Kedai Online TPJ, IG dan Pasolambak.com

Assalamu'alaikum.. So TPJ dah nak menjual pulak la ya sekarang ni? Ye, kawan-kawan.. Dah sunnah Nabi tu galakkan umatnya berbisnes selagi takde unsur riba' mahupun rasuah. 9/10 daripada rezeki pon datangnya daripada bisnes, ye tak? Maka dengan itu sukalah aku nak berbisnes rintik2 dengan harapan menjadi lebat, Insya Allah. Sebenarnya pasang niat nak join Fynn Jamal dalam konsep ala2 mudah.my dengan nama Pasolambak.com tapi tak cukup 10 produk. Itu la sebenarnya sebab musabab aku start buat Instagram Preloved_TPJ jual baju-baju koleksi peribadi yang berlambak kat rumah ni haa. Bukan apa, acara memanaskan badan kata orang. Stretching la lebih kurang, sebelum start exercise.

Lepas tu bila aku dah kurang sket sibuk dengan kerja tetapku itu, aku start tengok koleksi supplement, skincare dan pemakanan harian yang memang tersengih kat dapur selama ni. Then, aku start ambik gambar pelan-pelan, bayar deposit 1 + 1 kat pasolambak.com dan tunggu feedback daripada admin depa. Jenuh jugak la aku nak paham arahan dah memang selamanya fail bab2 baca manual ni kenn...! Tapi syukur la aku jenis tak malu bertanya dan tak malu mengaku salah, so takde halnya nak betulkan mana yang tak kena bila admin perbetulkan. Sabarnya la mak ai depa ni... Ngadap karenah berjuta lemon jenis Vendors dan Customers. Hidup Pasolambak.com!!!

Tak nak pening-pening kepala, just nak share dgn orang lain amenda produk yang aku duk restock sepanjang hidup ini seperti kat bawah ni ha...

1) Minuman Coklat Tamar Cocoa. Tiap-tiap pagi aku minum menda ni, buat secret recipe sendiri: Homemade Cappucino + Susu Hi-goat + Madu + Tamar Cocoa. Hasilnya aku dapat 1 minuman yang tersangatlah lazat berzat berkhasiat lemak berkrim terbang ke awan singgah ke bintang mendarat di Phuket gitiewwww...! Hehehhe. Seriously delicious, baq hang...! 


2) Susu Hi-Goat: Yang ni anak aku pon (dipaksa rela) minum setiap pagi, campur dengan madu. Sejak minum ni la anak aku susah nak demam dan senang nak makan. In fact, susah nak berhenti makan. Kejap-kejap makan, kejap-kejap makan. Daya ingatan pon makin bagus.. Senang je nak ingat surah-surah hafazan (setelah dipaksa rela oleh mummy yg sangat garang macam singa itieww).


3) Pes Nasi Maqlubah (Nasi Periuk Terbalik, terjemahan secara langsung dari Arabic). Yang ni beza sket dariapada produk yang ada kat pasaran dari 2 segi. Pertama, rempahnya dalam bentuk pes (70 gram) yang tak perlu ditumis dan sedia untuk dimasak. Keduanya, beras yang digunakan adalah Basmathi bermutu tinggi (beratnya 500 gram) yang dah pun direbus sekali round. Jadinya, senang mak ai nak dimasak.. Pejam mata pon boleh gitiewww...! Harganya kalu sekali dengan beras 500 gram itu adalah RM18 tak termasuk pos, ya kawan-kawan. Kalau korang duk kat Melbourne sinun tak bleh ler charge RM6 postage kenn? Agak2 la Cik Salmah...! Tapi kalau korang nak jimat, beli je Pes/Rempah dan guna beras Basmathi korang sendiri yang bleh didapati kat mana-mana kedai runcit ataupun hyper market segala dan just bayar RM15 tak termasuk pos. Paham kan explanation ini, kawan-kawan?


4) Penawar Resdung Tradisional. Yang ni seantero keluargaku duk makan, kena restock sokmo gitieww..! Sebab kami semua pengidap resdung yang diwarisi sejak turun-temurun sejak time immemorial. Darah koman punya, baq hang..! Makan udang kalu, bengkak muka bonjol hidung, boleh? Aku gasak je tapi.. Malas nak pantang sangat. Tapi kena tahan derita la kalu takde kapsul resdung ni. So, hidup kami lebih bermakna dengan adanya menda alah ni kat rumah. Boleh la makan seafood kalau teringin sangat, kan?


5) Kombo Cadangan Untuk Pengawalan Berat Badan. Hasil eksperimen diri sendiri bertahun-tahun lamanya, memang sangat berkesan.. Jom la sertai program cadanganku ini dengan kiraan 3, 2, 1.
Jom...! 


6) Kombo Pemuliharaan Lutut: Eh, betul la. Aku memang sangat jaga lututku ini, hokey..! Sebab aku membesar tengok tok nenek sedara aku bengkak-bengkak lutut segala.. Jalan pon azab sangat makin lama usia menjemput badan. 3 supplements ni akan pastikan minyak pelincir lutut kita tak kering sampai menghauskan tulang-temulang. Prevention is better than cure. Sesuai jugak untuk yang ada masalah saraf ataupun sengal2 lutut, terutamanya ibu-ibu hamil.


7) Stock Clearance Aura White. Dah banyak sangat supplements ni aku dah tak aktif membeli mahupun menjual Aura White. Sesapa berminat, tinggal bagitau aku, ya... 


8) Kombo Penjagaan Resdung (lagi). Tadi makan, yang ni pakai ataupun sapu.. Jangan makan pulak, tau! Bagus ni korang... Kalu tak, aku tak rekemen... Sebab aku yg duk guna selama ni, maka aku tau bagus sangat menda ni.


9) Gamat Facial Cleanser: Yang ni eloknya lahai untuk muka-muka sensitip dan berminyak. RM10 je korang, pastu guna sikit je buih dah bersepah. So, walaupun kecik dan 70 gram je, tahan lama sebab tak yah tuang banyak-banyak masa nak membelai wajahmu penuh mesra. 


Itu la antara produk yang aku nak share dengan korang. Itu la pon yang aku nak jual kat orang. Sebab aku percaya kalau nak menjual apa-apa produk, kita kena cuba dan buktikan kat diri sendiri dulu. No offence, tapi aku tak gemar orang buat-buat suka kat produk hanya sebab nak menjual. Sendiri pakai produk lain, tapi gebang kat orang pakai produk yang dijual. Tak best la kan cenggitu. At least try la dulu tengok bagus ke tak.. Then, baru senang nak berkongsi pengalaman. 

Ok la kawan-kawan. Jemput la jenguk kedai aku kat Preloved_TPJ dan jugak Pasolambak.com. Check it Out. Sayang korang ketat-ketat! 

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

  1. haaa...part ubat resdung tu saya paling berminat!! lately teruk betul resdung saya ni..nanti nak order tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sama ler kita..! Ok no prob, nanti kat IG akak amik details

      Delete
  2. wahhh bagusnya...maju setapak lagi! congrats

    ReplyDelete
  3. wahhh bagus kak lama2 lebat la hihi...kak aurawhite tu satu RM50 ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye deq.. Akak nak abiskan stok.. Ameeen3x awak usha2 la dkt link yg akak bg tu, x yah ada instagram account pon leh masuk..

      Delete
    2. kak sy nak 3 ek tapi simpan kan dlu mggu ni sy agak bz nnti isnin sy ban kin bleh? temasuk postage bapa?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan