DIY Kaftan Kurung
Assalamu'alaikum. Balik kerja Jumaat lepas, aku memang dah pasang niat nak beranikan diri memotong dan menjahit sepasang baju dengan menggunakan kain baru. Aku memang jenis simpan banyak kain pasang dan hantar beruncit-runcit ke kedai jahit. Rembat sepasang kain bermotif batik dengan latar hitam, malam tu aku start projek berpandukan kaftan daripada fabrik sifon yang sangat aku gemar potongannya. Termenung jugak nak ambik angle terbaik, jangan sampai tak cukup nak buat kainnya nanti. Alhamdulillah menjadi, esoknya balik dari jumpa klien kat GE Mall, lepas solat zuhur dan makan nasi, aku jahit kaftan tu sampai siap. Tinggal leher je tak reti nak buat bagi rapi, so aku biarkan dulu. Hari Ahad aku potong kain pulak, buat A line zip tepi. Berhenti kejap pukul 11 lebih, pergi masuk dapur buat apa yang patut, sebab bibik jenis siput sedut tahap gaban punya lembab. Aku tengok dia baru duk rebus bahan-bahan nak buat tom yam putih untuk mak, laki aku bukan makan tom yam selain seaf...