Posts

Showing posts from March, 2019

Nude Collections, Kainpasang.my

Image
Assalamu'alaikum. Lepas balik umrah aritu aku ada order online beberapa kain pasang, macam biasalah skodeng IG kainpasang.my tiapkali ada masa terluang.  Kalau tak pun,  si Fatin Nabila yang selalu deal dengan aku tu selalu jugak wassap gambar baju-baju terkini, tau aku akan pasti tewas punya. Kali ni aku beli 3 pasang (je),  konon-konon langkah berhemah la kat situ.  Lagipun sebab kadang-kadang gambar kan tak sama dengan produk sebenar,  jadi lebih baik terlebih hati-hati daripada menyesal. Pengalaman kan guru terbaik, tak payah kita nak pertikaikan lagi.  Instinct aku betul, warna koleksi yang ada perkataan letop 'Nude' bagai memang agak misleading, sekali pandang nampak macam kain benang hitam. Malap dan sendu,  kasi bonda dia reject awal-awal, maka akhirnya ketiga-tiga pasang kain itu terpaksa la aku ambik semua. Waah.. bunyi macam paksa rela,  kan?  Tapi,  bila aku dah potong dan jahit buat dress labuh, melopong pulak mak aku!...

Jean Ballard, Marseilles

Image
Assalamu'alaikum. Sebenarnya kalau nak menjejakkan kaki ke Eropah bagi yang tak berapa kukuh bajet, boleh sangat. Menabung dan berdikit-dikit saban tahun memenuhi tabung percutian, pelan dan tindakan haruslah selari. Kita pilih tempat tinggal dan syarikat penerbangan tambang murah, bawak bahan-bahan kering untuk masak di rumah, menapak selagi boleh ke sana ke mari. Boleh je kalau betul-betul mau, cuma perlu bijaksana bijaksini, hati mesti bersih dan jangan cuma sibuk hasad dengki melihat kegembiraan orang lain. Macam kami bertiga begitulah kekdahnya, 5 tahun ambik masa nak kumpul bajet dan siapkan apa yang patut, selesaikan dulu mana yang afdal.  Tiket ke London kan dah tak keluar belanja, redeem guna Enrich points, bayar cuma airport tax. Jadi, penuhkan lagi tabung untuk biayai perjalanan ke tempat-tempat lain dua malam setiap bandar. Takkan la 5 tahun tak sempat cukup, lagi pulak ambik masa setahun dari tempoh perjalanan, dari tarikh tiket redemption. Pelan-pelan kayuh, ada 12...

Kisah Songket dan Konvo Ida

Image
Assalamu'alaikum. Sorry lama tak update blog,  sikit lagi nak bersawang, sibuk sikit semenjak dua tiga menjak ni. Bukan apa,  lama tak berjalan jauh,  dah lebih 5 tahun ekonomi tak mengizinkan.  Tahun lepas dapat tiket promo redeem Enrich points pergi balik UK,  perjalanannya pertengahan bulan Mac baru-baru ni.  Balik je KL,  terus masuk ofis dan sebelah petangnya pergi konvo Ida,  siap dapat VC award lagi ambik Masters,  ko hado?  Mengantuk Tuhan aje yang tau,  tidur sepanjang perjalanan ke Shah Alam. Anak sedara duk ulang alik depan belakang nak duduk dengan Mak Lom,  terpaksa mintak mak pegang sebab dah tak tahan sangat rasa kantuk. Jet-lag kekdahnya, begitulah. Kesian Ida,  sampai kat Shah Alam dah habis majlis,  tak sempat tengok dia naik pentas. Anak aku ada extra class, tak dapat join. Daddy dia jumpa client, pun takde. Ibu Muhammad pulak masih kerja,  tak leh join jugak. Mana yang ada je ...

WW ~ Bad Hijab Day

Image
Bad Hijab Day, Do I Care? Yes,  I do.  That's more like it.  ~ Nai at Tak Pe Je.