Jeans Mode: ON

Assalamu'alaikum. Bila hari Rabu public holiday, hari Khamis terbawak-bawak imej santai macam duk kat rumah jugak. Tinggal lagi aku recycled tudung putih yang aku pakai sekejap pagi Selasa separuh masa pertama sebelum tengahari menjengah. Baju pulak aku sengaja carik yang matching dengan tudung putih dan jeans lusuh kaler hitam. Siap berkasut sport bagai, maklum la terasa begitu muda remaja tetiba. 

Hari ni aku banyak habiskan masa mengejar sesiapa yang patut dikejar sama ada budak kat ofis ataupun orang kat luar sana, bagi memastikan apa yang masih tertangguh diselesaikan sebelum cuti Hari Raya Haji bermula. Dari pagi itu la keja aku, sampai makan tengahari pun dekat kul 3 petang. Kemudian sambung balik keja sampailah Maghrib, siapa kata jadi boss senang? Orang nampak yang senang aje, yang payah sendirian berhad la kan. 

Malamnya aku gi hantar Junior mengaji dan lepak minum kopi kat Starbucks sambil sambung keja. Bukan tak boleh minum kopi dan buat keja kat rumah, tapi tekanan tu berganda-ganda kadangkala dalam kawasan rumah. Hal-hal domestik yang itu ini begitu begini ada masanya terlampau remeh, bersimpang-siur dan mencabar tahap kesabaran, lebih-lebih lagi pada waktu kecederaan macam sekarang. Aku perlukan masa bersendirian, senang cerita. Maka, aku lepak kat Starbucks sampailah budak-budak tu tutup lampu. 


Selesai tak keja aku? Alhamdulillah... Sempatlah email kat ejen tanah invoice dan quotation sekeping dua tiga keping. Dapatkan update dan progres yang nampak cerah peluang dan kebarangkalian. Insya Allah berkat usaha dan kesabaran bersama, akan tiba musim menuai hendaknya. Ameeen!


Lengang dah kedai, nasib baik aku tak letak kaki atas meja. Hehehe. Masih boleh mengawal selia keinginan, jangan bimbang kawan-kawan! Mak pandai ajar, gila ke apa? 

Hari Malaysia 16hb September aku seharian suntuk berehat. Nak keluar takde maknanya pun, berjerebu tahap gaban punya. Duduk dalam aircond sampai beku kuku kaki, siap pakai jeans dari pagi sampai sudah. Itu jeans lain, kaler coklat.. Nampak lebih kurang sama, kan? Ye la dah dua-dua pun lusuh. Jeans ni kan makin lusuh makin sejuk dan selesa dipakai. Begitu...


Esok ada majlis ilmu dan makan-makan pulak dengan kawan-kawan secara berjema'ah. Dapat mesej kat telegram tanya aku nak pakai jeans ke? Hurmm.. Tengoklah dulu esok mood apa pulak yang timbul, bukan boleh predict pun. Beriya sediakan baju segala dari malam pun belum tentu bangun pagi terasa nak pakai baju tu. 

Jumpa esok la ya, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan