Kisah Hari Sabtu

Assalamu'alaikum. Lama betul tak berceloteh kat sini, senang upload gambar dengan simple caption kat instagram maka makin malaslah orang-orang macam aku nih! Dah terlebih garisan waktu tidur, mataku liat nak terpejam. Meh la aku tulis sket apa yang patut, ada gak keja yang bleh dibuat.

Oh ya, sebelum terlupa saje la nak bagitau, aku ni baru je ada suara lepas batuk beriya sejak hari Ahad minggu lepas. Ubat pun dah abis, tinggal antibiotik je sket lagi. Tembam takkan terjejas ya walaupun anda diserang batuk, jangan tak tahu pulak. Hehhehe. 

Kisahnya aku sediakan bumbu istimewa untuk perap ikan kembung sebelum bagi bibik panggang buat hidangan tengahari kami sefamili. Dah tau dah implikasinya, tapi terpaksa beb... Demi selera orang2 tersayang. Maka aku tak lalu langsung makan arini, pening kepala bau badan sendiri keluar dari dapur dah cukup nak tutup segala selera makan minum bagai. Tumpang seronok je la tengok anak dan cik abang makan berjelira.

Junior ajak tengok wayang lepas makan, cerita Pixels kat Wangsa Walk. Tayangan pukul 5.30 petang, Alhamdulillah banyak masa lagi nak mintak time-out lelapkan mata dulu. Pusing kiri pusing kanan dua juta kali berjaya jugak aku tidur sekejap, at least rasa fresh bila bangun tu pun dah seribu rahmat.


Best gila kot cerita Pixels tu! Ngam-ngam je abis show kami gi solat Maghrib, orang punyalah padat macam sardin dalam surau. Dah bleh agak dah, sebab tu aku ambik wudhu' dalam toilet dan tinggal basuh kaki je kat surau. Kalau tak, bercinta ler nak Q dalam keadaan surau yang sempit itu. Dan aku bawak dalam beg sejadah mini dari rumah. Lagipun gila nak sujud atas sejadah hakmilik awam dalam keadaan batuk tahap dewa aku tu? Oh, mungkin tidak! Dah tau kekurangan diri, sila ambik tanggungjawab lebih terhadap diri sendiri hokey?

Junior gi sambung main laser fight lepas solat, eh sila-sila, mummy tak kuasa nak berlaser-laser bagai. Lemau betul dah masa tu perut masuk angin. Nak makan takde menda yang menggamit rasa. Shopping pun tak mari, percaya tak? Haa... Itulah aku kalau dah takde selera. Pukal dan pukul rata semua jadik OFF. Selfie masih ok tu kira waras lagilah, kan? 


Singgah kejap kat drive through Burger King untuk beli makanan pilihan Junior, kemudian kami hantar dia balik rumah. Masa untuk carik apa yang boleh aku makan pulak. Pegi Michaelangelo's kat Pavilion, boleh la jugak lepak tengok karenah pelbagai jenis manusia kat situ. Muncung itik dah keluar, nampak? 


Tengok sekali lagi: Sebelum dan Selepas. 
Maknanya, makanan tu ada mari. Hehehe. Buruk betul perangai mummy! 
Tima kasih la sudi melayan... 
Tapi cafe latte itu telah membuatkan mata ini terkelip-kelip kesegaran sampai saat ini, dah kul 3 pagi Cik Puan Tak Pe Je weh...! 


Dah, aku kena paksa mata tidur kejap sebelum Subuh. Esok nak kena jenguk menu kat dapur, belum dapat ilham nak masak apa. Serah kat bibik tu karang balik-balik menda sama je dimasaknya, sambal sambal sambal, kari kari kari, masak lemak masak lemak masak lemak, ulang sampai pitam. Yang naik kematu telinga dengar komplen tu siapa lagi kalau bukan aku? Ye lah, betul la tu.. Kita ambik dia keja jadi pembantu, bukan jadi suri. Kena la sedor diri, kenn? 

Nantilah bila dah free, aku cerita pasal apa yang sebabkan aku batuk sampai hilang suara. Sampai jumpa, take care! 

~  Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan