’ apa gunanya? Dah la  hilang deria rasa sangat bahaya sejak dua menjak corona virus menakluki bumi, jangan buat main weh! Zaman PKP ni kena tangkas dan cekap sediakan menu, pagi ke tengahari ke petang sampailah ke malam.. jangan lembab mahupun lemau, ya kawan-kawan! Aku sebelum tidur dah kena ada pengumuman tentang menu untuk lunch, nasib baik takde perutusan khas bagai. Korang pulak macamana? ~ Nai at Tak Pe Je.

Akal Diberikan Percuma, Produk Dijadikan Serbaguna

Image
Assalamu'alaikum. Kerja menyusun dan mengekalkan kekemasan dapur bukanlah sesuatu yang mudah, tanyalah sesiapa pun. Sistem yang kita rasakan sesuai digunakan bulan lepas, belum tentu tetap relevan selang beberapa bulan kemudian. Pendek kata, ikut keadaan dan keperluan terkini, semua tu bila-bila masa boleh dan perlu berubah. Mana mungkin boleh statik kejung macam patung terukir di batu.  Tinggal lagi, sekarang kita disajikan dengan banyak pilihan dan tak payah ribut-ribut keluar usha barang dari satu kedai ke satu kedai. Janji ada sambungan internet, maka segala-galanya di hujung jari anda, selagi ada kemampuan membeli. Harga pun boleh dikatakan kompetitif, kadang-kadang jauh lebih murah berbanding dengan kedai fizikal, lebih-lebih lagi pada zaman pandemik sebegini. Sebagai contoh, rak serbaguna macam dalam gambar-gambar ni, kita boleh bandingkan harga antara Lazada dengan Shopee.  Kalau nak diikutkan, kita boleh dapat produk yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sama, iait...

Resipi Pasta Ikan Tuna

Image
Assalamu'alaikum. Kali ni aku nak kongsi resipi mudah yang kita boleh masak sambil pejam mata (not!).. ye lah daripada asyik masak maggi je dari zaman muda sampai ke remaja purba, kita tingkatkan la prestasi pulak. It's about time, don't you think?  Kalau korang tak suka tuna sekalipun, nescaya akan menyukai pasta yang dimasak menggunakan ikan tuna dalam tin ini, percayalah!  Tapi kalau takde bekalan ataupun rasa payah nak cari benda alah ni zaman-zaman covid19 ni, boleh gunakan leftover ikan tongkol masak sambal yang korang masak masa lunch. Senang cerita kalau korang plan siap-siap hujung minggu:  tengahari masak sambal ikan tongkol dulu, malam boleh gunakan untuk buat pasta pulak. Tukar je la bahan yang aku senaraikan kat bawah dari ikan tuna dalam tin kepada ikan tongkol masak sambal. Ataupun gini: korang try buat dua-dua cara tu, selang seminggu tengok mana satu yang lagi menarik tertarik kebaboom. Selamat mencuba! Bahan2nya: 2 tin ikan tuna, dilenyek separuh hancur ...

Aglio Oliò Daging Padprik

Image
Assalamu'alaikum. Sejak kebelakangan ni aku ada gang nak makan pasta, kalau dulu sorang-sorang je. Anak aku dengan daddy dia tak suka pasta ataupun apa-apa makanan Itali kecuali pizza. Bila pakwe dah jadi suka pulak, maka takkan nak persiakan kesempatan depan mata, betul tak? Petang tadi aku lambat sikit balik rumah, kena jumpa dua orang back to back kat port biasa aku: Starbucks.  Aku rasa penat sangat sebenarnya, mungkin sebab pagi-pagi tadi aku buang tebiat pergi cabut rumput dan lalang dalam setiap pasu bunga yang bibik jaga. Lepas tu, aku sapu satu lantai dan ketepikan sampah sarap kat tepi, sebelum turun siapkan breakfast pakwe. Lunch aku mintak bibik masak daging padprik ikut resepi yang aku forward kat wassap dia, tapi bibik tak tau mana letak handphone, end up dia dah masak ikut resipi yang dia google guna handphone bonda. Sorry to say, tak jadi. Aku makan jugak la alas perut, tapi tak sempat nak telan elok-elok, dihambat waktu nak solat zuhur dan berkejar jumpa client yan...

WW ~ Dinner With Love

Image
  Nai @ Tak Pe Je.

Ke Ceruk Dapur Juga...

Image
Assalamu'alaikum. Masa muda-muda dulu aku menyampah betul bila orang cakap pasal "akhirnya perempuan akan ke ceruk dapur juga", tak kisahlah belajar setinggi mana pun, pandai setara mana pun. Tapi bila dah tua ni, aku jadi lebih objektif, kurang cepat melenting dan jauh lebih matang. Sebenarnya memang la pepatah Melayu tu berat sebelah sebab sebut pasal perempuan semata-mata, kenapa takde pendekatan yang sama kepada kaum lelaki? Tapi boleh je kita heret sekali kedua-dua jantina ke dalam peraturan yang sama, lebih-lebih lagi sekarang hidup kita perlu mandiri, kalau tak memang mati kelaparan la terperap kat rumah masa PKP. Banyak ke duit nak order food panda, dahmakan, bungkusit ataupun grab food hari-hari? Haaa... at least kena jugak masuk dapur goreng telur mata, masak nasi segala bagai! Macam hari ni, tetiba aku terasa nak makan kuey teow goreng yang aku masak sendiri. Aku susah nak berkenan kuey teow ni, jadi untuk memudahkan semua pihak, baik masak sendiri. Balik ambik...

Cara Susun Atur Peti Sejuk Bersaiz Sederhana

Image
Assalamu'alaikum. Petang semalam aku dah tak tahan lagi, sudah2 la tu menahan gelodak di jiwa setiapkali bukak peti sejuk, kepala diserang bencana dan hati ditusuk sembilu. Kalau dah gitu gayanya, layak dipanggil peti neraka bukan lagi peti sejuk! Hehheh, marah benar bunyinya, ya? Memang marah pun, ingat main2 ke benda macam ni, boleh tempah penyakit darah tinggi kot!  Lepas solat Asar aku pergi Mr. DIY cari bekas plastik yang boleh masuk microwave dan dishwasher 3 set yang berbeza saiz: kecik, sedang dan besar dan 2 bekas yang boleh sejat air (drainer), itu saja habis dalam RM65 lebih kurang. Sampai rumah solat Maghrib dulu dan tak menahan nak tunggu Isyak bagai, memang terus mulakan projek pembersihan dan penyusunan peti (sejuk ke?) itu. Geli tekak toksah cerita la, kutahan sedaya mungkin. Nak bising tak guna, jadi bibik rumah aku ni kerja bukannya sikit dah penghuninya macam asrama, jadi nak tak nak kena la paham beban yang ditanggung bibik. Mana yang aku boleh buat, ak...

Wishlist di Lazada: Dapur Antara Yang Lain

Image
Assalamu'alaikum. Ada satu masa aritu aku redeem induction cooker empat segi kecik, kat Cosway Jusco AU2 tak silapnya, maklum la kupon dan mata ganjaran banyak (masa tu la). Lama dah cerita ni, sebab masa tu belum dipanggil AEON AU2, masih Jaya Jusco. Banyak berjasa benda tu kat aku, especially masa gas takde kat rumah ataupun masa aku terasa nak masak serba ringkas dan pantas. Lagipun aku memang lebih gemar guna gadget dapur elektrik, sebab tu la happy gila bila keluar pressure cooker letrik. Malangnya dapur induction itu sudah meletup di belakangku, masa tu awal kemunculan bibik terkasih dalam lipatan sejarah hidupku yang penuh ranjau, onak dan duri ini.  Teringin sangat beli 1 set dapur induction ala-ala Mat Salleh, tinggal lagi bajet tak menyebelahi. Duk usha-usha kat Lazada , ada la yang murah tak logik akal punya, ada ke munasabah harga dalam RM400 sebiji?  Belek punya belek, takde waranti pulak tu! Berani ke aku nak beli ni? Tepuk dada tanya akal fikiran, a...

Sehari Secangkir Kopi, Kisah Tak Pe Je

Image
Assalamu’alaikum. Aku setiap pagi macam jugak coffee addicts yang lain, memang kena mintak nyawa sebelum mulakan kerja. Kadang-kadang selepas subuh aku dah start brew coffee, letak dalam thermos untuk suami dulu sebelum pergi hantar anak ke sekolah, balik tu buat pulak kopi untuk diri sendiri. Tapi ada masanya aku buat siap-siap, heret thermos berisi café latte dan minum pelan-pelan sambil memandu. Tengok keadaan la macamana, takde la statik langsung tak berubah. Gambar ni aku ambik pagi Jumaat, lepas hirup seteguk kopi, susu rasa pelik, baik jangan teruskan minum, karang sakit perut jenuh jadi penunggu tandas tak keluar-keluar. Ini la lecehnya bergelumang dengan arena café latte, sebab susu segar memang cepat tak elok. Penyimpanan susu segar tak semua orang faham, macam bibik sampai sekarang tak faham-faham lagi, ataupun malas nak ambik pusing, apa susah tak elok bukan dia yang kena beli lain, kan? Kalau dah keluarkan dari peti, jangan berlama-lama di luar, cepat-cepat masukk...

Arkib Seminggu, Lebih Kurang La...

Image
Assalamu’alaikum. Alhamdulillah selesai sudah puasa sunat Syawal dan qada' untuk tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 2019 Masehi. Sempena meraikannya, aku order Nasi Kandar Pelita melalui aplikasi Grab Food, hanya untuk dikecewakan.  Haish,  tak sedap macam yang aku makan kat restoran Pelita la pulak makanannya. Ayam merah yang aku selalu makan tu lain,  ayam kampung,  tapi ayam yang disediakan untuk pelanggan Grab Food bukan ayam kampung. Nasib baik la dua malam sebelumnya aku dah ajak pakwe teman makan nasi biryani kat Pelita KLCC sana,  kalau tak mau kempunan telur tembakul Mak Lom kau!    Bila dah habis puasa, maka kembalilah aktiviti minum kopi seperti biasa. Aku ada beli thermos lawa kat Mr. DIY,  kulu kilir duk kelek benda tu tiap pagi. Ada satu lagi mug yang dah dijadikan koleksi,  lembut sangat-sangat warnanya, pink hala ke lavender. Masa aku minum sekali dengan cik abang,  aku kasi dia yang warna turqoise dan aku g...

Resipi Nasi Biryani Ayam TPJ: Ewant & Instant Pot Pressure Cooker

Assalamu'alaikum. Entry kali ni khusus dibuat atas permintaan seorang pembaca yang teringin nak masak biryani ayam dengan pressure cooker jenama E-Want yang baru dibelinya. Cuma resipi ni aku guna fungsi-fungsi pressure cooker jenama Instant Pot, aku cuba ubahsuai dengan E-Want jugak, ok? Hashtag sis cuba, jangan kecam sis tau...! Here goes:  1. Ayam, dipotong sederhana. Cuci bersih-bersih, ketepikan.  Ikutlah nak banyak mana, kalau takde lauk tambahan, letak seekor ataupun separuh pun takpe. 2. Beras Basmathi ~ 3 cawan, direndam 1/2 jam.    3. Bahan-Bahan Untuk Perap Ayam:- Bahan-Bahan A                      Bahan-Bahan B                   - 3 helai Bay Leaves               - segenggam hirisan daun pudina + daun ketumbar - 1/2 camca jintan putih        - 3 biji cili padi hijau, dibelah dan...

Hujung Minggu Yang Memenuhi Perut

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni sememangnya padat dengan macam-macam aktiviti, dari Isnin sampailah Jumaat. Sabtu pagi aku tetap bangun awal, body clock dah terbiasa gitulah kekdahnya. Lepas breakfast aku dengan bibik turun pergi pasar tani, sesi memenuhkan stok barang dapur.  Dah berapa lama ulang-alik kat jalan yang sama setiap hari, baru kali ni aku ambik gambar berlatarbelakangkan mural yang menghiasi tembok siar kaki. Ikutkan nak ambik hujung ke hujung, tapi ye lah karang tak jadi kerja lain pulak.  Aku kan selalu dekat dengan pemuzik, dan muzik selalu dekat di hati ini.. bila ada pemuzik yang best macam ni, memang aku lemah la weh..! Aku doakan dia berjaya dalam perjuangan dan perjalanan seninya, Insya Allah. Ameen... Balik rumah, aku terus masak dan menu kat rumah lunchtime simple je. Sup ketam, daging goreng kunyit dan sayur campur. Sedap, Alhamdulillah....  Malamnya aku, cik abang dan junior ambik grab pergi ke Spice Garden Restaurant di Jalan Imbi, Bukit Bintang. Pe...

Our Cozy Little Pantry

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama aku duk fikir macamana la nak selesaikan masalah ruang yang sempit kat pantry ofis, ada la dekat 3 tahun. Macam-macam dah idea keluar, cuma tak praktikal dari segi struktur dinding dan yang lebih utama, dari segi bajet. Ada duit banyak je menda boleh buat, betul tak? Akhirnya aku ketepikan sedikit bajet dan panggil orang tarik letrik, buat soket baru kat tempat yang dulunya bersempit-sempit letak meja makan. Sebabnya, aku nak alihkan peti pindah duduk situ dan meja makan ambik tempat peti. Jadilah keadaannya macam dalam gambar ni, tapi sorry aku takde gambar sebelum dan ada yang selepas aje.     Payah jugak nak bagi gambaran apa yang berubah sebenarnya. Cuma tempat yang sekarang ni ada rak kasut dan kipas meja tu dulu kami letakkan meja makan, mengadap partisyen dinding. Boleh makan maksimum 4 orang je sekaligus, itupun bersesak-sesak. Kalau orang nak lalu pergi tandas ataupun surau, memang kena guna sistem bangun dan keluar dari lif at...