Remaja Purba Ceria Bersamamu

Assalamu'alaikum. Bila entah ada kesempatan nak berkumpul cukup korum gang sekolah menengah aku ni, semua dah tersangat rindu sesama sendiri. Mini gathering #teamKL dan #teamKT selalu ada, cuma belum ada jodoh dan rezeki yang menggabungkan kedua-duanya setakat ni. Tak dapat nak bayangkan keadaannya nanti, jika menjadi realiti. Meletup, sudah pasti!


Jadi, tiapkali ada antara kami yang jemput datang rumah sempena apa jua majlis, memang wajib hadir, seboleh-bolehnya datang awal sebelum tetamu lain datang ataupun datang lewat selepas tetamu lain balik. Sebabnya, senang nak membawang dan bergelak ketawa pecah pankreas. Macam minggu lepas, sepertimana yang dipesan dalam wassap group, aku terpacak awal-awal kat rumah Za di Ampang. Lambat sejam je daripada jadual, memang tak sempat nak monopoli tuan rumah la, dia kena layan para tetamu yang memenuhi undangan.


Hurmm.. botol air itu tetap setia menemaniku ke hulu dan ke hilir, kan?


Aku tak letak gambar budak-budak ni bergembira bersama abam badut yang sangat komited memeriahkan suasana, sebab entry ni pasal kawan-kawan aku yang selalu terlupa diri dah kertu setiapkali berkumpul. Memang terasa macam zaman sekolah je lagi, remaja purba yang senantiasa gumbira, riang-ria berpesta muda-mudi.


Classmate lelaki takde kot kat KL ni, kecuali abam ni nan seorang, yang lain kebanyakannya duk Ganung sinun. Sporting je melayan makcik-makcik bawang bergambar.


Kawan-kawan aku lawa, kan? Lawa luar dalam, ok... baik hati pulak tu!


Sejenis yang tak makan dek usia, rahsianya tak lain dan tak bukan adalah memilih untuk tersenyum dan ketawa dalam apa jua keadaan. Hati pun tak sibuk nak hasad dengki kat orang. 


Berkatilah kami ya Rabb.. semoga terus menyayangi dan bersahabat baik hingga ke syurga-Mu.


Kentalkanlah semangat kami menempuhi saki-baki kehidupan dengan penuh iman di dada.


Dan semoga segala kesulitan hidup kami dileraikan satu-persatu dalam redha dan inayah-Mu jua hendaknya.  Ameen....

~Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan