Posts

Showing posts with the label DIY PROJECT

Bahagiakan Matamu

Image
Assalamu’alaikum. Lama-lama duduk dalam ruang yang sama akan buatkan kita lemas dan rimas, lebih-lebih lagi kalau keadaan pun menyemakkan pandangan. Jadi tak dapat tidak memang kita kena ketepikan bajet untuk cari penyelesaian kepada sistem susun atur yang lebih suaimanfaat. Ataupun kalau terpaksa, gunapakai saja apa yang sedia ada dalam rumah, walaupun itu bermakna akan perlu kepada penyelesaian lain beberapa ketika nanti. Macam aku ni, buat hati kering je ambik dua buah drawer Ikea ( Trysil )  yang aku letak dalam bilik tamu sejak rumah ni diizinkan Allah untuk didiami. Nanti bila dah cukup bajet, akan aku ganti dengan drawer lain untuk memudahkan adik-beradik menyimpan baju masing-masing. Lagipun sejak dua tiga menjak PKP yang berpanjangan ini, siapa je boleh datang lepak macam dulu.  Mula-mula aritu aku ambik sebiji dulu, untuk selesaikan ruang penyimpanan segala macam alat kerja dari rumah, ye la kertas A4, letterhead, kertas warna-warni, bekalan alatulis apa bagai. Selan...

Wajib Makan Pagi, Tau...

Image
Assalamu'alaikum. Sarapan pagi wajib kita ambik, tau kawan-kawan, tak payah beriya pun takpe, janji jangan duk skip sebab kononnya nak diet. Kalau korang jenis ambik supplement macam serbuk protein soya ataupun ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran takpe la jugak, tapi kalau segelas  air masak pun tak minum terus sampai ke tengahari, uishhh itu menjemput obesiti. Otak kita tak boleh nak rasa selamat entah bila agaknya badan nak masuk makanan, jadi disuruhnya badan simpan lemak buat standby bekalan tenaga. Jadi, jangan sekali-kali kita benarkan itu terjadi, weh... jenuh nanti nak pecahkan lemak tepu!    Ok meh sini aku kongsi satu menu mudah nak buat dan sangat mengenyangkan, iaitu roti bersama poached egg (telur carak). Orang macam aku ni reti guna cara modern je, kalau guna cara klasik sampai ke sudah tak reti-reti lagi. Maka, menu ini memerlukan microwave, ya kawan-kawan. Roti kalau betul nak diet, guna yang wholemeal tau, tapi sekali-...

Aglio Oliò Daging Padprik

Image
Assalamu'alaikum. Sejak kebelakangan ni aku ada gang nak makan pasta, kalau dulu sorang-sorang je. Anak aku dengan daddy dia tak suka pasta ataupun apa-apa makanan Itali kecuali pizza. Bila pakwe dah jadi suka pulak, maka takkan nak persiakan kesempatan depan mata, betul tak? Petang tadi aku lambat sikit balik rumah, kena jumpa dua orang back to back kat port biasa aku: Starbucks.  Aku rasa penat sangat sebenarnya, mungkin sebab pagi-pagi tadi aku buang tebiat pergi cabut rumput dan lalang dalam setiap pasu bunga yang bibik jaga. Lepas tu, aku sapu satu lantai dan ketepikan sampah sarap kat tepi, sebelum turun siapkan breakfast pakwe. Lunch aku mintak bibik masak daging padprik ikut resepi yang aku forward kat wassap dia, tapi bibik tak tau mana letak handphone, end up dia dah masak ikut resipi yang dia google guna handphone bonda. Sorry to say, tak jadi. Aku makan jugak la alas perut, tapi tak sempat nak telan elok-elok, dihambat waktu nak solat zuhur dan berkejar jumpa client yan...

Pak Su Dah Kahwin!

Image
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua yang berkenaan, cuti lagi kita ni ya? Lama aku tak update blog, sekarang lebih menggunakan masa terluang dengan drama-drama bersiri Korea di Netflix, rasanya mimpi pun dah dalam Bahasa Korea, jangan tak tau! Jadi, marilah kita sama-sama menjamu mata dengan update kali ni, iaitu sekitar pernikahan adik bongsu kami di Chendering, Terengganu Darul Iman. Majlis akad nikah dan resepsi sebelah pengantin perempuan jatuh pada hari Sabtu, 5hb September 2020. Dalam masa orang Malaysia duk kepoh dengan Emir-Mira, kami sibuk dengan majlis sendiri, tapi tetap peka apa yang tular di Instagram. Ah, gitu!    Pak Imam  awal-awal dah bukak rasa sendu, bila dia mulakan dengan suruh ingat pada yang telah tiada, terutamanya arwah bapa pengantin lelaki yang juga bekas gurunya bla,bla,bla aku dah ke laut duk dongak ke siling pun tak mampu nak bendung air mata...

Cabai Mulut Tu Karang!

