Forces of Nature: Lawatan Semula
As salam. Korang tau, senarai aktres Hollywood yang aku minat memang pelbagai. Macam blog ni jugak ~ Rojak. Selain Angelina Jolie yang dah menakluki aku secara total dalam The Tourist (may be sebab ada Johnny Depp), Julia Roberts dan Drew Barrymore yang dah sah-sah mencuri hatiku sejak dulu kala, Sandra Bullock sentiasa menjadi pujaan hati yang penuh bunga cinta ini. Chewah..
Start dari While You Were Sleeping, aku mesti carik peluang pegi cinema kalau ada cerita baru yang Sandra Bullock berlakon. Takpun, jenguk SPEEDY bawak balik CD, tengok kat rumah. Ye la, masa tu mana ada budaya download ni semua. Dah ada pun, aku masih prefer carik DVD buat koleksi. Maklum la, dengan adanya teknologi Blu-Ray, HDMI ke amenda ntah laginya, lepak kat rumah pun bagi aku jauh lagi selesa daripada kat cinema. Kadang-kadang aku rasa nak ambik je projector yang jarang-jarang aku guna tu buat tengok wayang kat rumah. Tapi ye la, takat nak tengok sorang-sorang, sambil menemani mamat yang selalu tido je depan DVD, tak de maknanya nak projector bagai. Selalunya aku guna External DVD Writer je tengok cerita kat laptop. Senang. Old school. Simple. Sooooooo Tak Pe Je.
Dalam banyak-banyak movie Sandra Bullock, aku paling tak boleh lupa Forces of Nature, walaupun aku tak minat Ben Afleck. Aku suka sangat watak Sandra dalam cerita tu. Gelak tak hengat, takde pura-pura, hayati keindahan hidup seikhlas mungkin. Dan yang paling aku suka, cara dia besarkan anak dia, siap temankan anak baca buku atas pokok. Bukan la bermaksud aku suka dia ajak anak dia panjat pokok nak baca buku. Tapi cara dia berfikir, falsafah hidup dia tu yang aku suka: Extra-Ordinary. Fun. Loosen up. Aku rasa banyak aku terpengaruh dengan falsafah tu masa besarkan Junior awal-awal dulu. Arwah ayah aku selalu tergelak tengok aku layan Junior. Takde istilah proper. I had fun, enjoying every second of early motherhood. Memang bahagia habis dapat Junior. Segala yang terindah dalam hidup bermula dengan ultra-sound yang sahkan kehadirannya sebagai anakku. Kasi aku satu lagi sebab untuk teruskan perjuangan hidup dengan kental.
Malam tadi la tetiba aku teringat kat Forces of Nature. Aku rindu kat Sarah Lewis. Mak ai, gila sungguh bunyi statement itu tadi, kan? Walaupun aku suka Speed, In Love & War, While You Were Sleeping, Miss Congeniality dan 2 Week's Notice, aku tak sibuk nak carik semua tu dalam you.tube. Aku jumpa banyak gak trailer Forces of Nature, buatkan aku terimbau nostalgia zaman student dulu. Rasanya time tu aku je la yang suka sangat cerita tu pun. Orang lain biasa je, bukan citarasa depa. Tapi tak kisah la, kan? Yang penting, aku suka Sarah Lewis. Nothing Else Matters.
Kat sini aku letakkan 1 trailer Forces of Nature..
Orang macam Sarah Lewis memang senang orang salah faham. Orang akan cepat misjudge. Bukan senang jadi dia. Tapi dia tetap teruskan hidup dengan penuh semangat perjuangan yang jitu. Aku nak jadi macam tu. Of kos la dengan modifikasi yang bersesuaian lagi berpatutan. Kalu tak, mau pitam orang sekeliling aku...
Comments
Post a Comment