DIY Kaftan Kurung

Assalamu'alaikum. Balik kerja Jumaat lepas, aku memang dah pasang niat nak beranikan diri memotong dan menjahit sepasang baju dengan menggunakan kain baru. Aku memang jenis simpan banyak kain pasang dan hantar beruncit-runcit ke kedai jahit. Rembat sepasang kain bermotif batik dengan latar hitam, malam tu aku start projek berpandukan kaftan daripada fabrik sifon yang sangat aku gemar potongannya. Termenung jugak nak ambik angle terbaik, jangan sampai tak cukup nak buat kainnya nanti. Alhamdulillah menjadi, esoknya balik dari jumpa klien kat GE Mall, lepas solat zuhur dan makan nasi, aku jahit kaftan tu sampai siap. Tinggal leher je tak reti nak buat bagi rapi, so aku biarkan dulu.


Hari Ahad aku potong kain pulak, buat A line zip tepi. Berhenti kejap pukul 11 lebih, pergi masuk dapur buat apa yang patut, sebab bibik jenis siput sedut tahap gaban punya lembab. Aku tengok dia baru duk rebus bahan-bahan nak buat tom yam putih untuk mak, laki aku bukan makan tom yam selain seafood. Maka aku bersilat ler kejap masak sambal daging berempah kari, modify sikit-sikit bumbu chili crab dan goreng telur dadar ala Thai. Macamana rupanya? Macam kat kedai tom yam tu aje.. Sebab bibik goreng jadi lain.


Pukul 12 tengahari dah boleh makan, kalau tak jangan harap ler.. Selagi tak pukul 1.30 petang, jarang sekali nak terhidang lauk. Lepas makan, aku start jahit kain A line dan solat zuhur bila perut dah lega sikit nak rukuk dan sujud. Selesai semuanya lepas asar, baru rasa lega. Malam tu tinggal elokkan leher baju je, terkial-kial belajar tutorial kat you.tube. Berapa kali attempt baru berjaya siapkan, sampai mata dah mengantuk gila, ada dekat jam 1.30 pagi.


Tapi puas hati, sebab boleh pakai pergi kerja pakai baju kaftan kurung yang aku buat dari scratch. Alhamdulillah... Lepas la nak pakai sendiri, jimat dah upah kat situ. Lepas ni boleh la ke peringkat seterusnya, jahit baju yang pasang lengan dan placket bagai. Selamat berjaya, Nai! 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

  1. Suka tengok kepelbagaian design baju kaftan begini... thanks share yea..

    Galeri Artie
    ^^^^^^^^^^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan