Posts

Showing posts from March, 2017

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium ATM, Port Dickson

Image
Assalamu'alaikum. Cuti kami minggu lepas bersambung di Muzium Angkatan Tentera Malaysia, Port Dickson. Kenapa, tak percaya? Percayalah.. sebab anak bertuah nan seorang tu macam yang aku bagitau, sangat suka akan muzium. Sabtu malam sesampainya di PD, cik abang ambik homestay kat Corus Paradise yang menempatkan kami semalaman. Apartment tu selesa, alhamdulillah, besar sampai boleh muat satu family besar, kalau nak. Cuma setback nya, ada sebuah je bilik air, kena kongsi dan ikut giliran la, kan. Tapi sebab kami berempat nak overnight semalaman je pun, apa ada hal sangat... Malam tu lepas semua dah mandi-manda, kami gunakan Waze untuk pergi menikmati ikan bakar di D'Terapung Ikan Bakar. Mungkin sebab masa tu lebih kurang jam 10 malam, ikan semua dah habis! Hujung-hujung cuti sekolah lagipun, apa nak buat, nasiblah late comers macam kami. Kami pun lepak makan kat salah satu gerai bahagian bawah D'Terapung tu, ok lah daripada takde langsung. Ikan stim dia alhamdulillah bole...

WW ~ Vietnam Cotton @Calatalia173

Image
Wordless Wednesday  ~ Nai at Tak Pe Je.

Seharian Di Bandar Hilir, Melaka

Image
Assalamu'alaikum. Cuti sekolah kali ni aku duk sibuk je memanjang, kesian anak mereput kat rumah.  Petang Juma'at baru ni selamba badak je kensel satu appointment yang bagi aku membuang masa, kemas barang untuk dua hari dan berangkat ke Melaka dengan suami, anak dan bibik. Kenapa Melaka? Sebab anak yang pilih, antara Genting dan Melaka, dipilihnya Melaka, kat sana banyak muzium dan kesan tinggalan sejarah. Terlupa pulak dia ada sebut nak ke Melaka masa mula2 belajar Sejarah awal tahun aritu. Anak aku ni pelik sikit, minat betul sejarah, mungkin ikut arwah ayah aku, pakar sejarah dan tamaddun Islam. Takpe la, kita ikutkan aje, bukan benda tak elok pun, kan? Lagipun Melaka dekat je dengan KL, kira impromptu percutian bajet la jugak. Jalan dah start sesak petang tu, ye lah, gerak pun lepas Asar, apa nak dikata lagi, kan? Nasib baik la ada drebar Golok dalam kereta, boleh gak cilok-cilok dan cari jalan rahsia bagai, berjaya la jimatkan masa sejam setengah daripada terperangkap...

Majlis Pertunangan Mok Su

Image
A ssalamu'alaikum.  Minggu lepas ada majlis pertunangan adik ipar aku yang bongsu, adik perempuan sebapa kepada cik abang, yang anak-anak saudara panggil Mok Su. Aku dengan bibik in charge buat gulai kawah kambing. Malam sebelumnya, cik abang dan adik-adik ipar aku berganding bahu mengerjakan daging kambing itu apa yang patut supaya pagi-pagi nanti senanglah Gang Gulai Kawah meneruskan kerja. Bawang dan halia bagai pun dah siap dikupas, tinggal nak mayang je lagi. Masa tu la aku perasan, tahap kesyahduan saat mengadap bawang dah banyak berkurangan, tak macam dulu-dulu. Mungkin jugak sebab masa tu kat tempat terbuka, udara bergerak bebas dan tak mengepung segala deria. Selama ni kan aktiviti mayang-memayang ni dibuat dalam rumah, maka tak hairanlah kalau ada perbezaan yang ketara. Tapi teori tu takde la aku boleh sokong dengan bukti saintifik pulak, sekadar kemungkinan yang didasarkan oleh pemerhatian apa adanya. Tiba bab menggunakan tenaga yang lebih kuat, muncul...

Birthday Dinner @ Rakuzen

Image
Assalamu'alaikum. Isnin minggu lepas birthday adik aku, si Ida. Aku siap2 dah bagitau awal kat dia yang aku nak bawak dia makan kat Rakuzen, G-Tower, sebab dah lama sangat dia ajak, tak pernah ada peluang nak tunaikan. Dari Cyberjaya sana dia turun Setiawangsa lepas kerja, melepek kat rumah aku, keletihan. Lepas Maghrib aku tengok dia duk tidur atas sofa, patut la wassap tak balas, call tak angkat. Bertuah betul! Kami panggil uber je pergi G-Tower, Jalan Tun Razak tu, senang kerja, tak payah susah-susah cari tempat parking bagai. Adik-beradik aku yang lain tak suka Japanese food macam kami ni, jadinya aku memang khusus belanja Ida je la, kan.. lagipun, dah nama pun birthday girl. Ada jugak niat nak bawak adik2 lain datang satu hari nanti, biar depa belajar makan tempura dan mee udon dulu, kira intro kepada citarasa baru. Tinggal lagi, tunggu bajet mengizinkan je la, kan? Maklumlah zaman-zaman semuanya slow macam siput sedut ni, belanja wajib berhemah. Adik2 ipar aku yang d...

WW ~ A Group of Trones Shoe Cabinet, Look for Less

Image
Salam. ~ Nai at Tak Pe Je.

J, mana K? Ada L.

Image
Assalamu'alaikum. Korang dah tengok J Revolusi? Aku dah, dengan bangganya aku nak declare yang aku dah tonton cerita Melayu yang paling hebat abad ini. Anak aku la, satu hari tu dia kata, "Jom, mummy, kita tengok J Revolusi lepas habis test, nak?" Aku ON aje, ye lah nanti kita pergi, aku kata. Elok je sampai rumah petang Khamis yang dia habis periksa tu, aku bagitau Daddy dia, anak ajak tengok wayang. Maka demi buah hati pengarang jantung, mummy & daddy pun melapangkanlah diri, walaupun terpaksa ambik tayangan paling akhir, iaitu 11.30 malam. Nak ambik yang pukul 9.30 malam, cik abang tak sempat kejar kerja dia nak bagi settle, maka itu saja la pilihan yang kami ada. Nak ambik Jumaat malam, dia ada acara wajib kat Shah Alam pulak sampai Ahad. Begitulah... Saje aku pilih KLCC, macam lama tak ke sana tengok wayang sama-sama. Jenuh duk bergambar bagai, rasa macam over excited pun ada. Bukan apa, happy tau bila ada peluang berjimba bertiga-tiga ni... Junior sia...

Carbo Diet Seorang Nai at Tak Pe Je

Image
Assalamu'alaikum. Macamana hujung minggu korang, ada baik? Aku rehat betul minggu ni, Alhamdulillah... ambik masa bertenang dan berehat secukupnya. Cuma pukul 6 petang semalam aku pergi jumpa sorang client kat Starbucks, Aeon Mall AU 2. Kebetulan dia free dan perlu update aku perkembangan terbaru yang sangat penting lagi mendebarkan. Ok lah, aku pun dah cukup rehat kan, maka takpe la, aku penuhi aje permintaan dia. Tapi kali ni aku nak cerita pasal makan, sebenarnya, sebab tu ada gambar makanan je dalam entry ni. Dah sebulan lebih aku tukar cara makan, sebab rasa berat nak tarik body, udah la tak boleh bersenam macam dulu-dulu. Mak aku tak boleh terima keadaan aku yang sangat komited lagi istiqamah dalam ikhtiar menjaga pemakanan segala bagai tu, dia tak puas hati kenapa aku nekad sangat. Dia terlupa agaknya, anak dia ni kalau dah kata nak buat something, mana ada main-main dan suam-suam kuku. Lalu dia guna tektik kotor, iaitu memasak makanan favorite aku sepanjang zaman...

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin

Image
Assalamu'alaikum. Sejak dua tiga menjak satin square hijab ataupun bawal satin kembali menjadi trend fesyen, akulah antara orang yang paling mengambil bahagian. Tinggal lagi, aku dah bosan nak pakai blouse dengan skirt labuh ataupun seluar panjang. Jadi, kenalah cari alternatif lain, iaitu jubah hitam. Jubah warna lain pun ada jugak, tapi memandangkan bibik dah berkurun duk gantung jubah-jubah hitam yang siap bergosok, maka aku manfaatkanlah sepenuhnya, kasi round seminggu tengok macamana. Lepas ni kita gayakan jubah warna lain pulak, Insya Allah. Kenapa jubah, ada tak korang terlintas nak tanya? Sebab mudah dan bebas bergerak, selain praktikal dan cantik mata memandang. Lagipun, jubah kan polos, memang sesuai dipadankan dengan tudung bercorak... naik seri, gitiewwww! Macam hari ni, berduyun-duyunlah orang pulun pakai jubah, dah nama pun Jumaat, kan? Aku pun tak terkecuali, masih dengan imej jubah hitam dan bawal satin. Cuma kali ni aku pakai tudung tu jadi macam shawl, takd...

Diari Seorang Mak Long

Image
Assalamu'alaikum. Sejak ada budak kecik kat rumah ni, meriah betul keadaan kami semua, memanglah kehadiran bayi itu suatu anugerah yang tak terbandingkan. Itulah yang dinamakan 'Bundle of Joy'. Takat kena tukar baju dah elok-elok siap nak pergi kerja tu biasa, maklumlah bayi ni ada tendency nak muntah bila kita pakai lawa-lawa, barulah happening, kan? Semalam contohnya, dari baju warna hijau zamrud, Mak Long dah kena pergi salin baju warna biru lembut selepas baby M terkasih tergelak-gelak dan akhirnya muntah atas lengan baju, sungguh ohsem! Elok je masuk kombinasi warna baju dan tudung pilihan pada separuh masa pertama. Permulaan hari la katakan, haruslah sememeh dan mekap masih rapi. Balik kerja petang semalam, saje aku ambik gambar kat meja makan. Nak tunjuk kontras yang ketara keadaan pada permulaan hari dengan hala ke Maghrib. Muka dah kusam, mata dah penat, mekap tak payah cerita la kan?  Terasa lapar sangat balik kerja semalam, aku terus ...