Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin

Assalamu'alaikum. Sejak dua tiga menjak satin square hijab ataupun bawal satin kembali menjadi trend fesyen, akulah antara orang yang paling mengambil bahagian. Tinggal lagi, aku dah bosan nak pakai blouse dengan skirt labuh ataupun seluar panjang. Jadi, kenalah cari alternatif lain, iaitu jubah hitam. Jubah warna lain pun ada jugak, tapi memandangkan bibik dah berkurun duk gantung jubah-jubah hitam yang siap bergosok, maka aku manfaatkanlah sepenuhnya, kasi round seminggu tengok macamana. Lepas ni kita gayakan jubah warna lain pulak, Insya Allah.


Kenapa jubah, ada tak korang terlintas nak tanya? Sebab mudah dan bebas bergerak, selain praktikal dan cantik mata memandang. Lagipun, jubah kan polos, memang sesuai dipadankan dengan tudung bercorak... naik seri, gitiewwww! Macam hari ni, berduyun-duyunlah orang pulun pakai jubah, dah nama pun Jumaat, kan? Aku pun tak terkecuali, masih dengan imej jubah hitam dan bawal satin. Cuma kali ni aku pakai tudung tu jadi macam shawl, takde la susah dan ambik masa lama sangat pun. Aku sebelum ni ada jugak try eksperimen dulu, tapi rasa renyah dan merayap macam siput sedut pulak. Pagi ni elok pulak menjadi, dah fasih la gamaknya. Lepas ni seronoklah aku selang-seli gayakan bawal satin yang makin hari makin menakluki jiwa dan nurani seorang aku.


Bawal satin tengah berlambak-lambak dalam market sekarang, tinggal pilih dan sediakan duit je. Macam aku, takde hal nak pakai yang murah ataupun yang mahal, tengoklah selera dan bajet semasa. Murah pun aku takpe, janji material dan coraknya menepati selera, maka aku akan dengan senang hatinya menambah koleksi dan melaram dengan penuh rasa gumbira. Yang penting, kita tak kacau orang ataupun melanggar mana-mana peraturan, tak gitu? 

Apa-apapun, terima kasih sudi baca coretan picisan seorang aku. Selamat berhujung minggu dan hadapilah hidup dengan penuh tabah dan iman di dada. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan