Berkorban Kerana Allah
Assalamu'alaikum. Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara bumi bertuah tanah tempat tumpah darahku, dan selamat bercuti panjang dengan ucapan, "Isnin mudah-mudahan tidak diserang angin M(alas), ameeen...!". Tak terlambat jugak rasanya nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam di seluruh pelosok benua. Semoga ibadah korban kita tahun ini diterima masuk oleh Yang Esa tanpa sebarang pindaan mahupun cacat celanya, Insya Allah.
Aku rasa agak terkorban lebih daripada biasa tahun ni, tapi takpelah, ada la tu bahagian masing-masing selagi ada hayat dikandung badan. Kat dunia ni pun bukan tempat bersenang-senang, ye tak? Banyak onak dan duri, penuh lekuk dan liku yang tak dapat tidak wajib ditempuhi, mau tak mau harus dilalui. Tinggal lagi, dari satah condong manakah yang dipilih untuk melihatnya. Aku pilih untuk berdamai dengan pilihan yang tidak berbentuk objektif, walau sekejam mana ia kelihatan dari perspektif dunia. Semoga pengorbanan itu turut dikira sebagai ibadah di sisi Yang Maha Mentadbir, meskipun tiada logika di dunia Human Resource.
Anyways, kami bertiga berbaju tradisional tema biru Aidil Adha tahun ni. Baju aku tu dah pakai sekali lepas Aidil Fitri dua bulan sudah, masa jumpa orang kat Damansara, dan shawl tu pulak baru dipakai lepas beli kat Elle Zada Wangsa Maju dua tahun lepas. Lamanya diperap, kan? Oversized shawl dua lapis, kombinasi biru dan kuning sangat susah nak digayakan sebelum tahun ni. Sebabnya, kalau tak kena gaya, akan nampak lambakan kain langsir menyelimuti diri, sanggup ke Mak Long? Bila dah tau style lilitan ala Elfira Loy, barulah kemas dan mesra alam semesta shawl yang cantik itu terletak mana yang patut. Berombak-ombak rindu, beralun-alun laut biru kekdahnya, barulah tak semak mata memandang.
Anak dan bapaknya memang dah ada baju Melayu yang matching, aku tempah tiga pasang sebelum puasa lagi. Yang warna hijau, dah pakai raya puasa. Yang belum lagi aku kongsi gambar dengan korang, warna **peachy pink yang dipakai masa pergi kenduri kahwin kaum kerabat aku kat Premiera Hotel, KL. Baju anak aku tu awal tahun depan confirm dah senteng, bolehlah dimajukan kepada kaum kerabat yang memerlukan. Spring cleaning kena selalu buat, kalau tak melimpah-ruah sangat gerobok rumah.
Masa ambik gambar, aku bagitau anak bujang, inilah kali terakhir aku bergambar raya masa dia sekolah rendah, tahun depan dia dah sekolah menengah. Tengoklah cara aku peluk dia, aduhai.. Sabarlah hati, anak dah besar nanti sudilah kiranya bertempel lagi dengan mummy!
Okay la korang, penuhi hujung minggu anda dengan berkasih-kasihan dengan seisi keluarga, ya! Jaga diri dan sampai jumpa lagi, Assalamu'alaikum.
**Nota Kaki Ayam. Ni la gambarnya:
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment