Lawatan Sambil Belajar ke Muzium ATM, Port Dickson

Assalamu'alaikum. Cuti kami minggu lepas bersambung di Muzium Angkatan Tentera Malaysia, Port Dickson. Kenapa, tak percaya? Percayalah.. sebab anak bertuah nan seorang tu macam yang aku bagitau, sangat suka akan muzium. Sabtu malam sesampainya di PD, cik abang ambik homestay kat Corus Paradise yang menempatkan kami semalaman. Apartment tu selesa, alhamdulillah, besar sampai boleh muat satu family besar, kalau nak. Cuma setback nya, ada sebuah je bilik air, kena kongsi dan ikut giliran la, kan. Tapi sebab kami berempat nak overnight semalaman je pun, apa ada hal sangat... Malam tu lepas semua dah mandi-manda, kami gunakan Waze untuk pergi menikmati ikan bakar di D'Terapung Ikan Bakar. Mungkin sebab masa tu lebih kurang jam 10 malam, ikan semua dah habis! Hujung-hujung cuti sekolah lagipun, apa nak buat, nasiblah late comers macam kami. Kami pun lepak makan kat salah satu gerai bahagian bawah D'Terapung tu, ok lah daripada takde langsung. Ikan stim dia alhamdulillah boleh tahan rasanya, segar pun segar. Sekarang ni cik abang pun dah terjangkit carb diet sekali macam aku, jadi kami berdua makan ikan je la, sementara anak dengan bibik makan nasi bersama lauk-pauk. Dah kenyang, maka berbondong-bondong la kami pulang ke sarang. Sebelum sampai ke apartment, kami singgah kat 7-Eleven, beli roti, air mineral dan 3-in-1 Nescafe untuk breakfast esok pagi.  


Elok je Muzium ATM bukak jam 10 pagi, kami dah terpacak kat situ. Bagus sangat-sangat konsep muzium ni korang, dengan aku sekali ikut teruja, walaupun tak minat langsung menda-menda gini. Anak bertuah tu tak payah tanya la kan, memang makanan dia la. Aku suka sebab seronok bergambar je la, yang sebenarnya.


Jenuh la posing kat tempat-tempat menarik.


Bahagian bawah dan atas bangunan sekeliling Pusat Latihan Asas tu, ada banyak segmen muzium: dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Kolonial British, Zaman Jepun, Era Komunis, Pra dan Pasca Kemerdekaan, sampailah kepada zaman sekarang. Semuanya kami masuk, okay, jangan tak tau!


Kira berbaloi-baloi la kami singgah bermalam di PD semata-mata nak bawak budak bertuah ni jenguk tempat ni.


Aku kata, itulah hadiah untuk budak yang pandai belajar. Oh, termasuk kasut Nike baru yang dia pow mummy kat Dataran Pahlawan sekali, terlupa pulak! Merah mata mummy masa bayar, adeh.


Untunglah....


Aku tak tau la sampai mana minat dia terhadap dunia ketenteraan, seriously. Mungkin ini cuma satu fasa dalam kehidupannya, mungkin jugak memang destinasi utamanya, siapa tahu. Setakat ni, aku dan daddy dia galakkan apa adanya. Bukan mudah nak didik budak-budak zaman sekarang ni tentang patriotism, jadi bila ada kecenderungan terhadap dunia ketenteraan dan sejarah negara, aku dan suami macam terkebil-kebil tak percaya. Tinggal lagi, apa pun jua masa depan yang menunggunya, semoga anak bertuah ini membesar sebagai seorang pejuang agama, nusa dan bangsa hendaknya. Ameen.

Terima kasih sudi jenguk blog picisan seorang aku ni, sayang korang ketat-ketat. Sampai jumpa lagi, jaga diri dan hiasi peribadi. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.











Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan