Mangkuk Call
As salam. Pagi tadi jam 10.34 aku dapat call dari sorang Chinese guy, kononnya pegawai AEON Credit. Kira dia return my call, sebab katanya aku telefon pagi2 tadi mohon nak upgrade credit limit AEON Credit. Huh? Aku jam 8 a.m dah terkocoh2 drive pergi KL, ada kes Faraid. Melangut dalam dewan sampai la 10 a.m. baru keluar. Dah satu ALIBI kat situ.
Bila aku cakap pasal alibi tu, dia kata dia juz jalankan tugas, sebab dapat permohonan tu dari cawangan AEON Credit kat Kota Bharu. Huh? Bila pulak aku pergi KB nih, adeh. Yang heran tu, dia terus cakap yang bila dia check rekod, aku ada hutang dengan AEON Credit 11 ribu lebih. Aku dah naik suara, suruh dia berenti mengarut, aku takde satu akaun pun dengan AEON Credit yang sampai berbelas2 ribu gitu! Paling mahal aku pernah beli barang guna AEON Credit masa Junior kecik2 dulu, Philips Microwave Oven. Tapi dah berkurun abis bayar pon! Aku suruh dia hantar surat, lepas tu aku akan decide nak balas ke nak saman je dia.
Eh, lepas tu dia nak "verify" beberapa soalan plak sebelum antar surat. Kasi no. iC baru aku, betul pulak tu, cheh! Soalan lepas drpd tu buat aku terlopong : "Betul tak pada 3hb Julai 2011 cik pergi Sentosa Island?" Aku tanya, apa kaitannya? Dia tak sempat jawab, aku dah bgtau, tak mau cakap dengan dia, mengarut je, then aku terus letak. Aku expect dia call balik, tapi takde. Sampai sudah takde.
Lepas abis appointment kul 4 pm, aku pergi buat komplen kat AEON Credit terdekat. Rupa2 nya dah seminggu AEON Credit duk dapat komplen yang sama daripada customers. Yang call memang chinese guy. Tapi kalau call balik nombor yang dia guna, masuk fax. Menyusahkan orang je la mangkuk2 macam ni. Bodoh pon ye jugak, ada ke patut nak buat verification tanya soalan cepumas pergi Sentosa Island bagai? Jenuh aku carik relevancy nye pon, takde weh! Tanya nak confirm no. IC dah ok dah, patutnya tanya la yg sewaktu dengannya. Nama mak ke. Nama kucing peliharaan ke. Gugur la rambut aku duk pikir kaitannya!
Macam ni gamaknya jadi kalu terus dengar 'verification' process mangkuk tu. |
Macam2 cara orang buat scam sekarang ni. Modus Operandi tak banyak sangat berbeza. Motif tetap serupa, nak menganiaya duit orang. Kalau makcik2 tua mesti dah saspen tahap gaban dapat call macam gitu, kesian dorang. Mesti dah pikir yang bukan2, takut masuk penjara la, mana nak carik duit bayar hutang banyak tu la, saper la buat jahat guna nama dia buat hutang banyak2 gitu la. Ish, macam2 lagi la duk dipikirnya karang!
Dekat2 nak raya ni biasa la, banyak yang amik kesempatan. Depa ni bukan apa, banyak meneka dalam kesamaran je pun. Dalam banyak2 tu, ada la yang terkena. Kita kena pakat pesan dekat orang2 tua yang kita kenal, kalau dapat call pelik2, jangan sibuk setuju apa2 dulu, mintak masa tanya anak2 dulu. Tak pasal2 hilang tanah kebun karang! Bak kata P.Ramlee, Jangan Kena Jual Sudah.
So, kalau korang dapat call dari nombor 03-2026 7949, tak payah layan. Nak terus maki pon ok gak, kan?
Comments
Post a Comment