Posts

Euphoric Satisfaction: Well-Deserving.

Image
Assalamu'alaikum. Konvo hari Isnin memang epik kalau kat KL ni, korang... dah pulak sesi petang, dan bumi dibasahi hujan selebat-lebat kejadian. Begitulah keadaannya konvo adikku petang Isnin baru ni. Mak yang demam dan batuk sejak Sabtu malam, akhirnya cukup stabil untuk memaksa dirinya pergi jugak ke majlis konvo anak bongsu kesayangannya itu, walaupun dia masih lagi penat dan takde la larat sangat. Aku dari pagi gigih memastikan segala-galanya dalam kawalan dan tenangkan adik, bahawa kakak akan buat apa saja nak bagi mak ada masa konvo. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan, duk berwassap dengan sepupuku, Lela macam biasa, mengadu kat dia manalah aku nak cari wheelchair kejap-kejap itu? Katanya dia ada, simpan untuk mak dia, nanti dia hantar lepas masak tengahari. Aku makan pun tak boleh nak telan tengahari tu, rasa gloomy je terkenangkan macam-macam hal nak kena settle. Semua tu jadi kecik macam hama resdung bila tengok budak bertuah tu happy keluar dewan. Pergh.. job well done,...

WW ~ Kebaya Kota Bharu & Batik Lepas

Image
#OOTD ~ Nai at Tak Pe Je.

Pre-Convo Photoshoot

Image
Assalamu'alaikum. Musim konvo sudah datang, sana-sini orang update gambar, happiness is in the air. Family pun turut bergumbira, sudah pasti. Kami pun macam tu jugak, sama-sama bersenang hati dengan tamatnya ijazah pertama adik bongsu tersayang.  Adik budak yang sangat komited dan rajin sepanjang 4 tahun kuliahnya, budak skema la pendek cerita. Jauh langit dengan bumi la dengan kakak sulung dia ni, yang memang kaki pecah peraturan. Kami adik-beradik sayang gila kat dia, apple of the eyes abang-abang dan kakak-kakak. Bangga dan kagum dengan semangat, komitmen dan kecekalan hatinya, walaupun ayah pergi sebelum sempat dia ambik SPM. Kalau aku agaknya mungkin boleh ke laut results dengan kesedihan hati maha hebat, tapi dia siap boleh kutip segala kekuatan di dunia dan buktikan kasih-sayangnya terhadap ayah dengan bagi straight A's. Macam tu lah kekdahnya adik sampai la sekarang, jiwa kental seorang academician luar dan dalam. Kami buat pre-convo photoshoot ni tak cukup k...

WW ~ Louder Than Words

Image
Either my sultan was too hungry or the noodle soup was too good, or both. In any case, I was pleased. ~ Nai at Tak Pe Je.

Suratan Atau Kebetulan, Syukur Mesti Lebih.

Image
Assalamu'alaikum. Minggu lepas aku balik appointment awal daripada biasa, ajaklah adik ipar dan anak buah oren itu pergi cari meja untuk dia melukis kat rumah aku, kesian duk tertunduk-tunduk atas sofa. Dah la dia jenis suka guna magic pen, meremang aje tiapkali dia tekan magic pen tu beriya sambil menggetap-getap bibir, ngeri sungguh situasi itu, sayang sofa aku, weh! Mula-mula aku boleh lagi tangguh niat nak cari meja tu, tapi ada satu hari kan, dia tekan magic pen masa melukis atas katil aku, dah tinggalkan kesan abadi dua garis kat tempat berbeza kat sarung comforter. Sayang memang la sayang kat dia, tapi takkan la nak biarkan aje rumah penuh dengan kesan magic pen, kan? Abang dah besar, dia dah ada bilik dan meja sendiri. Sekarang ni adik baru nak belajar melukis macam abang dulu, Mak Long dengan bangganya tumpang happy. Sepupu dua orang ni memang macam langit dengan bumi perangai depa, abang dari kecik walaupun melukis 24 jam, dia jenis tak geram getap-getap bibir bagai. Tap...

Fellow Blogger From Pakistan

Image
Assalamu'alaikum. I have been writing this 'journal' a.k.a blog called Tak Pe Je to keep me sane, basically, you know, that kind of feeling that you have got to write about anything and nothing at all. And in so doing, I have come across a few people who gradually became my acquaintances either in facebook or instagram or whatsapp or any combination thereof, if not all the three mediums, but of course. I remember when I was in Paris a few years back, Shay had made a point to meet me up and showed me around, you know, like a hostess. That's why when I saw Ifrah's instagram post capturing some KL view, I was amazed and immediately offered to at least have a cuppa coffee, why, she's in my city! (Check out her blog, Idziher !). Amidst her hectic schedule, we managed to meet affer all, alhamdulillah. Yeah, I'm as bubbly as much  as she is, so we had no problem clicking, you know. She kept telling me how different tea was in KL that she had to live with...

Pesona, Gelak Tawa dan Jeritan Batin Ae Dil Hai Mushkil

Image
Assalamu'alaikum. Aku tak tau kenapa, tapi dari mula-mula kecoh kat internet pasal filem baru Karan Johar yang membariskan Ranbir Kapoor, Anushka Sharma dan Aishwarya Rai Bachchan sebagai pelakonnya, aku dah terpanggil nak mengikuti perkembangan cerita ni. Ada je berita pasal Ae Dil Hai Mushkil kat you.tube, aku akan tengok. Bila dah keluar teaser dan trailer dan lagu-lagunya, lagi bertambah teruja nak tengok. Sekali ada pulak kontroversi pasal ketegangan politik antara India dan Pakistan, dah mengheret ADHM sama tersepit kat tengah-tengah. Aku sebagai orang luar, takde la nak komen apa-apa pasal masalah politik depa kan, tapi macam tak berapa sesuai je nak kasi gempak tak kena tempat. Itu dah macam buli salah orang, cari subjek nak dijadikan kambing hitam dan kuda tunggangan. Macam nak menangguk di air yang keruh pun ada, sambil cuba mengaut keuntungan. Apa-apa aje la, yang penting ia dah secara tak langsung makin menghangatkan lagi bahang filem ADHM karya dan arahan Karan Johar ...