Posts

Showing posts with the label DARI SPEK MATAKU

Bahagiakan Matamu

Image
Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti. Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea ( Trysil )  yang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu.  Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selan...

Carbonara TakPeJe

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog rojak aku ni, banyak sangat benda nak kena hadap sejak dua menjak kebelakangan ni. Biasalah kan, makin umur bertambah maka makin banyak pula dugaan dan rintangan dalam kehidupan. Lumrah sebagai insan, tetap kita perlu teruskan dengan segala kekuatan jiwa yang bersisa. Tahap dunia sekarang kita wajib tingkatkan juga kekuatan minda, supaya langkah akan lebih gagah menongkah arus.  Apa pun jua, carilah sinar dalam kesuraman hari. Sibukkan diri dengan menghiburkan hati sendiri yang kadang-kadang kita abaikan. Asalnya nak cerita tentang carbonara, sekali muqaddimah merentas daerah tiba-tiba. Takpe la guys, alang-alang lama menghilang kan… kasi la chance. Ok, berbalik pada topik utama semula. Aku dah berbulan-bulan tekak ni rasa nak makan spaghetti carbonara, bukan yang beli kat Pasta Panas order melalui Grab Food. Bukan, tapi yang aku masak sendiri. Kenapa aku duk tangguh? Sebabnya dalam rumah ni aku dengan bibik je hantu carbonara. Yang lain lebih...

WW ~ Greener Than Thou

Image
  To Green or Not To Green. Might as well just grin or at least, don’t look back in anger.  ~ Nai @ Tak Pe Je. 

Cerita Tentang Covid-19

Image
Assalamu’alaikum. Lama tak update blog, aku kembali dengan berita ‘sensasi’ sikit kali ni. Allah bagi aku merasa secara direct apa benda rasanya positif covid. Bagi yang duk gebang kata semua ni konspirasi segala, tunggulah bila dorang merasa sendiri. Mana dapat, ramai kawan dan sanak saudara tanya. Kalau ikutkan kandungan virus yang dikesan hasil swab test PCR kat Klinik Anda aritu, bibik paling lama kena, diikuti bonda, Nazri (adik bongsu) dan aku paling baru dijangkiti. Boleh la kita katakan bibik adalah pembawa, takde la jatuh fitnah pulak. Lagipun dia memang selalu keluar pergi beli barang 3, 4 kali sehari dah balik bukannya reti nak mandi.  Sudahnya, mak checked-in Hospital Ampang dan bernafas menggunakan bantuan oksigen lebih kurang 4 hari. Nazri, bibik dan aku kuarantin kat rumah dalam bilik berasingan. Merasalah berjauhan dengan pasangan 10 hari berturut-turut: dekat tapi jauh. Allah tu adil, pakwe dan anak aku negatif bersama dengan isteri Nazri yang sarat tunggu hari. Di...

WW ~ Bukan Di Dunia

Image
~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Pahala Percuma

Image
Senyum kan percuma.... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Pilihlah Untuk Gembira

Image
Assalamu’alaikum. Sejak zaman pandemik setahun dua ni jenuh nak dapat peluang window shopping, at least bagi aku la kan. Lagipun takde maknanya nak shopping mopping bagai, maklum la duk terperuk kat rumah aje 24 jam. Tapi nama pun perempuan, kalau tak keluar shopping pun boleh je keluar duit secara online shopping. Sedar-sedar ada je parcel sampai depan rumah dari Shopee, Lazada, Zalora, eh macam-macam la pendek katanya! Cuma aku hampir dikatakan zero record beli baju online, sebab cutting aku ni payah sikit... kalau baju kurung contohnya, baju mungkin muat S atau M tapi kain belum tentu. Adeh... selalunya paling kecik pun saiz L. Maka terpaksa la aku ambik saiz yang lebih besar demi kerukunan rumah tangga, karang tak pasal-pasal perang dingin dengan cik abang dan juga bonda. Dengan itu, aku ambik masa cari baju raya la sepasang baru-baru ni lepas solat asar. Kena pantas bertindak, dah tau kedai mana nak dituju dan warna apa nak dirembat sebelum masuk waktu berbuka puasa. Itu namanya p...

Vincenzo Selamanya

Image
Okay dah confirm, Vincenzo Cassano takkan pernah berakhir bagiku. Selamanya.  

Mungkin Suatu Hari Nanti...

Image
Assalamu’alaikum. Pernah tak korang rasa sedih, risau ataupun berdebar gila-gila tapi tak tau kenapa? Sebenarnya naluri kita tau sesuatu yang lambat lagi kita akan dapat tau. Ada orang dapat 6th sense tahap dewa ala-ala “Early Edition” tapi kebanyakan daripada kita dapat rasa suam-suam kuku gitu je la. Kira macam drama Melayu la, tetiba tangan tercucuk jarum ataupun pinggan mangkuk terhempas ke lantai pecah berderai bagai.. itu petanda ada musibah yang menimpa orang-orang terdekat dengan kita.  Semua ni takde la di luar logik akal fikiran sangat, sebab kalau nak ikutkan, qada’ dan qadar memang dah ditetapkan. Dakwat pun dah kering, semuanya siap termaktub di luh mahfuz cuma tak semua antara kita yang tergolong dalam kategori “Early Edition” macam yang aku cakap awal-awal tadi. Dan kalau pun kita dapat tau lebih awal perkara yang akan berlaku, bukan kita boleh buat apa-apa pun nak mengubahnya. Cuma mungkin kita boleh bersiap-siaga menguruskan apa saja yang boleh diurus ataupun mengu...

Panggilan Solok Lada

Image
Assalamu’alaikum. Aku dari dulu kala sangat suka makan solok lada, especially jodoh dengan nasi kerabu. Biasalah, nama pun orang Pantai Timur kan, apa nak heran? Seumur hidup tak pernah la aku buat sendiri, sampai la Ramadan kali ni. Masalahnya punya la hazabedah nak cari lada solok kat kariah Masjid Setiawangsa ataupun yang sewaktu dengannya. Dua tahun lepas relax je beli kat Aeon AU2, bersepah ada jual kat bahagian sayur-sayuran. Mungkin tak berapa mendapat sambutan ataupun memang bekalannya dah tak semudah dulu, aku pun tak pasti punca sebenar sekarang dah takde jual. Sebelum puasa aritu gigih bibik kirim kat orang Kelantan yang jualan kat siar kaki, kebetulan ada kerabat balik kampung.  Datang angin hijau aku nakkan solok lada, macam tak cukup tanah aku cari kulu kilir. Cold Storage kat GE Mall pun takde, sedih rasa aku pergi dengan bibik penuh harapan. Balik tu aku google, jumpa la kat Jaya Grocer ada jual. Lepas selesai kes kat Jalan Duta esok tu, aku niat nak pergi ke KL Eas...

WW ~ Double Trouble Chin

Image
  Double chin don’t care. ~ Nai at Tak Pe Je.

Minah Pustaka

Image
Assalamu’alaikum. Apa khabar kawan-kawan semua? Baik jangan sibuk fikir nak balik kampung, ya... nanti hati makin sebal, rindu makin menggamit. Sabar dan terus bersabar, itu je pilihan yang kita ada sekarang. Jenguk dalam senarai entries, ada gambar ni terkontang-kanting kat deraf. Kesian pulak, meh kita story sikit apa adanya. Aku dulu pustakawati kat sekolah rendah dan sekolah menengah, jumpa “jodoh” pun kat perpustakaan, jangan marah...! Kalau kat Terengganu, orang panggil ‘pustakawang’: ada tambahan huruf ‘G’ kat hujung tu. Makanya, aku ni pustakawang la kan.. mungkin lebih indah ditambah abjad ‘I’ boleh jadi wangi. Ataupun tambah ‘SA’ jadi wangsa. Nak glamour sikit, sebut aje librarian. Itupun kadang-kadang di’terengganukan’ secara semulajadi kepada ‘laibreghieng’. Haish... rindu zaman dulu-dulu!  Orang yang minat library ni akan selamanya begitu, kalau masuk kedai buku besar macam Kino, MPH dan Popular mulalah tak reti nak balik. Ada satu aura romantik dan misteri bagi aku di...

Tenang Sahaja...

Image
Assalamu’alaikum. Dalam kekalutan hidup dan kemelut ekonomi dunia yang penuh onak dan duri ini, kebanyakan daripada kita terpaksa bergelut dengan macam-macam bentuk tekanan. Jadi, apa yang paling penting sekarang adalah ketenangan jiwa, jangan pernah ambik ringan tentang benda ni. Cuba tengok statistik terkini, berapa banyak kes orang bunuh diri sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Yang mendapat perhatian awam of course la selebriti, macamana pulak dengan yang tak dikenali? Kejap tadi aku terbaca dalam feed Instagram sekali lalu depan mata, 70% daripada kes bunuh diri yang meningkat naik di Malaysia adalah terdiri daripada kaum lelaki. Aku jadi terkedu pulak, lelaki sibuk bunuh diri, tapi perempuan sibuk browse porno. Wait, what? Yes. It’s a not so fun fact. Manusia semakin sakit dan berpenyakit, keadaan makin sempit dan menghimpit.  Nama pun hidup, takkan pernah sunyi daripada dugaan dan selagi masih bernafas, ke depan terus jalan. Daripada merosakkan diri dengan cara yang menge...

