Posts

Showing posts from August, 2011

Simple Je

As salam. Dalam kehidupan yang makin kompleks nih, kadang2 kita terlupa kpd perkara2 ringkas. Benda senang pon kadang2 jadi susah nak handle, sebab dah terlampau biasa bergelumang dgn benda kompleks. Tapi sebenarnya masih banyak pihak yang sangat ringkas kehidupannya. Sampai tak terjangkau dek akal orang2 yang dah teramat kompleks nih. Contoh, nak raya nih kan kita sibuk beli apa yang adatnya perlu ada. At least sepasang dua baju baru. Sepasang kasut atau selipar baru. Yang jenis tukar langsir baru setiapkali raya pon ada, tak percaya tanya Nykolett . Sampai kita terlupa pada yang tak punya. Yang nak makan hari ke hari pon terpaksa bercatu. Yang nak pakai hari2 pon duk ulang benda sama. Nak ganti benda2 baru jauh sekali. Kasut banyak yang takde. Kalau ada pon, abis lusuh leper segala. Selipar pon tahap2 org wakafkan kat jamban masjid je. Tahun ni aku berdepan dengan semua tu secara langsung. Puncanya, bibik bertuah aku tu la. Aku bawak balik selipar untuk dia buat raya. Bila tengok d...

Mangkuk Call

Image
As salam. Pagi tadi jam 10.34 aku dapat call dari sorang Chinese guy, kononnya pegawai AEON Credit. Kira dia return my call, sebab katanya aku telefon pagi2 tadi mohon nak upgrade credit limit AEON Credit. Huh? Aku jam 8 a.m dah terkocoh2 drive pergi KL, ada kes Faraid. Melangut dalam dewan sampai la 10 a.m. baru keluar. Dah satu ALIBI kat situ. Bila aku cakap pasal alibi tu, dia kata dia juz jalankan tugas, sebab dapat permohonan tu dari cawangan AEON Credit kat Kota Bharu. Huh? Bila pulak aku pergi KB nih, adeh. Yang heran tu, dia terus cakap yang bila dia check rekod, aku ada hutang dengan AEON Credit 11 ribu lebih. Aku dah naik suara, suruh dia berenti mengarut, aku takde satu akaun pun dengan AEON Credit yang sampai berbelas2 ribu gitu! Paling mahal aku pernah beli barang guna AEON Credit masa Junior kecik2 dulu, Philips Microwave Oven. Tapi dah berkurun abis bayar pon! Aku suruh dia hantar surat, lepas tu aku akan decide nak balas ke nak saman je dia.  Eh, lepas tu dia nak ...

Bibik Yang Alim

Malam ni aku terkesima kejap. Bibik aku kata Terawih tu wajib. Sebab tu dia terkejar2 nak ke masjid, makan tak sempat, basuh pinggan pun tak sempat. Mintak izin majikan nak keluar pun tak payah. Aku kena beristighfar panjang, takut tangan aku terpanjang dan tertampar anak orang. Dah lebih seminggu aku 3 beranak tak ke masjid, berterawih kat rumah je, sebab mamat tu sakit pinggang nak berlama2an di masjid. Ditambah pulak paru2 bonda dah start lemah balik, dek terlalu kuat ulang-alik ke masjid, tak sesuai dengan tahap kesihatan dia. Nak kembali berjamaah kat masjid, kena tangguhkan je sebab bonda nak join solat kat rumah. Bibik tetap setia pergi, tak menyempat buat apa2 dah lps iftar, siap literally berlari turun tangga meluru ke pintu nak ke masjid. Sudahnya, air panas sampai paras paling bawah setiapkali masuk waktu sahur dan sebelum waktu tidur. Kalau bukan aku, mak yang penuhkan. Kalau bukan mak, adik ipar aku yang buatkan. Aku tengok je takat mana budak ni nak naik kepala. Sampai ...

