Inspirasi Fesyen : Kebaya Dress Berenda
Assalamualaikum. Lepas cuti raya puasa aritu, aku ada belikan Ida kain lace untuk dijadikan baju konvo Masters bulan Oktober nanti. Kalau dah namanya aku, takkan takde beli untuk diri sendiri, kan? Of kos la ada, siap beli dua jenis lagi, amik ko! Salah satu daripadanya aku pergi hantar jahit ikut style yang aku ambik kat Pinterest, kita gelarkanlah aje kebaya dress berenda. Lace Kebaya Dress, macam gambar kat bawah ni. Dah siap lama dah, tapi ada isu sket yang perlu diperbetulkan semula.
Sekali bangun pagi ni aku tengok dalam Instagram, Dato' CT pakai fesyen yang sama, lace yang ada iras aku punya. Terkejut mak, nyah!
Bezanya, Dato' CT buat lining penuh atas sampai bawah dan pakai dengan palazo kat dalam. Aku pulak lining sampai bawah pusat je, dan akan pakai dengan kain batik lepas, sesuai dengan #teambajutradisi kegemaranku. Nanti bila aku dah pakai dan ambik gambar, aku buat entry kat blog picisan ni, ya..
Boleh sama pulak dengan biduanita negara, ishh... Gempak la orang Pahang! Aku ada banyak inspirasi fesyen yang dikumpulkan dari pelbagai medium media sosial. Bukan takat kebaya renda dan kain batik Jawa ataupun songket, tapi melarat sampai ke Thailand sana.
Manisnya lahai semua wanita dalam gambar kat atas tu, kan? Aku takde la nak ambik semua tu carbon copy buat baju sendiri, memang tak logik la. Tinggal lagi, aku suka jamu mata dan cari idea baru untuk digunapakai masa tempah baju kat tailor.
Baju-baju tradisi Thailand tu contohnya, geram je aku nak tiru fesyen kain dorang, suaimanfaat sket dengan imej hijabista. Masalahnya nak pakai pergi mana, kan? Alah, apa ada hal.. Berangan kan tak kena bayar.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment