Posts

Showing posts from December, 2021

Not Plain To See

Image
Assalamu’alaikum. Hey there, peeps!  Among other things I have learned by far: Not everything we see is the truth and not every truth is visible to see. Like in my secret garden, the flowers are invisible and I don’t expect others to even believe they are real, even if they happened to glimpse a view or two.  Thing is, I just do me.  ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Ninja Covid-19

Image
~ Nai @ Tak Pe Je.

Qayla Suit : Athifa Az-Zahrah

Image
Assalamu’alaikum. Dah back to back buat review pulak aku ni, ya? Kebetulan memang try and error beli tudung dan baju online semenjak dua tiga menjak ni, jadi apa salahnya aku kongsi dengan korang, kan? Sekurang-kurangnya takde la terbiar sepi dan dipenuhi sawang blog aku ni, jenuh nak buat kerja maintenance nanti.  Kali ni meh kita tengok busana Muslimah ala punjabi suit yang dinamakan “Qayla Suit” oleh Athifa Az-Zahrah. Sedap nama butik ni, kan? Anak owner gamaknya nama, aku rasa je la bukan fakta sahih pun.. maklum la kebanyakan owner cenderung nak guna nama anak dorang untuk diabadikan.  Aku beli masa tengah promo, RM67 sepasang Qayla suit ni warna dusty olive bajunya dan seluar panjang matching warna cream. Harga normal dah la sekarang, RM128 sepasang.. jadi memang berbaloi-baloi yang amat sangat beli sebagai pelanggan terawal. Agak lama jugak Qayla suit ni tersimpan rapi lepas dibasuh dan digosok, Jumaat lepas baru aku rasmikannya pakai pergi imigresen dengan bibik. Alhamdulillah

Haura Hijab

Image
Assalamu’alaikum. Sekian lama tak order tudung online, aku berkenan nak try instant hijab dari koleksi heejab.my yang dipanggil “Haura”. Mula-mula aku pilih 4 warna yang boleh dibawa masuk mahkamah syariah, iaitu ala-ala kelabu, biru yang lepas dianggap kelabu dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila dah sampai ke rumah, aku terus pakai pergi beli barang dapur kat Aeon. Maknanya tak tunggu pakai pergi kerja la kan? Lawa nak mati tudung ni, lembut kainnya langsung tak panas. Kalau tak pakai pin tetap nampak kemas, sesuai sangat nak bawak berjimba hujung minggu ataupun bercuti ke mana-mana dalam mahupun luar daerah, negeri/negara. Macam dalam gambar ni, pakai jarum kat bahagian kiri telinga dah siap! Rasa nak terbang dia punya ringan. Harganya RM25 sehelai, kalau nak bayar COD tambah RM10 untuk penghantaran. Sudahnya aku repeat order lagi 4 helai, pilih warna lain pulak.. yang sesuai dipakai sehari-hari ke mana sahaja. Tak sempat tunggu lama, sehari dah sampai depan pagar rumah. Cuci dulu y

Hidup Dengan Kasih Mesra

Image
Assalamu’alaikum. Lama betul tak berceloteh kat sini, paling-paling pun takat letak gambar sekeping lepas tu blah, hek eleh…! Sorry la ya kawan-kawan sekalian, hidup ni keras bak kata Tuan Azri Walter. Jadi ada kalanya kita lebih memilih untuk menghilang seketika, walaupun sebenarnya masih wujud di alam nyata. Tapi bila dah sampai waktu yang sesuai, maka kita keluar la semula menemui khalayak ramai.  Aku masih lagi bernyawa, alhamdulillah dan diberi peluang untuk terus berjuang selagi berdaya. Dengan segala kekurangan, aku gunapakai alternatif yang ada. Contohnya, tak mampu memandu jauh-jauh, aku naik grab. Kot la ditakdirkan takde grab, eh kaki ada sila angkat dan melangkahlah dengan tenang!  Baru-baru ni hujan lebat yang amat kat area Kg. Melayu Subang, aku habis kerja dah dekat asar melangut tunggu takde drebar grab yang terima order. Setengah jam kot duk proses entah berapa kali kensel, proses lagi. Repeat. Sudahnya aku wassap staff mintak tolong dia request grab dari Setiawangsa,