Image
As salamu'alaikum. Korang suka makan cili jeruk? Aku suka, tapi kena berhati-hati di jalan raya dan toleh kiri kanan, tak boleh ikut tekak saja, nanti menggelupur sakit perut. Biasanya aku kena kuatkan minda dan buat-buat tak nampak setiapkali pekena mee celup kat kedai makan Mek Siam, tapi ada masanya tewas jugak.  Dua minggu lepas aku kena sampuk hantu apa entah, beriya beratur kat Rosyam Mart beli stok barang dapur dan bawak balik cili padi dengan cuka, tak sempat nak bukak tudung pun terus memulakan projek menjeruk cili padi. Laku rupa2nya benda alah ni kat rumah, aku letak 1 bekas dalam bilik dan 1 bekas kat dapur. Tengahari tadi siap tumbuk sambal belacan guna cabai jeruk ni, jangan tak tau! Terangkat sangat-sangat, tak caya boleh try sendiri.  Mak cakap tadi, buat guna cili besar pulak, kebetulan banyak dia pesan kat kawan adik yang baru turun dari Cameron Highlands. Tapi rasanya kena cari cili gemuk2 montok kat Aeon AU2 dulu buat solok, lama dah pendam nak makan dengan...

Raya PKPB Mei 2020

Image
Assalamu'alaikum. 3 bulan sudah kita hidup dalam Perintah Kawalan Pergerakan, untunglah dah diberi kelonggaran sebaik saja masuk fasa PKP Bersyarat. Rentas Negeri tak boleh, jadi mereput saja kat rumah masing2 jangan duk gatal pergi balik kampung bagai, ok? Buang masa je mencuba, nanti kena patah balik jugak, semak otak aku fikir kenapa depa tak boleh paham tujuan peraturan ni dibuat, oh my God! Tinggal lagi ye lah, nuclear family aku semua ada kat Lembah Kelang, senang la cakap, ye? Tak jugak... keluarga mertua aku takde kat sini, kalau aku kat tempat pakwe, pedih jugak tangkai hati dengar takbir raya! Tapi sebab kita sayangkan orang tua kita, kita kebalkanlah hati untuk tidak pulang ke kampung dan meletakkan depa dalam risiko yang tak diingini.  Harus ada kuih raya, walaupun takde tetamu yang sibuk nak bertandang kecuali adik-beradik yang tak duduk sebumbung. Aku usaha beratur kat AEON minggu lepas, semata-mata nak beli kuih pilihan kalbu. Bekas kuih sekali dengan dulang tu aku ...

Seluar Batik Di Tasik Kenyir

Image
Assalamu'alaikum. Awal bulan Mac baru2 ni family mertua aku buat trip naik houseboat di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Maklumlah tabung percutian keluarga yang duk kumpul sikit sorang setiap bulan lebih setahun dah melimpah ruah kekdahnya, kena la perabis dengan percutian yang dipersetujui bersama. Maka tibalah waktunya kami segerombolan berkonvoi ke Tasik Kenyir, tapi kali ni aku nak cerita pasal seluar je, bukan pasal percutian itu.  Masa kemas kain baju, aku memang sengaja bawak seluar batik je semua, takde jeans ke seluar trek ke apa. Supaya senang aku kulu kilir pakai seluar yang sama dari pagi sampai malam, kecuali masa ada aktiviti air, baru tukar seluar lain yang sesuai dengan keadaan. Puas hati dapat manfaatkan seluar-seluar batik yang menjadi pujaan hatiku! Sesetengah orang segan nak bawak berjalan ataupun pakai depan khalayak ramai, tapi aku takde hal. Bukannya aku bogel, nak malu apa ke benda, betul tak? Lagipun kain batik aku bukan kaleng-kaleng, orang...

Selembut Kapas Mengelus Nafas

Image
Assalamu'alaikum. Dekat dua minggu lepas aku ada pergi Nagoya Wangsa Maju, saja cari kain untuk projek #naimenjahit ke peringkat yang seterusnya. Langkah kanan pulak nak dijadikan cerita.. ada banyak harga promosi dan stock clearance. Sudahnya aku bawak balik 2 set kain cotton berukuran 4 meter setiap satu, 4 meter kain style lama tebuk-tebuk warna peach dan 4 meter kain jenis apa entah, warna emerald.  Kain cotton yang stock clearance ni aku dapat RM9 semeter, jadi total 8 meter yang aku beli masa tu adalah RM72. Dua-dua kain tu pulak aku boleh dapat sehelai dress labuh tanpa lengan dan sehelai palazzo. Baki kain aku ingat nak buat simple tshirt, tengoklah apa kesudahannya nanti jadi ke tidak. Kain ni teramatlah sejuk dan selesa dipakai, siap boleh bawak tidur lagi. Nak layer dengan jaket denim ataupun cardigan kat luar, satu pilihan. Nak pakai tshirt ataupun cardigan kat bahagian dalam, satu pilihan lagi. Disebabkan materialnya yang teramat sejuk, takde hal korang nak ...