Entah la labu...

Image
Assalamu’alaikum. PKP 2.0 walaupun tersekat pergerakan, tapi takde la sampai beku kepala otak sebab masih boleh keluar bekerja. Itupun banyak yang ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak, kekdahnya tergendala itu ini, begitu begini. Mana-mana yang perlu diteruskan, bersiap siaga saja dengan letterhead majikan dan tunjuk pada polis yang menjaga roadblocks.  Disebabkan restoran tak boleh dine-in dan kedai selain essential services semua tutup, maka takde la aktiviti cuci mata ataupun window shopping bagai. Mati kutu sungguh bagi orang yang suka melewar macam aku ni, tapi apakan daya sudah suratan takdir kita PKP lagi.. selesai kerja, balik rumah je la.. nak masuk ofis pun KKM dah ketuk pintu awal-awal kasi amaran tak boleh bukak lama-lama, awak tu kawasan merah, akal ada? Keadaan sekarang ni tak ubah seperti, kembalilah ke pangkal jalan, sesat cari jalan pulang, ah gichu! Pakai lawa-lawa pun takde nak ke mana, Mak Lom maintain jugak selagi daya lipstik bagai... sehing...

Berpagi-pagian di Pasar Tani

Image
Assamu’alaikum. PKP dengan syarat yang dilonggarkan tak bermakna kita membuang masa, selagi kita mematuhi SOP. Itu pada pendapat peribadi aku, sebab keadaan kita tak mengizinkan untuk bersabar di rumah tanpa mencari rezeki. Pasar malam pun dah dibenarkan beroperasi, bukan setakat pasar tani dan banyak sungguh bunyi orang kegusaran kes akan makin mencanak naik. Tapi cuba tengok betul-betul, yang menambahkan bilangan jangkitan kes sebenarnya di mana? Yang jadi mangsa akhirnya peniaga-peniaga kecil yang tak tergolong dalam kategori perusahaan penting (essential business). Keadaan ni diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Menjadi kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi best jadi pembangkang yang bebas mengkritik dan membahan. Lalu yang tersepit di tengah-tengah penderitaan tanpa penghujung adalah kita, rakyat jelata yang terkapai-kapai sendirian. Bila aku mengeluh, sepupu aku yang tinggal di UK nasihat, elok dah daripada kes kat sana yang berpuluh-puluh ribu sehari. T...

Berpeluh-peluh dahulu di tepian

Image
Assalamu’alaikum. Sihat korang, fizikal mental, zahir batin, perasaan dan fikiran? Biasalah zaman pandemik ni siapa je yang betul-betul stabil luar dalam, ye dak? Aku apa adanya, alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Tuhan ini. Hidup sehari-hari bak kata orang, nak fikir ke depan sangat pun tak sampai. Dalam keadaan macam ni kadang-kadang pendekatan sebegitu lebih menenangkan, at least kasi kita ruang untuk bertatih ataupun menghentikan waktu seketika.  Dan jangan lupa jaga kesihatan elok-elok, tau kawan-kawan.. peluh jangan disimpan tepu dalam badan, kasi keluar jangan dikurung. Biarlah kita dalam perintah berkurung, peluh kita kena biarkan lepas bebas demi kelangsungan hidup yang lebih sempurna. Ah gitieww! Masa-masa ni la kasut aku nak mereput seiring waktu, sesuai usianya... maklumlah, beli dulu masa anakanda sekolah rendah. Banyak jasanya, tahan lama pulak tu... benda macam ni la namanya alah membeli menang memakai, kan ke terbukti tu? Makan pun sama, kena cakap siang pand...

Memburu Rindu Di Angin Lalu

Image
Assalamu’alaikum. Antara salah satu daripada himpunan nikmat yang terasa sangat ditarik sejak pandemik covid-19 menakluki bumi adalah kebebasan bergerak. Selama ni mungkin kita tak perasan pun, tapi apabila hidup bagaikan terkurung dek keadaan sebegini rupa, barulah sedar betapa pentingnya kebebasan bergerak ke sana ke mari. Siapa sangka ruang udara dunia sekarang menjadi terhad dan syarikat-syarikat penerbangan terjejas teruk sampai kena berhentikan ramai pekerja. Begitulah kita diingatkan tentang siapa yang Maha Berkuasa, kita ke Dia? Nak sombong sangat kan... terciduk kat situ, ambik!  Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ‘terlepas’ ke Langkawi bersama pakwe, bukan skandal ya. Banyak lagi Enrich miles yang belum digunapakai, sebelum tamat tempoh sah diperlakukan, kami gunakan sebaiknya. Ajak anak ikut sekali, takde nya dia hendak, bukan tempat yang dia suka baik jangan dipaksa, nanti dia tunjuk muka tenuk, kita pulak terasa.  Kami tak bersesak-sesak di tempa...

Perutusan Tembolok

Image
Assalamu’alaikum. Makan tengahari tak payah beriya pun, kalau kena kombinasi lauk-pauk dan dijodohkan dengan nasi panas, merecik hawau! Macam dalam gambar ni: telur tenggiri masak kari dengan terung, ikan talapia laut goreng garing, ikan bilis goreng, telur asin, ulam dan kicap potong. Yummeh!!! Sekarang ni kalau lauk hujung ke hujung meja sekali pun, kalau tak ‘menyangkut’ apa gunanya? Dah la  hilang deria rasa sangat bahaya sejak dua menjak corona virus menakluki bumi, jangan buat main weh! Zaman PKP ni kena tangkas dan cekap sediakan menu, pagi ke tengahari ke petang sampailah ke malam.. jangan lembab mahupun lemau, ya kawan-kawan! Aku sebelum tidur dah kena ada pengumuman tentang menu untuk lunch, nasib baik takde perutusan khas bagai. Korang pulak macamana? ~ Nai at Tak Pe Je.

Mesin Kopi Kapsul

Image
Assalamu’alaikum. Dah masuk waktu minum petang, korang minum kopi ke teh ke milo ke apa dia? Aku dari hujung Oktober tahun 2020 tak suka minum kopi letak susu fresh, entah masuk angin mana pun tak tau. Kadang-kadang kalau habiskan kopi pakwe tinggal atas meja pun rasa nak muntah hijau, apatah lagi minum segelas, memang tak ar! Jadi, aku minum la black coffee macam mula-mula aku start menceburi arena pengopian, zaman anak dara pingitan minum kopi cap Kapal Api. Lepak pulak sebelah arwah nenek yang terlebih macho, sebelah tangan pegang cawan kopi O kaw dan sebelah tangan lagi pegang rokok Dunhill. Kaki mesti silang panggung, tak boleh tidak, ko rasa?  Sekarang ni ada jual mesin kopi kapsul yang datang dengan 3 tray berbeza: kapsul Nespresso, kapsul Dolce Gusto dan serbuk kopi. Aku macam, “Omaigaddddd!” terus takde dakwa dakwi mahupun berfikir panjang ke apa ke, yang aku tau mesin kopi itu mesti menjadi milikku sesegera mungkin! Letaknya tak lain tak bukan, di sebelah Arissto. Bila da...

Offline

Image
Assalamu’alaikum. Tahun 2021 diharapkan menjadi lebih baik daripada 2020 yang terlalu banyak pancaroba, sedangkan semua itu hanyalah cara kita sebagai manusia berfikir. Hakikatnya, dunia yang kita harapkan semakin indah ini cuma menghala ke penghujung zaman. Bak kata Thor dalam Ragnarok, “we’re fulfilling the prophecy”... makna kata, tiada sesuatu pun yang mampu kita lakukan untuk melawan takdir jika itulah yang Allah tetapkan untuk terjadi. Ya, kawan-kawan sekalian, dunia kian menghampiri pengakhiran dan siapalah kita untuk menghalangnya? Tiba-tiba masa depan menjadi sangat tidak menentu, sukar untuk dijangkakan. Tiba-tiba hari esok bagaikan “offline” tanpa ada sebarang harapan dan kita sebagai manusia, menjadi panik, tidak keruan.. tak ubah seperti meraba-raba dalam kegelapan. Lalu, apa pilihan yang kita ada selain daripada benar-benar bergantung pada Allah yang Maha Mentadbir? Asalkan kita senantiasa “online” dengan-Nya, yakin akan rahmat dan kasih sayang-Nya, segala kesulitan takka...