Assalamu’alaikum. Okay, dalam banyak-banyak perkara tentang Pesuruhjaya Sumpah, bab mematikan setem ni aku nak kongsi dengan korang semua. Kita buat dalam bentuk rumusan fakta sudah la, ya? 1- Setem Hasil: RM10 sekeping, beli kat mana2 pejabat pos. Ada sesetengah Pesuruhjaya Sumpah dah beli siap-siap, standby kat ofis kot-kot la orang datang berkehendakkannya. Tapi jangan kecewa, marah atau tak puas hati kalau takde tau, sebab itu bukan tanggungjawab dia. Kira value-added service. 2- Dokumen apa yang Pesuruhjaya Sumpah boleh matikan setem hasil ni? Bukan semua dokumen, ya, tuan-tuan dan puan-puan. TIGA jenis je pun: -i- Afidavit; -ii- Surat Akuan Berkanun (a.k.a Akuan Sumpah); atau -iii- Deklarasi/Pengakuan Bertulis. Dengan syarat Afidavit, Surat Akuan Berkanun dan Deklarasi/Pengakuan Bertulis itu ditandatangani dan diangkat sumpah di hadapannya. 3- Cara mematikan setem, takde cop2 bulat bagai macam kat LHDN tu, ya... kena buat dua palang kat luar dan sebahagi
Assalamu’alaikum. Kali ni aku nak cerita pasal dress code bagi peguam syari’e di negara tercinta kita, Malaysia. Straight forward je sebenarnya: 1- Bertudung putih/kelabu; 2- Berbaju warna gelap, berkain hitam; 3- Blazer berwarna hitam; dan 4- Jubah khas (kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi & Rayuan). Pendek kata, itulah warna asas selagi mana menjadi peguam: MONOCHROME to the max! Majoriti peguam syari’e wanita lebih selesa memilih untuk memakai sepasang baju kurung berwarna ataupun bernada hitam. Macam aku pulak tengok mood, ada masanya lengkap 1 sut blazer dan skirt labuh, dipadankan dengan blaus putih/hitam paras bumper. Ada masanya aku pakai baju kurung macam orang lain, ye la ikut mana yang sesuai dengan kehendak hati. Dulu kami tak boleh pakai tudung lain kecuali warna putih, punyalah bosan tahap cipan hari-hari macam kaler taik cicak. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Arahan Amalan Mahkamah Shariah dah perluaskan kebenaran warna kepada kelabu. Barulah ada variasi sik
Hidup tak selalunya indah. Adat la, langit pun tak selalunya cerah. Penuh cerita suka dan padat cerita duka. Itu la pun yang mewarnai kehidupan. Lumrahnya, semua orang nak selalu bahagia, kalau boleh. Tak mau ada duka ataupun air mata. Nak ketawa dan bergembira sentiasa. Tapi hakikatnya berbeza. Harapan lain. Kenyataannya lain. Takde pilihan pun sebenarnya, mau tak mau kena telan, kena terima apa adanya. Yang mendewasakan kita itu la dia. Kadang-kadang kepedihan yang kita rasa macam tak mungkin ada hujungnya. Itu tahap pertama. Pada permulaannya. Disebabkan tak ada pilihan, kita tetap melangkah. Ya, mungkin longlai. Mungkin juga bagai tak jejak kaki ke bumi. Tapi masih perlu terus melangkah. Dan melangkah. Tanpa sedar, kepedihan itu kian menipis. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Waktu akan memulihkan. Percayalah. Apa yang paling penting adalah kekuatan jiwa. Tanpa itu, hampir mustahil untuk mengawal perasaan, apa lagi keadaan. Carilah apa sahaja
sekali sekala sis pakai kasual macam ni..nampak comel sangat :)
ReplyDeleteOlo adik manis.. Kena pakai sokmo la kalu gitu... ;)
Deletecantikkk kasual ni selesa
ReplyDeleteSebenarnya mcm tu la style akak sokmo2 nya.. Cuma x upload gambor je.
Deleteselfie sana sini hehehhehee
ReplyDeletecantik style kaki!
Bosan sgt masa tu beb.. Ronda2 dlm uniqlo nampak cermin lawo..
Delete