Jumaat Yang Indah Dikelilingi Pohon Nipah
Assalamu'alaikum. Baru-baru ni aku tersesat ke Utara kejap, ada keja sket. Singgah makan laksa dan bihun sup baekkkk punya kat Ladang Nipah Kipli, Kuala Sanglang, Perlis Indera Kayangan - kita panggil Restoran Nipah je, okay? Boleh tengok details kat SINI. Aku takde ambik gambar sangat, sorry tak boleh nak share dengan korang semua tapi dalam kedua-dua links yang aku bagi tu Insya Allah cukup untuk menjamu mata dan memasang rencana apa-apa yang patut.
Masa kita orang pergi tu hari Jumaat, bukak lambat sket la.. Lepas solat Jumaat seperti selayaknya. Macamana bleh tau? Senang je.. Kita orang telefon dulu sebelum bergerak ke situ. Nombor (+60174306245) dapat lepas tanya Master Ji Google, pakej sekali dengan direction jalan lurus, jalan pintas, jalan yang benar segala bagai. Haruslah, kan?
Kita orang kan bermusafir, maka takde la berkejar solat Jumaat.. Sampai ngam-ngam pukul 2.00pm, maklum la perut menjerit minta diisi. Setibanya kami depan pagar Restoran Nipah tu, tersergam indah sebuah surau yang sangat ohsem dan mencuit kenangan, binaan rumah kayu yang biasanya orang buat chalet zaman sekarang. Syahdu je hati solat jamak qasar kat situ.. Rasa macam tengah tunggu durian dengan arwah Atok zaman kecik-kecik dulu. Perasaan yang tak reti aku nak gambarkan, tapi nostalgik lain macam. Siap terngiang-ngiang di hujung telinga bunyi durian gugur dan derap kaki aku berselipar Jepun terkocoh-kocoh nak kutip durian. "Atok! Durian dah tak dek!" Jerit aku termengah-mengah. Atok relax je, macam biasa. "Orang dah ambik la tu. Takpe.. Rezeki dia.."
Hurmm.. Anyways, berbalik kepada cerita asal, lepas solat tu maka menapak la kami di sekeliling pokok nipah carik port yang berkenan di kalbu. Ada bau sket la kalu duduk betul-betul tepi paya bakau, standard la. Tapi bukan bau yang mengganggu sistem pernafasan pon.. Nature gitu la. Anak aku punya la seronok tengok siap ada buai kat tepi pondok makan. Haruslah jakun tahap dewa, maklum la orang bandar! Dia tak berapa makan, tapi.. Mungkin tak kena selera dia. Aku dengan Daddy dia la yang beriya makan. Laksa dan Bihun Sup kat situ pergh... Terbaekkk! Campur dengan lapar sekali, kan? Lagipun, kami berdua memang hantu laksa. Lain kali tolong la ingat nak snap gambar makanan, boleh? Isshh....!
Kalau la korang ada niat nak ke Utara dalam waktu terdekat ataupun bila-bila berpeluang nanti, jenguk la Restoran Nipah ni.. Ambik gambar sampai lebam, ya! Sampaikan salam aku kepada surau yang dah melekat dalam hatiku ini..
Sekian, selamat berhujung minggu!
~ Nai at Tak Pe Je.
baru tau..dlu dok kat utara dekat 3thn tak tau pon ada restoran ni ish! rugiiiiiii
ReplyDeleteKann? Kena pi laennn...!
Deletesalam. nai kempen ni mesti sedap...
ReplyDeleteWsm. Of kos, kakak.. Mmg sedap.
DeleteBilalah nk ke Perlis lg ni........mcm misi mustahil jek....hihiu
ReplyDeleteDekat je dgn Kedah kan... Bukan G ada keluarga angkat kat Kedah?
Deleteohoiiii konsep best
ReplyDeleteSangat, hokeh? Sangat.
Delete