Enggang Yang Bongkak

Bijakpandai kata, orang sombong boleh masuk dengan orang yang sombong juga. Tapi orang tak sombong boleh masuk dengan orang yang sombong dan orang yang tak sombong. Dah lebih setapak kat situ. Cuba la tengok kat sekeliling kalau nak analisa. Memang gitu la keadaannya. Tak kisah la kat mana pon, baik kat tempat kerja, baik kat kejiranan, baik kat tempat belajar, atau kat tempat-tempat rekreasi. Yang murah dengan senyuman biasanya bercampur jenis kawannya. Tengok la, mesti ada yang mudah tersenyum dan ada jugak yang muka macam tertelan getah skrap. Biasanya yang selalu duduk bersama adalah yang jenis mesra alam juga. Sebab yang menyombong takkan suka lepak sekali punya. Tak boleh masuk punya! Dia masuk dengan yang jenis mudah tersenyum tu pon sebab ada kepentingan. Contoh, member tu glemer ke, pandai ke, lawa ke, kaya ke....Yang pasti, ada kepentingan la kat situ. Tapi kalau yang jenis menyombong tu Ya Allah..! Sepesen aje pola penempatannya, tengok la. Kawan2 dia memang dah sah2 yang ...

Live Band

Image
Hobi aku salah satunya tengok LIVE BAND. Kalau masa kecik2 dulu tau tengok pancaragam je la. Masuk Darjah 4 dah join pancaragam skolah, nasib baik la arwah ayah kasi. Saspen gak, sebab nak masuk Pandu Puteri tak kasi. Nak pegi berkhemah tak kasi. Join koir & pancaragam kasi pulak, heran gak. Aku macam biasa la, patuh walaupun hatiku retak seribu. Aku ingat dah abis la zaman minat kat live band ni, sebab gaya hidup dah tak dekat sangat dgn menda2 tu, kecuali tengok konsert dalam TV la, kan? Tak pun, VCD ataupun DVD, sebab masa tu belum ada audio dan video streaming dari trio Steve Chen-Chad Hurley-Jawed Karim. Tak dekat menda nya kalu gitu, kan? Benda depan mata. Tapi aktiviti layan muzik live band ni start balik lepas kahwin. Maklum la masa kenal dan bercinta dulu mana la ada masa sangat lepak dgn mamat tu. Dia bz jaga sound system, mixing apa ke bagai nya dalam studio. Kulu kilir serata Malaysia buat event, kat mana entah letaknya diriku ini gamaknya. Chewah, tetiba pulak emo...

Terung Berlada

Image
Assalamu'alaikum. This is my version of Terung Berlada - 1st try. Loved it so much.. 

Ramadan Delite

Image
Ramadan kali ni lebih bermakna kalau nak compare dgn tahun-tahun lepas. Sebab utamanya, duk dekat dgn masjid. Jalan kaki tak sempat penat dah sampai. Tak payah bersesak-sesak masa nak pergi dan balik naik kereta. Tahun ni, mak of course orang paling happy. Maklum la dah banyak bulan dia ulang-alik 5 waktu, nasib baik tak berkampung je kat masjid. Terawih siap ada gathering lagi dengan kawan-kawan. Melarat janji bagai, attend kuliyah Subuh, tazkirah sebelum Zuhur, bacaan hadith lepas Asar. She's at the top of her world, bak kata orang Banja.  Sebab keduanya, Junior dah pandai sembahyang. Dah banyak bulan jugak aku dan Junior berimamkan Daddy dia setiap kali kami tiga beranak ada kat rumah. So, kali ni Junior ikut ke Masjid bukan memanaskan bangku simpanan. Tahun lepas walaupun dia tak join budak2 lain memekik sekeliling masjid masa jamaah tengah solat, tapi dia tak join pon jamaah bersolat. Lepas sahur, Daddy selalu kena betulkan Lafaz Solat Subuh versi dia : اصل فرض الصبح اربع رك...