Live Band
Hobi aku salah satunya tengok LIVE BAND. Kalau masa kecik2 dulu tau tengok pancaragam je la. Masuk Darjah 4 dah join pancaragam skolah, nasib baik la arwah ayah kasi. Saspen gak, sebab nak masuk Pandu Puteri tak kasi. Nak pegi berkhemah tak kasi. Join koir & pancaragam kasi pulak, heran gak. Aku macam biasa la, patuh walaupun hatiku retak seribu.
Aku ingat dah abis la zaman minat kat live band ni, sebab gaya hidup dah tak dekat sangat dgn menda2 tu, kecuali tengok konsert dalam TV la, kan? Tak pun, VCD ataupun DVD, sebab masa tu belum ada audio dan video streaming dari trio Steve Chen-Chad Hurley-Jawed Karim. Tak dekat menda nya kalu gitu, kan? Benda depan mata.
Tapi aktiviti layan muzik live band ni start balik lepas kahwin. Maklum la masa kenal dan bercinta dulu mana la ada masa sangat lepak dgn mamat tu. Dia bz jaga sound system, mixing apa ke bagai nya dalam studio. Kulu kilir serata Malaysia buat event, kat mana entah letaknya diriku ini gamaknya. Chewah, tetiba pulak emosional. Anyways, bila dah kahwin, dia tukar bidang. 360 degree dari dunia event, tapi kena dengan Bachelor Degree yang dia abiskan 4 tahun hidupnya dulu.
Di situ la bermulanya kisah live band. Especially masa gi jalan kat mana-mana. Lobi hotel biasanya ada live band, jadi mesti tak lepaskan peluang bertenggek kat kerusi sambil minum kopi secangkir dua. Kalau ada masa terluang, paling tidakpun saja carik tempat yang ada live band, contohnya satu Mamak Bistro kat area Bukit Bintang sana. Walaupun takde la best sangat, tapi tetap menghiburkan.
Yang paling best kat Melting Pot, KL Concorde. Ada satu band ni dari Indon, dah lama benar depa kat KL. Depa gerak dari meja ke meja, tunaikan request dari tetamu. Semua lagu top terkini depa tau. Yang lama2 pon depa tau. Of kos la kan, dah keja depa. Aritu masa attend satu wedding kat Saloma Bistro, depa yang jadi undangan, terkujat kejap aku. Dunia nih kecik je, kan? Aku paling suka suara lead singer depa. Suara minah tu kalah Agnes Monica silap aribulan. Specialties depa salah satunya Latin. Terbuai weh...
Once in a blue moon, ada la dapat tiket2 free tengok konsert live kat Istana Budaya. Dua kali je pun. Alleycats sekali, Amy Search sekali. Yang aku usaha beli sendiri, Sifu M.Nasir nye konsert. Duk kat hot seats, dari awal sampai abis memang berbaloi2 la pendek katanya! Macam tak percaya pun ada. Memang terhibur dan ikut berhibur, sambil pakai lawa-lawa. Kelakar jugak sebenarnya. Tapi ye la kan, dah nama pun Istana Budaya.
Tapi semenjak dua menjak ni teramat la sibuknya. Dah pulak bulan Ramadhan. Kira dunia aku Ofis-Rumah-Masjid. Kitaran itu la setakat ni. Majlis-majlis berbuka puasa pon setakat ni takde aku pergi. Esok-lusa tak tau la lagi. Tu pon baru kejap tadi dah ada orang jemput nak kena hadir gak macamana pon. Tak berani nak janji, tapi kalau takde aral sampai la tu.
Anyways, aku letakkan kat sini medley lagu-lagu peberet aku dan mamat tu, the Gypsi Kings. Bella Perez bergabung dengan depa memang Da Bomb la weh...! Kalau depan mata aku tak tau la macamana. Lagho, lagho.
Walau apa pun, kena la sedar diri. Minat macamana sekalipun, adab sopan tetap kena jaga. Tak gitu?
Comments
Post a Comment