Intonasi & Lokasi

Salam. Pagi ni ambik masa nak update blog kejap, jom temani daku? Kita borak pasal suara dan pengaruh lokasi. Sebulan lepas aku jumpa ADO kat Temerloh, ada keja sket. Amenda ADO tu? Ala.. Yg keja kat pejabat tanah tu. Penolong DO. Hehehe, saje je tak letak titik kat initials A.D.O dengan D.O. Orang-orang kita nih memang suka sebut initials, tapi kadang2 tak tau pun amenda yg disebut, kan? Land ofis ni kan asalnya ikut sistem omputih, cakap London. Pangkat paling glemer kat land ofis of kos la Pegawai Daerah dan Pembantu Pegawai Daerah, ikut department masing2. Dah dari zaman British duk sebut D.O (District Officer) utk Pegawai Daerah, A.D.O (Assistant District Officer) utk Penolong Pegawai Daerah, mesti la havoc kalu tiba2 kita pegi land ofis mintak nak jumpa PD ataupun PPD. Eh, Port Dickson? Oooo... Pantai Port Dickson, ya tuan? Negeri Sembilan nun, bukan kat sini... ^_^

Anyways, A.D.O tu punya la soft-spoken orang nya. Mesra alam dengan diriku ini, may be sebab bila tau datang dari universiti yang sama, gitu.. Lama la pulak aku kat dalam bilik dia, saspen dah pak sedara dgn mak sedara aku kat luar. Ambik sign amenda lama bebenor, ye dak? Ye la, duk bincang pasal intonasi dan lokasi nih la, korang. Katanya dia, heran apasal orang2 kat Bandar Temerloh tu cakap kuat2. Yg datang jumpa dia pon cakap kasar2. Cepat nau naik hangin, especially cikgu-cikgu umur mid-20an. Aku try la share Teori Domino (aku tak tau nama teori tu, saje je nak sebut Teori Domino.. sempena nama album Wings dulu2) pasal pengaruh persekitaran terhadap intonasi suara, for a start.

Aku cakap, dulu ada terbaca pasal ni. Kalau dalam satu kampung yang ada sungai dan air terjun, penduduk2 kat situ selalunya sit-back dan relax. Tapi pitching suara depa beza2. Yang duduk sekitar sungai suaranya lebih pelan. Yang duduk dekat air terjun suaranya lebih kuat. Sama jugak kalau orang yang dibesarkan dalam estet, pitching suara depa jauh lebih pelan kalau nak banding dengan orang yang besar kat landasan keretapi. Cuaca pun jadi faktor gak. Tempat sejuk dan nyaman buat orang lebih sabar. Tempat panas dan sesak buat orang cepat naik hangin. Dah Temerloh tu tempatnya panas dan sesak, of kos la orang cepat naik hangin. Aku xde la cakap, land ofis tu pun ekon kat dalam je utk pekerja, kat luar org menunggu macam kena bakor kepanasan..

Then, senyuman A.D.O tu tambah manis, cheek to cheek dah jadinya. "Ha'ah.. Mak saya cakap sejak saya keja kat Temerloh ni, saya dah cakap kuat sangat!"

Aku tanya la dia orang mana. Alahai... Cameron Highlands, weh! Benar la bagai dikata.. BINGO!

Tinggal lagi, benda ni bukannya tak bleh diubah. Sebab ada lagi satu faktor yang paling kuat pengaruhnya, i.e. keadaan semasa. Tak kisah la dari mana dan macamana asalnya kita nih, keadaan semasa memang boleh ubah diri, sikap, penampilan, pendekatan, pemikiran dan pembawakan peribadi kita semua. Yang penting, kita kena kenal diri, kawal emosi dan hiasi peribadi.

Aku duk teringat je kat A.D.O tuh.



.

Comments

  1. wah! hebatnye teori ni! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Masa i mula2 baca dulu, rasa sgt2 bagus kajian yg depa buat. Kalau la I still ingat kat mana sumber rujukan tu, kan bagus...?

      Delete
  2. Betul sgt teori tu sebab kak perasan..srkrg tak semena mena akak jd cepat meradang dan kuat berleter marah semua org bila sesampai kat rmh...adeehh ni sbb faktor cuaca la kot..:) kat sini panas terik lahhh...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la nye.. Cuaca panas, hati pon panas. Cuaca sejuk, hati pon sejuk. General rule nye gitu.. Exceptions of kos ada, kan? Tgk kat Bandung, org2 sana dah la kulit cerah2, tak cepat marah dan friendly. Tapi kat Jakarta, ya ampun...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan