Birthday Dinner @ Rakuzen
Assalamu'alaikum. Isnin minggu lepas birthday adik aku, si Ida. Aku siap2 dah bagitau awal kat dia yang aku nak bawak dia makan kat Rakuzen, G-Tower, sebab dah lama sangat dia ajak, tak pernah ada peluang nak tunaikan. Dari Cyberjaya sana dia turun Setiawangsa lepas kerja, melepek kat rumah aku, keletihan. Lepas Maghrib aku tengok dia duk tidur atas sofa, patut la wassap tak balas, call tak angkat. Bertuah betul! Kami panggil uber je pergi G-Tower, Jalan Tun Razak tu, senang kerja, tak payah susah-susah cari tempat parking bagai.
Adik-beradik aku yang lain tak suka Japanese food macam kami ni, jadinya aku memang khusus belanja Ida je la, kan.. lagipun, dah nama pun birthday girl. Ada jugak niat nak bawak adik2 lain datang satu hari nanti, biar depa belajar makan tempura dan mee udon dulu, kira intro kepada citarasa baru. Tinggal lagi, tunggu bajet mengizinkan je la, kan? Maklumlah zaman-zaman semuanya slow macam siput sedut ni, belanja wajib berhemah. Adik2 ipar aku yang dua orang (Nurul & Yana) tu aku ingat akan suka menda2 ni semua, sebab Japanese food banyak seafood. Nantilah, aku usahakan. Mesti syiok lepak ramai-ramai dan buat jakun kat tempat tu, hehehe.
Aritu birthday girl super busy kat ofis, terkejar-kejar dari pagi, sampai tak sempat nak lunch. Katanya dia hanya makan kek birthday yang office mates dia bagi masa buat 'surprised party' dengan belon bagai. Takde la party sebenar2 party pun, itu yang lapar tu.. dah makan kek je sepanjang hari yang sibuk, of kos la lemah badan, kelaparan. Bila dah masuk makanan kat Rakuzen tu, memang confirm teori aku betul. "Betul kata kakak, Da lapar rupanya, sebab tu la letih sangat." Aku sengih je la, menda obvious kot..
Aku takde nak ambik gambar menu yang kami order malam tu, sebab biasalah, dapat je serving, makan tak ingat punya. Gambar-gambar mana yang ada ni pun adik aku yang ambik, dia sanggup tunggu tak makan mee Udon tu sehinggalah sushi dia sampai, tak kisahlah sejuk dah pun. Aku takde hal, gelak je ler, mana2 yang buat dia happy, ya silakan. Kalau aku tak sanggup la nak buat gitu, kan...
Kata adik aku, sushi kat Tokyo lagi sedap daripada kat Rakuzen tu. Nyampah tak? Heheheh. Tapi aku paham, memang la sepatutnya macam tu pun, makan la apa sekalipun, mesti rasanya lebih authentic di tempat asalnya. Sama macam kita makan Thai food kat Thailand, alamak ai punyalah sedap... rasa tak ndak balik. Tinggal lagi, kalau tak reti nak masak sendiri menda2 alah tu, kita carilah tempat makan yang hampir menyamai rasa yang dirindui itu. Nak terbang ke tempat makanan ataupun masakan tu berasal, takkan mungkin sekelip mata boleh dilakukan, betul tak?
Ok la, terima kasih sudi singgah. Jumpa lagi!
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment