Ramadan Delite

Ramadan kali ni lebih bermakna kalau nak compare dgn tahun-tahun lepas. Sebab utamanya, duk dekat dgn masjid. Jalan kaki tak sempat penat dah sampai. Tak payah bersesak-sesak masa nak pergi dan balik naik kereta. Tahun ni, mak of course orang paling happy. Maklum la dah banyak bulan dia ulang-alik 5 waktu, nasib baik tak berkampung je kat masjid. Terawih siap ada gathering lagi dengan kawan-kawan. Melarat janji bagai, attend kuliyah Subuh, tazkirah sebelum Zuhur, bacaan hadith lepas Asar. She's at the top of her world, bak kata orang Banja. 

Sebab keduanya, Junior dah pandai sembahyang. Dah banyak bulan jugak aku dan Junior berimamkan Daddy dia setiap kali kami tiga beranak ada kat rumah. So, kali ni Junior ikut ke Masjid bukan memanaskan bangku simpanan. Tahun lepas walaupun dia tak join budak2 lain memekik sekeliling masjid masa jamaah tengah solat, tapi dia tak join pon jamaah bersolat. Lepas sahur, Daddy selalu kena betulkan Lafaz Solat Subuh versi dia :
اصل فرض الصبح اربع ركعتين معموما لله تعالى

Aduhai.. Selalu dia konpius nak sebut 2 rakaat je Subuh, tergabung pulak dengan Isya' yang 4 rakaat. Jadi la kombinasi kedua2 nya, amik kau! 

Ketiganya, aku dah ada bibik. Penting tu. Sebab aku boleh terus fikirkan diri sendiri lepas bukak puasa. Dah ada orang tolong kemaskan apa yang patut. Budak ni memang la tak tau masak langsung, tapi memasak tak pernah jadi masalah pun bagi aku setakat ni. Mak sihat tahun ni, dia pun happy, so dia masak la dengan gumbira apa yang dia nak masak. Balik dari ofis, aku tambah2 la apa yang patut, kasi meriah sket meja makan. 

Al-kisah, hari ni bibik request melalui mak, of course, nak join pegi terawih. Sebab kat Kemboja sana memang tak pernah miss terawih, maklum la jenis Rakan Masjid macam mak. Amboi... Seronok nya dia bila aku kasi. Terhura pulak rasanya tengok dia masa kat masjid. Dah balik terawih tu, bukan main bersemangat lagi mengemas dapur. Senyum sampai ke telinga! Dia ingat aku lupa dia terlambat bangkit sahur dinihari tadi. Aku sound la seblom dia naik tidur, jangan sampai aku kejutkan dia berlenggang turun makan je esok! Berubah gak muka dia. Ye la weh, aku saje tak kejutkan dia, nak tengok sampai mana dia nak tidur. Rupanya sampai 5.10 a.m duk berselimut lagi. Tutup muka dia kat bawah, pucat segala. Macam la aku nak makan dia. Tapi berleter gak la secupak dua. Kasi hangat sket Subuh yang dingin.

Keempatnya, biar la dulu. Sebab baru 3 hari pun puasa. Apa-apapun, selamat berpuasa kepada semua yang menyambutnya. Semoga Ramadan kali ni lebih membawa sinar kepada kita...



Kita pakat imarahkan masjid sama2, apa kata?







Comments

  1. Tengok tajuk macam nak tayang gambar masak berbuka..rupanye rencah ragam di rumah ya..tersenyum kak rose membaca entri mu kali ni...sebab teringat zaman memuda dulu beranak kecik dengan bibik silih berganti..selepas bibik ke sepuluh kak rose berhenti kerja and jadik bibik sendiri....paling best!....

    ReplyDelete
  2. Ye la sis, tajuk mmg bikin gempak, kan? ;) Dah byk tahun jadi bibik sendiri, tp kali ni hasben carikkan assistant..

    ReplyDelete
  3. kak....dh tak duk intan aprt lg ker...umah baru area mana lak..?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan