Posts

Showing posts from September, 2016

Santai Sabtu Bersamamu

Image
Assalamu'alaikum. Ini kisah keluarga nuklear kami bertiga, berhujung minggu bersama-sama. Lama dah takde ruang dan waktu nak pergi berjalan jauh sikit, bercuti apatah lagi. Maklumlah, sejak anak bujang nak exam dan ditambah pulak dengan kegawatan ekonomi, maka bertabahlah, duhai anak! Bagus jugak, sebenarnya.. Biar dia belajar menghargai erti susah-senang mencari rezeki, bukan main petik je dapat serba-serbi. Anyways, Junior ajak tengok cerita Suicide Squad dan daddy dia bawak pergi KLCC, tayangan jam 12.15 tengahari. Disebabkan blockbuster itu dah hujung-hujung nak habis waktu, TGV guna panggung Beanie, kerusi kacang untuk 2 orang, RM50. Kami bertiga, maka kena beli 4 seats, takde pengecualian, merah kuning hijau kejap muka mummy dengan daddy. Hurmm.. Aku hulur limaplo kat cashier, diikuti cik abang lagi separuh. Dia tak mintak pun, tapi tak sampai hatinya lahai, sama-sama paham la, kan?  Itu budak bukan main lagi meng'abangkawasan'kan beanie s...

Dan Demi Zaman Yang Sentiasa Berubah

Image
Assalamu'alaikum. Lain padang, lain belalang. Lain dulu, lain sekarang. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Apa lagi pepatah, peribahasa ataupun perumpamaan yang korang ingat tentang perubahan keadaan dan perwatakan? Walau apapun, semuanya memang sangat sesuai dan kekal relevan dengan situasi kehidupan, bak kata pepatah lagi, Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan.  Tengok contoh kaedah fesyen kat seluruh dunia ni sudahlah, terutamanya fesyen Muslimah di Malaysia, senang ada pengkhususan kajian tempatan. Kalau dulu, dari tudung sampailah kasut, warna senada seirama, satu set hijau atas sampai bawah. Itulah maksud matching, iaitu sama. Tapi sekarang maksud matching bukan lagi sama, tapi sesuai dijodohkan bersama. Dah pulak ada color blocking, mis-match bukan lagi menjadi satu 'dosa' dalam berfesyen, sekurang-kurangnya bagi orang yang tak berapa kisahkan persepsi orang lain.  Macam akulah. Takde la dahsyat sangat aktiviti color-blocking aku, setakat pakai tudun...

Sotong Goreng Campak-Campak Jer

Image
Assalamu'alaikum, Salam Juma'at penuh kasih-sayang untuk korang semua, semoga bersabar menempuh detik-detik terakhir sebelum pulang ke rumah untuk menyambut hujung minggu tercinta. Bagi yang memang bercuti hari Juma'at, aku malas nak jealous sebab dulu-dulu aku membesar kat Terengganu, pernah jugak merasa suasana cuti setiap Juma'at. (Statement tak boleh blah, kan?) Hari ni aku macam biasa, kerja dengan cara dan keserasianku, yang memang tak perlu masuk ofis sangat. Dalam pada menyiapkan dokumen apa yang patut, mengejar payment segala bagai, aku ambik masa bersilat kat dapur sekejap, sebelum menyerahkan tugas kepada bibik. Kalau tak, dia akan masak ikut kepala dia dan adalah sangat tak bijak untuk aku komplen selepas semua dah siap.  Apa yang aku masak? Sotong Goreng Campak-Campak namanya, kau ada? Masak ni sebenarnya bahan-bahan tumis ke rebus ke takde beza sangat, pi mai pi mai duk tang tu jugak. Bawang besar, cili kering/padi (takde dalam gambar), bawa...

Bawal Elle Zada, Putaran Waktu & Aku

Image
Assalamu'alaikum. Dua tahun lepas aku teman sorang kawan shopping kat Elle Zada Wangsa Maju, dia nak beli dress dan shawl. Aku pun beli la 3 helai shawls: 1 jenis double-sided chiffon  kombo biru dengan kuning dan 2 jenis bawal bunga-bunga. Jenuh la nak style kan ikut citarasa yang sesuai dengan diriku ini, asyik tak happy je hasil lilitan, especially yang jenis bawal tu. Hari ni buat julung-julung kalinya aku try cara baru, tetiba je dapat idea tengah berdiri depan cermin.  Mulai sekarang, dah tau dah macamana nak cheat pakai shawl ni, takde la rasa pelik dan tak selesa dengan diri sendiri, dan takde la biarkannya memanaskan bangku simpanan sepanjang masa. Kat mana entah lagi sehelai shawl yang serupa tapi berbeza warna, nantilah bila senang-senang aku carik pelan-pelan. Janganlah tetiba aku dah bagi kat orang lain, bukan boleh aci sangat.  Industri tudung ni macam ni la, sangat cepat bertukar angin dan gaya, tak terkejar sebenarnya bagi peniaga-peniaga ...

Sotong Warisan Pantai Timur

Image
Assalamu'alaikum. Korang suka sotong? Aku takde la suka sangat, tengok mood dan jenis masakan. Encik Suamiku Suka Sotong, bukan tajuk novel ataupun cerekarama terkini, bahkan cuma satu kenyataan terbuka dalam blog ni jurr. Maka bila wujud stok haiwan itu dalam freezer, aku akan luangkan masa masak apa-apa juadah yang disukai orang tu. Malam tadi aku buat Singgang Sotong style orang Terengganu, simple yang amat, boleh bikin hashtag "Everyone Can Cook" gitu!  Tak banyak beza pun dengan resipi yang korang mungkin boleh dapat kat google search, cuma aku tokok tambah ikut selera tekak manusia kat rumah ni. Meh aku share, meh. Bahan-bahannya: 1- Sotong; 2- Lada hitam (sesudu camca) - tumbuk, jangan lempang; 3- Bawang kecik (6 ulas) tapi kalau bawang besar, setengah labu dah cukup dah - mayang; 4- Bawang putih (4 ulas) - mayang jugak; 5- Halia (setengah ibu jari) - hiris; 6- Cili padi (3 tangkai) - dibuang bijik; 7- Asam keping (2 keping); 8- Serai (2 ba...

WW ~ Completely Unforgettable

Image
Yet, still... Yang masih, ~ Nai at Tak Pe Je.

Jiwa Batik Seorang Aku

Image
Assalamu'alaikum. Bulan lepas aku ada cerita tentang misi memburu batik sarung pilihan hati, hari ni baru datang seru nak buat entry tayang hasil tangkapan yang bolehlah dikatakan berjaya. Mau taknya, empat helai untuk sesi percubaan, boleh? Bagi sesiapa yang dikategorikan sebagai 'impulsive buyer', mungkin itu bukanlah sesuatu yang aneh sampai nak gebang beriya. Memang takde pelik apa pun tindakan membeli sedemikian rupa, cuma itu tergolong dalam kategori 'concentrated purchase', yang jauh membahayakan dompet. Kalaulah ada kedai yang menjual batik sarung macam ni kat KL, mau mereng aku, rambang mata tak nampak jalan di dunia dah, weh! Batik-batik dalam Instagram Nagarabatik memang cantik, dan disuaipadankan dengan kain polos yang matching. Aku ambik keputusan untuk pesan dua helai batik sekali dengan kain polos dan dua helai batiknya aje, yang mana aku rasa pilihan terbaik, sebab setakat ni aku kurang minat dengan apa yang aku pegang dan lihat: kain polos tu...

Sementara Menunggu Cuti

Image
Assalamu'alaikum. Hari Malaysia baru-baru ni aku tak cuti pun, pagi jam 10.30 dah terpacak kat AEON Mall jumpa orang. Masa sampai kat Starbucks, tempat yang dijanjikan, aku terasa macam zaman muda-muda dulu time nak jumpa kawan chatroom, sebabnya aku terpisat-pisat mencari yang mana satu orang yang ditunggu. Dia duduk kat luar, ruangan smoking ke duduk kat dalam, tempat tertutup? Nasib baik la at least aku tau orang tu lelaki dan foreigner, dari bunyi nama dan lenggok bahasa wassap, aku boleh teka nationality dia sebelah Bangladesh sana ataupun sebelah Pakistan. Masa muka aku blur tu la, dia tersenyum dan mengangkat tangan, chewah confident je tanya, "Miss Nai?". Baru teringat, profile picture wassap aku kan sedebik muka dan style aku dressing, senang orang nak kenal. Ye la, nothing to hide, kan?  Bila dia balik, aku ambik masa habiskan Americano sambil berbalas-balas pantun dengan clients yang terlebih masa terluang disebabkan hari cuti, maka kekdahnya aku t...

Played Hard To Catch

Image
Assalamu'alaikum. Some colors are just somewhat almost impossible to capture in its justifiable nature, like my lilac silk kebarung and its matching skirt. I've been contemplating to 'upgrade' the songket skirt with beads and sequins, which seems like an eternity to eventually make it happen. The thing is, the color scheme is too strikingly similar that both looked like as if they had come from one piece of fabric instead of separately.  I used to have that kind of lilac kebaya from saree more than a decade ago, which I passed on to bibik when we went back to Temerloh for Eid-ul-fitr recently. Hence, the replacement, much to my delight.  This intended beads-sequins-project is so stressful even to merely think about, habis tu macamana? Phewww! Let's see how it goes, I might end up sending it to a trusted tailor in Ukay Perdana, whom I just learned to love of late. Not that I'm in any rush, anyways, so let it rest.  That's it for now, yo...

Sedu-Sedan Syair Cinta Hati, Kisah Mata & Kaki

Image
Assalamu'alaikum. Juma'at sebelum UPSR dua minggu lepas, spek anak aku patah, terkena bola masa main basketball kat sekolah. Cikgu dia bagitahu dalam whatsapp, mintak hantar spek lama kat pondok jaga, nanti Junior turun ambik. Nasib baik la spek lama dia elok lagi, itu pun jenuh selongkar bilik dia nak cari kat mana. Aku sampai kat pondok jaga tu dalam jam 11.30 pagi, nak naik ke kelas dia karang memang cikgu pesan letak je kat situ, so aku pun baliklah sambung buat kerja. Petang tu pegi ambik dia kat sekolah sorang-sorang, tak ajak orang lain teman macam biasa. Hati rasa tak sedap nak tunggu je dia datang cari kereta, aku park kat tepi jalan dan pergi carik dia kat pintu pagar. Jenguk dua, tiga kali ternampak la dia tengah duduk kat bangku, pelik sangat-sangat, dah kenapa dia duduk penuh sopan santun tak berlari sini sana? Aku panggil dia tak dengar, maklumlah ditenggelami suara budak-budak yang dah macam burung ciak segala bagai. Aku masuk dalam pagar, panggil dia depan-...

Berkorban Kerana Allah

Image
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara bumi bertuah tanah tempat tumpah darahku, dan selamat bercuti panjang dengan ucapan, "Isnin mudah-mudahan tidak diserang angin M(alas), ameeen...!". Tak terlambat jugak rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam di seluruh pelosok benua. Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima masuk oleh Yang Esa tanpa sebarang pindaan mahupun cacat celanya, Insya Allah. Aku rasa agak terkorban lebih daripada biasa tahun ni, tapi takpelah, ada la tu bahagian masing-masing selagi ada hayat dikandung badan. Kat dunia ni pun bukan tempat bersenang-senang, ye tak? Banyak onak dan duri, penuh lekuk dan liku yang tak dapat tidak wajib ditempuhi, mau tak mau harus dilalui. Tinggal lagi, dari satah condong manakah yang dipilih untuk melihatnya. Aku pilih untuk berdamai dengan pilihan yang tidak berbentuk objektif, walau sekejam mana ia kelihatan dari perspektif dunia. Semoga pengorbanan itu turu...

Junior Turns 12 (9/9/2016)

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni birthday anak bertuahku nan seorang itu. Alhamdulillah... Genaplah umurnya 12 tahun, merdeka sudah daripada UPSR. Dah start nak masuk fasa 'macho' ala-ala segan nak bermanja (konon-konon). Boboy la katakan, gitulah... Mummy awak ni dah la ada seketul tu je anak, lagi kena refrain diri daripada memanjakan. Hurmmm... Nasib ler.  Dua hari sebelum habis exam, aku tanya dia nak hadiah apa untuk birthday, cepat dijawabnya, PC. Aku kata, yang tu kan mummy janji lepas UPSR. "Ye la, birthday Hazieq Juma'at, UPSR dah habis masa tu," bernas dia berhujah, membuatkan aku terdiam sejuta bahasa. Amek ko, Nai... Checkmate!  Hari ni aku mintak tolong assistant aku hantar ke rumah PC aku yang tersengih tak disentuh kat ofis sana, pasangkan dalam bilik Junior. Lena betul dia tidur, sampai tak sedar kami duk menyiapkan apa yang patut, dalam pukul 11 lebih masa tu. Aku kejutkan dia dan nyanyikan lagu Happy Birthday, disambut senyumannya deng...

Romantika Merdeka 2016

Image
Assalamu'alaikum. Wake me up when September ends, will ya? (Tetiba). Lama dah nak update blog dengan cerita ni, sekarang je yang baru sempat. Gambar kat lokasi kejadian banyak, tapi gelap sebab tinggal satu je lampu yang nyala kat tempat tu; yang lain semua dah terbakar secara berjema'ah. Lagipun, sensored atas sebab aurat dan yang sewaktu dengannya.  Ceritanya takde apa sangatnya pun, berkumpul mana yang ada dengan impromptu plan BBQ atas atap malam 30hb Ogos, dengan hashtag Di Ambang Merdeka, haaaa gitieww...! Menda-menda macam ni kalau rancang sangat pun bukan semestinya menjadi, bila tak rancang elok pulak itik pulang pagi. (Apa entah kaitan dengan itik?) Sosej & Oblong beef patties ada ler atas portable BBQ, macam dalam gambar kat bawah.  Pukul 4.30 petang 30hb Ogos tu aku gi ambik Junior balik sekolah dengan adik ipar dan anak sedara tersayang. Bibik ada bagitau sebelum tu yang depa nak tidur rumah aku malam Merdeka, tengok bunga api atas bumbung. So, ak...