Posts

Mrs. Ragaman

Image
Assalamualaikum. Bulan puasa belum pun tiba,  dah sibuk menjahit baju raya,  ragamanku hanya dia yang tau.... Songket ni aku beli masa teman SIL shopping kat KL awal Februari aritu,  ada 50% diskaun dan diskaun tambahan untuk ahli Gio Fabrics. Lama jugak menung nak potong,  berani ke aku?  Menung punya menung,  aku beranikan diri dan mulakan projek jahitan tangan sepasang songket. Sehari selembar benang,  lama-lama jadi kurung moden hasil jahitan tangan dari awal sampai akhir.  Dulu-dulu memang simpan niat nak jahit tangan sepenuhnya kain songket,  tahun 2019 bulan Februari terlaksana sudah impian itu. Lambat lagi nak raya ni,  betul ke puan nak simpan dulu?  Tanya bibik,  tersengih-sengih macam kerang busuk. Aku tak berani nak jawab soalan cepu emas itieww,  ko rasa?  Apa-apa pun,  songket ni memang ohsem teruk,  tak panas kainnya dan tak payah sibuk kena alas,  boleh pakai inner le...

Harta Dunia Akhirat

Image
Assalamualaikum. Umur makin meningkat remaja purba ni,  hati jadi bertambah tisu,  cepat sendu dan macam-macam lagilah. Tengok gambar zaman anak peluk clinging kat mummy,  tetiba rasa alamak!  Dah bila pulak budak ni besar?  Bukan dulu baru tadika ke?  Itulah hakikatnya,  dik non... Masa anak kecik2,  dorang jenuh berpaut pada kita. Dah besar panjang, keadaannya jadi terbalik, kita pulak berpaut pada dorang.  Macam tu la yang mak bapak kita rasa setiap kali tengok kita,  kan?  Jadi,  jangan la kedekut nak panjatkan doa setiap waktu kepada orang tua kita,  sebab harta dunia akhirat seorang ibu dan bapa adalah anak yang soleh dan solehah.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Seri Pengantin Selamanya

Image
Assalamualaikum. Sekarang semua my girls dah berstatus puan,  takde cik lagi,  ya!  Tapi mudah-mudah semua akan maintain macam anak dara sampai bila-bila,  kot ya pun nak berangan,  apa salahnya biar tak logik dek akal,   kan? Percuma je, tak kena bayar.  Aku beriya la balik kerja aritu lepas maghrib terus potong kain lace hijau,  jahit tangan sampai pukul 2 pagi demi menepati tema dayang-dayang pengantin yang nak pakai lace masa majlis kenduri. Kenapa hijau?  Sebab itu je yang sesuai dengan kain batik pilihan dalam almari. Aku ada lagi dua warna yang belum dijahit,  jangan tak tau!  Rasanya nak pelan2 jahit pakai raya tahun ni.  Lace sebelum ni aku duk tempah buat kebaya pendek je,  kali ni teringin nak pakai kurung moden labuh pulak, sebab tengok mak pakai terjatuh hati la pulak. Memandangkan aku tak reti nak jahit lining dan masa pun suntuk, aku putuskan nak pakai dengan inner lengan panjang aje,...

Beg Umrah Terberanak?

Image
Assalamualaikum. Kalau kita pergi umrah naik flight kelas ekonomi, masa melontar di toko-toko pilihan sepanjang di Haramain,  kena banyakkan istighfar ya,  kawan-kawan. Sebabnya,  satu kepala boleh bawak dua biji beg, yang mana berat setiap satu beg tak boleh lebih daripada 23kg. Nasihat aku,  bawak satu beg sudah masukkan dalam kargo, bawak satu beg saiz kabin cadang nak isi hasil melontar nanti. Besarlah kemungkinannya akan terberanak jugak beg pada penghujung umrah,  terutamanya kalau pergi bersama keluarga dan tak semua bawak beg saiz kabin.   Jenuh nanti pakat beli beg baru kat sana,  kualiti bukan elok pun,  harga ya ampun mahal!  Jadi,  cadangan aku,  beli aje beg yang boleh lipat-lipat macam gambar kat atas tu,  sampai airport pergilah bungkus lilit-lilit kat kaunter wrapping. Dengan cara tu,  korang boleh jimat banyak duit,  yang mana boleh digunakan untuk melontar lagi last minute sebelum bali...

Khamis, hari terakhir Januari 2019

Image
Assalamualaikum. Hari ni Khamis,  31hb Januari 2019, tarikh keramat DYMM Sultan Pahang, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke-16 secara rasminya.  Sebagai anak jati kelahiran Pahang,  aku rasa bangga, entahlah kenapa. Masa Sultan Mizan dulu takde pulak rasa macam ni,  agaknya sebab tak lahir di Terengganu walaupun ayah orang sana dan seluruh keremajaanku letaknya di sana. Takpe la,  semoga YDPA baru akan diterima baik sepanjang 5 tahun perkhidmatan Baginda dan diberkati Allah swt hendaknya. Ameen...  Hari ni aku pakai shawl setelah sekian lama malas nak melilit-lilit dan memilih bokitta kebanyakan masa. Sebab utamanya,  cik abang kata dia lagi suka tengok aku pakai macam ni,  eh pulak dah. . Kata nak suruh cepat siap tak payah tunggu lama-lama. Ikutkan aje ler,  tapi aku pakai inner ninja dan selempang je zass zass,  pin kat bela...

WW ~ Subuh Idaman.

Image
Assalamualaikum. Suatu subuh yang lalu. ..  ~ Nai at Tak Pe Je. 

Winter Umrah Lookbook

Image
Assalamualaikum. Kalau kita nak pergi mana-mana, biasanya mesti nak cari idea pakaian yang sesuai dengan tempat dan keadaan semasa, betul tak? Masa nak pergi umrah hujung tahun lepas, antara persediaan terawal yang aku buat, benda tu la. Tak banyak yang aku dapat info macam yang aku nak, jadi sekarang aku nak kongsi kat sini Umrah Lookbook untuk musim dingin versi Tak Pe Je. Mana la tau boleh dijadikan panduan serba sedikit, bagi yang selesa berpenampilan macam aku ni.  Aku boleh dikatakan pakai apa yang dah sedia ada je dalam koleksi, cuma kalau kata tak beli baru langsung tu bohong la, kan. Tudung aku beli yang instant tanpa dagu kat Shopee, kain mosscrepe ni sangat selesa dipakai dan elok untuk musim sejuk. Aku tak beli yang berdagu sebab dah banyak inner ninja berdagu dalam gobok lagenda. Melainkan korang jenis memang akan pakai selepas balik umrah, pada pendapat aku elok korang tak payah nak beriya beli segala macam tudung instant berdagu dan lepas tu simpan dalam al...