Jendela Waktu

Salam. Korang tau, aku dah 8 tahun ambik Soy Milk Protein digoncang bersama Fiber Plus keluaran Cosway. Lately sejak depa keluarkan Whole Food Nutrition, aku dah tak beli Protein tu lagi. Duk goncang la Whole Food Nutrition dengan Fiber Plus, minum setiap pagi. Memang berkesan untuk weight management dan kesihatan minda serta tubuh-badan. Tak de masalah berat badan yang serius la, pendek kata.

Sampai la hujung tahun 2011. Lain macam aje naik badan mendadak. Makan sama jugak. May be sebab lama sangat tak exercise ataupun duk berhantar berambik je dgn kereta, tak macam dulu jalan kaki, turun naik LRT ke hulu ke hilir. Penat pun lain macam, siap boleh tertidur lagi masa tengah borak dengan anak balik dari ofis. Banyak kali husband aku dah siap2 nak ajak pergi makan, tak sampai hati kejutkan aku yang terlelap tiba2. Pergi shopping pun tak larat nak round lama-lama, maklum la
dah mid-30an umurku. Workaholic macam aku ni mana tau berhenti buat kerja, kan? Tapi aritu ikut mak balik kampung, kerja aku tidur aje sepanjang masa. Even masa adik2 tengah riuh-rendah mengecat rumah tinggalan arwah Atok kat Temerloh nun.

Lepas mandi Wap Herba pak sedara aku kat kampung, aku makin penat dan literally merangkak naik ke rumah, terus carik bantal dan tilam. Seksa sangat rasanya nak sampai ke rumah walaupun
dekat yang amat. Abdomen aku rasa krem, area rahim aku macam kena tendang dengan kasut budak2 main futsal bersebelahan bilik mandi wap tu. Rasanya masa dalam pantang dulu takde la sesakit tu pun. Dan
macam tu la hari2 berikutnya. Penat, tertidur sesuka-hatinya di mana2 saje, dan sakit bawah perut yang amat sangat. Tapi biasa la, aku buat dek aje dan terus sibukkan diri dengan kerja2 yang memang tak pernah habis.

Nak dijadikan cerita, aku teman bonda pergi buat check-up kat Pusat Rawatan Herbapathy, Shah Alam hujung bulan 3 aritu. Alang2 buatkan appointment utk bonda, aku mintak cik abang
daftarkan nama aku sekali, saje nak tau apa kata doktor Herbapathy pulak, kan? Sekali, aku didiagnos sakit "Cyst On Ovary" a.k.a Fibroid nama glemer nya. Aku pun tanya la cik Google kan, banyak kemusykilan aku selama hari ni terjawab. Baru aku paham apasal aku menderita sakit perut sedemikian rupa, keletihan tahap gaban, kenaikan berat badan yang sangat WOW! dan macam2 lagi la, kan? So, aku pun start la kayuh basikal setempat aku tu semula kat depan rumah hampir setiap hari. Takkan la nak biarkan badan aku jadi obes baru nak buat something, kan? (klik sini).

Ada satu hari tu aku naik basikal, tiba2 aku rasa seram-sejuk. Mata aku berpinar2. Perut aku memulas2, menjerit ingin ke tandas. Terhoyong-hayang aku naik ke bilik, carik toilet. Tuhan aje yang tahu betapa aku control tak mau bagi panik. Aku berdoa sangat jangan la Tuhan ambik nyawa aku dalam tandas tanpa selesai berhadas. Apasal la aku diarrhea sekronik itu? Tak paham langsung aku..! Sedaya-upaya aku kumpul kekuatan jiwa untuk keluar dari tandas, merangkak naik ke katil dan tolong la ya Allah... Penat yang amat...! Aku mengucap dan terbaring kelesuan, peluh naik basikal dengan peluh seram-sejuk dah menyerbu naik ke kepala.. Pusing. Lama aku tertidur. Sedar-sedar mak aku ada kat sebelah, terserlah kasih-sayangnya.

Berat ujian Tuhan. Tapi Alhamdulillah, masih diberikan kekuatan untuk hadapi dengan ketabahan. Ubat yang doktor Herbapathy tu bagi pun banyak membantu, sesuai dengan aku. Tunggu masa nak remove cyst tu tak lama lagi. Sementara tu, aku tetap kena teruskan hidup, to the fullest, so aku tak perlu ada apa2 penyesalan kalau ada yang tak baik jadi kat aku. Selama hari ni pun aku bukannya tak jaga kesihatan, tapi ye la, dah ditakdirkan mcm ni, aku terima dengan hati yang terbuka. At least aku dapat tau masa penyakit tu masih pada peringkat awal. Dan at least, bukan something yang dikira 'fatal'..

Macam Stella, kawan aku cakap aritu masa chat via WhatsApp dengan dia, "God Closed Doors But Opened Windows". Aku setuju, dan aku tambah, "The Doors Might Be Closed, But They Are Not Locked". Walaupun masa tu aku tak cerita langsung pasal sakit aku nih dan kami sebenarnya duk cerita pasal hidup dia, tapi dalam hati aku sebenarnya duk menasihati dan memujuk diri sendiri. Dibesarkan dengan asas agama Kristian, aku hormat sangat kecekalan dan ketabahan Stella. Dan sebagai seorang Muslim, aku juga perlu cekal dan tabah menghadapi semua ni. Tuhan tak mungkin turunkan ujian kepada hamba-Nya di luar batasan kemampuan. Insya Allah, akan ada jalannya dan akan ada sinar di hujung perjalanan nanti.

Jom la kita berkasih-sayang kerana Allah...




Comments

  1. oh kak! tak tahu pun akak sakit.selalu tgk akak ceria je(walaupun kat alam siber je kan)mudah-mudahan akak cepat2 sembuh ye...af doakan.

    ReplyDelete
  2. Tq, deq. Ceria tetap ceria, kan? Masa sakit duk dendiam je, tak banyak yang tau.

    ReplyDelete
  3. akak sakit dari kesan minum fibre plus tu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan