Posts

WW ~ Grass Is Greener

Image
On the other side. ~Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Back To School

Image
With his personal chauffeur. ~ Nai @ Tak Pe Je.

Seringan Kapas

Image
Assalamu’alaikum. Lama sangat aku takde projek menjahit dalam skala yang lengkap, takat buat caftan masa kuarantin kali ke-2 bulan Ogos gitu je la. Hobi kalau dah terpaksa bukan lagi hobi namanya, kan? Maka dengan itu memang kita semua perlu ada seruan menuju kejayaan baru boleh jadi kenyataan. Seruan itu bernama MOOD, jenuh nak panggil kalau dia lari jauh. Macam kebiasaannya, aku buat keputusan on the sport bila dah terdetik nakkan sesuatu. Contoh, bangun pagi satu hari terasa nak cari English cotton maka itulah yang aku buat. Ikut hati jugak nak pilih penjual mana dalam media sosial yang mana. Dipendekkan cerita, aku pilih dua pasang kain daripada Iliaz kat Instagram, bayar dan tunggu sampai rumah. Kuning dan biru, lembut kainnya tak macam English cotton yang aku beli bila entah, lama sangat dah masa anak sekolah rendah lagi. Niat nak tolong kawan-kawan menjual, aku beli dua pasang. Takde la kata tak lawa ataupun tak selesa pakai, cuma jenis kainnya keras. Awetnya boleh tahan, langsu...

Sepagi Di Hospital ENT

Image
Assalamu’alaikum. Apa khabar korang semua? Semoga sihat walafiat hendaknya tapi kalau diuji dengan apa jua bentuk kesakitan, semoga dipermudahkan segala urusan. Entry kali ni aku kongsikan hari anak semata wayang buat rawatan telinga di hospital pakar telinga, hidung dan tekak (ENT singkatan medikal yang digunapakai kebiasaannya). Sejarah rawatan budak bertuah ni bermula dari dia belum masuk sekolah rendah, tak silap aku. Sejenis yang tak jadi takat jenguk doktor harian di klinik kesihatan, terpaksa jumpa pakar bidang ENT. Paling lama tahan tak pergi, dalam tempoh 3 tahun setakat ni. Pakar explain sebab jadi macam tu, saluran telinga dia jauh lebih kecil daripada kita semua dan akan selalu berulang kejadian telinga tersumbat. 3 tahun lepas lagi teruk dia sakit berdengung bagai, sebabnya duk snorkeling kat Pulau Perhentian. Kesian dia, dah la kami selalu sangat lompat dari satu pulau ke pulau yang lain sejak azali. Masa zaman cakap pelat dulu siap bengkak bernanah-nanah telinga dia, mum...

WW ~ Watching Eyes

Image
I’ll be watching you, even from the skies above. Much love,  Mom.  

Rentas Negeri Rasmi

Image
Assalamu’alaikum. Bukan sekejap kita semua terkurung tak dibenarkan rentas negeri, rindu pada keluarga nan jauh di mata tak boleh nak cakap la kan? Bagi yang duduk dekat-dekat tak pe la, syukur pada yang Maha Esa atas rezeki yang diberi percuma. Sebelum ni jenuh berkokok atas pokok rindukan mak ayah di kampung, bila rentas negeri rasmi dibenarkan, ada yang sibuk pakat pergi bercuti dulu. Eh jangan la gitu kan? Utamakan yang wajib, baru buat yang sunat. Macam tak berbaloi je duk canang selama ni rindu bagai, betul tak?  Makanya, kita balik kampung dulu seperti selayaknya kerinduan yang berpasak dalam jiwa nan sengsara. Hala ke Pantai Timur kita singgah beli kopi buat bekal tongkat mata, teman drebar kat sebelah. Kesian dia drive sorang-sorang nanti kita layan ngantuk diulit mimpi bulan bintang. Ah gitu! Oh ya, kalau sejenis suka kopi Starbucks, jangan lupa bawak tumbler keluaran dorang untuk dapatkan diskaun RM2 setiap pembelian. Lagipun kan best minum kopi yang kekal panas dan suam...

Cold Brew Coffee

Image
Assalamu’alaikum. Korang apa khabar? Lama aku tak update blog ni kan? Makin jauh je langkau masa dari satu entry ke satu entry yang lain, maklum la zaman teknologi media sosial bergambar membuatkan kita malas nak berceloteh panjang. Tapi itu bukanlah alasan untuk aku terus menyepikan diri dari dunia blog, memang tak ar.. Kali ni aku nak kongsi minat terbaru dalam cerita tentang kopi: Cold Brew Coffee. Macam namanya jugak, cara pembikinan kopi ini adalah menggunakan air sejuk. Bukan ais, tapi air masak bersuhu bilik dan sudah pasti bukanlah air panas mendidih mahupun air suam-suam kuku. Panas sangat cuaca ni rasa nak minum kopi sejuk pulak, maka dengan itu aku buat perubahan sikit dengan menceburi bidang kopi sebegini. Cara penyediaan macam ni jauh lagi sedap rasanya berbanding dengan guna air panas kemudian letak ais. Senang cerita, lebih mesra di hujung lidah menyelusuri tekak, begitu ya.. kena cuba sendiri baru paham maksud aku.  Aku guna kopi jenama Mister yang memang dah sedia ...