WW ~ You Can't Break Me

Image
Never!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Sehijau Perlembagaan

Image
Assalamu'alaikum. Aku penat nak layan orang tak paham Perlembagaan, jadi nak update blog pasal menda yang ringan, walaupun akal fikiran dan emosi jauh daripada ringan dengan krisis politik negara kita. Marilah kita cerita pasal baju kain saree dan perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang berbeza. Dulu tailor dah memandai2 buat keputusan sendiri tanpa mendapat pengesahan mahupun persetujuan tuan punya badan, dijahitnya baju kurung Pahang aku ikut citarasa sendiri. Padahal aku dah terang2 bagitau apa yang aku hendak dari awal, memang menangis kat bucu katil bila dapat baju masa tu, kecewa toksah cakap la, tapi apakan daya nasi dah jadi bubur!   Pakai jugak la buat raya tahun tu dengan rasa kematu di hati. Sekali bila ntah tengok Wan Sharmila pakai kebaya style kutu baru (namanya memang gitu, fyi) tapi dibikin labuh, lebih kurang kacukan cardigan dan kebaya. Aku mintak tailor kat Keramat buat, katanya susah. Mintak staff buatkan, dia tak sempat nak kejar dek keran...

Kongsi Cerita, Gong Xi Ni!

Image
Assalamu'alaikum. Takde rancang pun nak pakai merah hari ni, tapi bila dah masuk kereta baru perasan, sesuai pulak dengan tema CNY pakaian atas sampai bawah. Mak tanya, "ni baju bila pulak?" sambil tersengih, pelik sebab tak pernah tengok aku pakai. Aku bagitau la dia, baju ni aku modify daripada body hugging midi yang aku beli lama dulu kat Padini. Maklum la, mak aku Lembaga Penapisan Filem paling utama kat rumah ni. Kiranya ada dua tapisan nak kena lulus, mak dengan cik abang, ingat senang ke jadi aku? 😂  Kalau nak dapat gambaran rupa asalnya, lebih kurang macam ni (kredit pada Shopee), cuma jenamanya Padini dan lebih labuh sampai buku lali. Masa beli tu dah tau takkan lepas nak pakai punya, tapi dah berkenan sangat, angkat jugak. Ingatkan nak pakai masa pergi bercuti kat tempat sejuk, malangnya tak berapa selesa kat bahagian lengan, dah la senteng. Natijahnya, tergantung sepi dalam almari begitu saja. Satu hari aku mulakan projek murni untuk upcycle midi dress...

Projek Skirt Labuh Denim

Image
Assalamu'alaikum. Aku ada satu projek upcycle jeans lelaki menjadi skirt labuh, saja teringin nak try bila tengok orang duk buat dalam you.tube, cuma dorang buat skirt pendek dan bukannya skirt labuh. Kebetulan pakwe tak nak pakai sepasang jeans jenama Lois yang dah reput di hujung-hujung kaki seluar, betapa seasoned nya menda alah ni. Walaupun saiz sama dengan seluar yang lain, dia tak selesa pakai yang ini sebab potongannya kecik di bahagian peha. Jadi, aku mintak nak alter pada awalnya, tapi memandangkan ada sehelai skirt labuh yang digigit tikus (ataupun dimakan anai2, aku lupa fakta) dalam almari rumah Temerloh, aku tukar rencana kepada projek upcycle ini. Lama prosesnya dan baru suku jalan aku dah rasa menyesal mulakan, boleh bayang tak? Aku tak ambik gambar sebelum, mostly sebab mood ke laut sepanjang usaha gigih menyudahkannya, tapi inilah hasil projek cari pasal aku itu...  Disebabkan aku tambah kain di kiri kanan poket tepi, pinggang asal jeans sudah lari daripad...

Bukan Selimut Tetangga

Image
Assalamu'alaikum.  When I need you I just close my eyes and I'm with you And all that I so want to give you It's only a heartbeat away When I need love I hold out my hands and I touch love I never knew there was so much love Keeping me warm night and day Pernah dengar lagu tu? Haa... hopeless romantic macam aku layan la lagu-lagu jenis gitu, kan? Zaman dulu orang buat lagu jiwang karat, beli jiwa habis. Nak jadikan cerita, masa aku pergi Ikea dalam dua tiga tahun lepas, lagu When I Need You automatik bermain-main di benak ini, bila aku tengok selimut warna kelabu yang dinamakan 'Polarvide'. Aku ambik sehelai bawak balik, dengan niat suci murni nak jadikan poncho dan letak kat pejabat. Sehelai selimut tu dapat buat 2 helai poncho, tapi orang akan ingat aku pakai yang sama je tak basuh ke apa, maklum la sama je bendanya.    Aku macam biasalah, suka menongkah arus.. orang buat selimut ataupun alas sofa, aku buat poncho, tapi manfaatnya ...