Cahaya Jumaat
Assalamu'alaikum. Thank God it's Friday, ya? Budak-budak yang ambik PT3 dah merdeka, UPSR pun sama. Next year giliran Junior pulak, entah apa la gamaknya lagi perubahan yang akan diperkenalkan kerajaan. Takpe la, malas nak fikir. Duk berebut nak jadikan anak robot jadian, aku tak minat nak join. Baik santai dan hiburkan hati sementara ada waktu lapang, sebelum waktu sendat datang.
Tak balance pencahayaan dalam bilik ofis aku ni, mari kita try guna kaedah cahaya tambahan.
Dapat dramatik effect la jugak. Silau pun takde hal, sekali-sekala apa salahnya.
Hari Jumaat ni shopping complex mesti penuh punya, dah pulak awal bulan, kan. Aku tak ke mana lunchtime, 1.30pm dah nak turun ambik anak kat Gombak sana. Petang lepas kerja ada berkumpul makan-makan, staff nak belanja. Awkward la jugak sebenarnya, tapi layankanlah aje. Tak baik hampakan harapan orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Semoga Jumaat yang penuh barakah ini menyerikan hidup kita semua, sama-sama menyayangi kerana Allah. Ameen.
~ Nai at Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment