Posts

Showing posts from January, 2021

Berpagi-pagian di Pasar Tani

Image
Assamu’alaikum. PKP dengan syarat yang dilonggarkan tak bermakna kita membuang masa, selagi kita mematuhi SOP. Itu pada pendapat peribadi aku, sebab keadaan kita tak mengizinkan untuk bersabar di rumah tanpa mencari rezeki. Pasar malam pun dah dibenarkan beroperasi, bukan setakat pasar tani dan banyak sungguh bunyi orang kegusaran kes akan makin mencanak naik. Tapi cuba tengok betul-betul, yang menambahkan bilangan jangkitan kes sebenarnya di mana? Yang jadi mangsa akhirnya peniaga-peniaga kecil yang tak tergolong dalam kategori perusahaan penting (essential business). Keadaan ni diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapak. Menjadi kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi best jadi pembangkang yang bebas mengkritik dan membahan. Lalu yang tersepit di tengah-tengah penderitaan tanpa penghujung adalah kita, rakyat jelata yang terkapai-kapai sendirian. Bila aku mengeluh, sepupu aku yang tinggal di UK nasihat, elok dah daripada kes kat sana yang berpuluh-puluh ribu sehari. T...

Berpeluh-peluh dahulu di tepian

Image
Assalamu’alaikum. Sihat korang, fizikal mental, zahir batin, perasaan dan fikiran? Biasalah zaman pandemik ni siapa je yang betul-betul stabil luar dalam, ye dak? Aku apa adanya, alhamdulillah masih bernafas di muka bumi Tuhan ini. Hidup sehari-hari bak kata orang, nak fikir ke depan sangat pun tak sampai. Dalam keadaan macam ni kadang-kadang pendekatan sebegitu lebih menenangkan, at least kasi kita ruang untuk bertatih ataupun menghentikan waktu seketika.  Dan jangan lupa jaga kesihatan elok-elok, tau kawan-kawan.. peluh jangan disimpan tepu dalam badan, kasi keluar jangan dikurung. Biarlah kita dalam perintah berkurung, peluh kita kena biarkan lepas bebas demi kelangsungan hidup yang lebih sempurna. Ah gitieww! Masa-masa ni la kasut aku nak mereput seiring waktu, sesuai usianya... maklumlah, beli dulu masa anakanda sekolah rendah. Banyak jasanya, tahan lama pulak tu... benda macam ni la namanya alah membeli menang memakai, kan ke terbukti tu? Makan pun sama, kena cakap siang pand...

Memburu Rindu Di Angin Lalu

Image
Assalamu’alaikum. Antara salah satu daripada himpunan nikmat yang terasa sangat ditarik sejak pandemik covid-19 menakluki bumi adalah kebebasan bergerak. Selama ni mungkin kita tak perasan pun, tapi apabila hidup bagaikan terkurung dek keadaan sebegini rupa, barulah sedar betapa pentingnya kebebasan bergerak ke sana ke mari. Siapa sangka ruang udara dunia sekarang menjadi terhad dan syarikat-syarikat penerbangan terjejas teruk sampai kena berhentikan ramai pekerja. Begitulah kita diingatkan tentang siapa yang Maha Berkuasa, kita ke Dia? Nak sombong sangat kan... terciduk kat situ, ambik!  Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ‘terlepas’ ke Langkawi bersama pakwe, bukan skandal ya. Banyak lagi Enrich miles yang belum digunapakai, sebelum tamat tempoh sah diperlakukan, kami gunakan sebaiknya. Ajak anak ikut sekali, takde nya dia hendak, bukan tempat yang dia suka baik jangan dipaksa, nanti dia tunjuk muka tenuk, kita pulak terasa.  Kami tak bersesak-sesak di tempa...

Perutusan Tembolok

Image
Assalamu’alaikum. Makan tengahari tak payah beriya pun, kalau kena kombinasi lauk-pauk dan dijodohkan dengan nasi panas, merecik hawau! Macam dalam gambar ni: telur tenggiri masak kari dengan terung, ikan talapia laut goreng garing, ikan bilis goreng, telur asin, ulam dan kicap potong. Yummeh!!! Sekarang ni kalau lauk hujung ke hujung meja sekali pun, kalau tak ‘menyangkut’ apa gunanya? Dah la  hilang deria rasa sangat bahaya sejak dua menjak corona virus menakluki bumi, jangan buat main weh! Zaman PKP ni kena tangkas dan cekap sediakan menu, pagi ke tengahari ke petang sampailah ke malam.. jangan lembab mahupun lemau, ya kawan-kawan! Aku sebelum tidur dah kena ada pengumuman tentang menu untuk lunch, nasib baik takde perutusan khas bagai. Korang pulak macamana? ~ Nai at Tak Pe Je.

Mesin Kopi Kapsul

Image
Assalamu’alaikum. Dah masuk waktu minum petang, korang minum kopi ke teh ke milo ke apa dia? Aku dari hujung Oktober tahun 2020 tak suka minum kopi letak susu fresh, entah masuk angin mana pun tak tau. Kadang-kadang kalau habiskan kopi pakwe tinggal atas meja pun rasa nak muntah hijau, apatah lagi minum segelas, memang tak ar! Jadi, aku minum la black coffee macam mula-mula aku start menceburi arena pengopian, zaman anak dara pingitan minum kopi cap Kapal Api. Lepak pulak sebelah arwah nenek yang terlebih macho, sebelah tangan pegang cawan kopi O kaw dan sebelah tangan lagi pegang rokok Dunhill. Kaki mesti silang panggung, tak boleh tidak, ko rasa?  Sekarang ni ada jual mesin kopi kapsul yang datang dengan 3 tray berbeza: kapsul Nespresso, kapsul Dolce Gusto dan serbuk kopi. Aku macam, “Omaigaddddd!” terus takde dakwa dakwi mahupun berfikir panjang ke apa ke, yang aku tau mesin kopi itu mesti menjadi milikku sesegera mungkin! Letaknya tak lain tak bukan, di sebelah Arissto. Bila da...

Offline

Image
Assalamu’alaikum. Tahun 2021 diharapkan menjadi lebih baik daripada 2020 yang terlalu banyak pancaroba, sedangkan semua itu hanyalah cara kita sebagai manusia berfikir. Hakikatnya, dunia yang kita harapkan semakin indah ini cuma menghala ke penghujung zaman. Bak kata Thor dalam Ragnarok, “we’re fulfilling the prophecy”... makna kata, tiada sesuatu pun yang mampu kita lakukan untuk melawan takdir jika itulah yang Allah tetapkan untuk terjadi. Ya, kawan-kawan sekalian, dunia kian menghampiri pengakhiran dan siapalah kita untuk menghalangnya? Tiba-tiba masa depan menjadi sangat tidak menentu, sukar untuk dijangkakan. Tiba-tiba hari esok bagaikan “offline” tanpa ada sebarang harapan dan kita sebagai manusia, menjadi panik, tidak keruan.. tak ubah seperti meraba-raba dalam kegelapan. Lalu, apa pilihan yang kita ada selain daripada benar-benar bergantung pada Allah yang Maha Mentadbir? Asalkan kita senantiasa “online” dengan-Nya, yakin akan rahmat dan kasih sayang-Nya, segala kesulitan takka...