Masa Untuk Nasi Padang

Assalamu'alaikum. Lately takde cerita sangat nak kongsi kat blog ni, itu yang sendu je keadaannya. Dah dua minggu takat buat Wordless Wednesday, nampak sangat malas nak menaip. Biasalah, daripada dibiarkan bersawang, lebih baik kita update jugak walaupun sekadar sekeping gambar dengan tajuk semata wayang.


Semalam pagi-pagi buta sebelum Subuh, ada sorang client lama yang dah jadi member baik hantar wassap. Kebetulan masa tu aku dah bangun, kira betapa manisnya berita pertama yang menyambut hari. Dia transfer duit nak buat belanja staff makan, sebagai tanda terima kasih kepada budak-budak tu, bagus dan cekap menyusun dokumen-dokumen yang dia bagi last minute untuk trial. 


Walaupun dia bagi duit suruh beli breakfast, tapi aku mintak izin nak tanya budak-budak sendiri pilihan dorang. Akhirnya, aku bawak ke Restoran Sari Ratu kat Taman Melawati, pekena Nasi Padang. Haa.. Tak angkat muka masing-masing suap makanan! 


Sekarang ni budak-budak aku dah jatuh chenta kat Sari Ratu, seronok sangat sebab dapat rekrut batch baru yang boleh sama-sama lepak layan Nasi Padang. Gila betul sebenarnya! Entah amenda la aku ni asyik fikir pasal makanan, tapi nak jaga badan bagai. Maka, kena sedar diri je ler, kalau naik turun berat macam air pasang surut, jangan duk kepoh nak marah penimbang!

Takpe la, janji air masak jangan tinggal, sila pujuk hati sendiri ya.. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan