Posts

Showing posts from February, 2021

WW ~ Good Vibes Wall Art

Image
  Good vibes only, c’mon now!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

WW ~ Beware of What You Wish For

Image
You might as well get it.   Or the picture of it, first. ^_^

Tenang Sahaja...

Image
Assalamu’alaikum. Dalam kekalutan hidup dan kemelut ekonomi dunia yang penuh onak dan duri ini, kebanyakan daripada kita terpaksa bergelut dengan macam-macam bentuk tekanan. Jadi, apa yang paling penting sekarang adalah ketenangan jiwa, jangan pernah ambik ringan tentang benda ni. Cuba tengok statistik terkini, berapa banyak kes orang bunuh diri sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Yang mendapat perhatian awam of course la selebriti, macamana pulak dengan yang tak dikenali? Kejap tadi aku terbaca dalam feed Instagram sekali lalu depan mata, 70% daripada kes bunuh diri yang meningkat naik di Malaysia adalah terdiri daripada kaum lelaki. Aku jadi terkedu pulak, lelaki sibuk bunuh diri, tapi perempuan sibuk browse porno. Wait, what? Yes. It’s a not so fun fact. Manusia semakin sakit dan berpenyakit, keadaan makin sempit dan menghimpit.  Nama pun hidup, takkan pernah sunyi daripada dugaan dan selagi masih bernafas, ke depan terus jalan. Daripada merosakkan diri dengan cara yang menge...

Demam Air Fryer

Image
Assalamu’alaikum. Dulu aku tak gemar masak guna air fryer, sebab jenuh nak menunggu, memang tahap tenuk kemalasan aku bab menunggu di dapur ni. Apa tak nya, 40-50 minit nak siap kentang goreng, appo?! Tapi itu dulu, zaman air fryer belum ada fungsi kawal suhu macam zaman sekarang. Dah takde masalah menunggu bulan jatuh ke riba segala, 10 minit dah boleh makan pizza, ko rasa?  Memandangkan aku tak kuasa nak menguli tepung nak buat pizza seperti yang sepatutnya, aku pun ikhtiar cari alternatif lain. Salah satu caranya, beli saja pizza crust (aku pilih yang wholemeal) yang banyak dijual di pasaraya. Resipi boleh google, bersepah ada tinggal pilih je. Macam dalam gambar kat atas, aku upcycle daging bakar yang disimpan dalam peti 2 hari, baki BBQ bertiga hari tu, gunting halus-halus, tabur atas permukaan kerak pizza yang dah dilumur sos Prego. Layer dengan hirisan bawang, capsicum, sosej dan keju parmesan. Tetapkan suhu 160 darjah + 10 minit, pergi la buat hal sendiri mengelamun bercint...

Entah la labu...

Image
Assalamu’alaikum. PKP 2.0 walaupun tersekat pergerakan, tapi takde la sampai beku kepala otak sebab masih boleh keluar bekerja. Itupun banyak yang ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak, kekdahnya tergendala itu ini, begitu begini. Mana-mana yang perlu diteruskan, bersiap siaga saja dengan letterhead majikan dan tunjuk pada polis yang menjaga roadblocks.  Disebabkan restoran tak boleh dine-in dan kedai selain essential services semua tutup, maka takde la aktiviti cuci mata ataupun window shopping bagai. Mati kutu sungguh bagi orang yang suka melewar macam aku ni, tapi apakan daya sudah suratan takdir kita PKP lagi.. selesai kerja, balik rumah je la.. nak masuk ofis pun KKM dah ketuk pintu awal-awal kasi amaran tak boleh bukak lama-lama, awak tu kawasan merah, akal ada? Keadaan sekarang ni tak ubah seperti, kembalilah ke pangkal jalan, sesat cari jalan pulang, ah gichu! Pakai lawa-lawa pun takde nak ke mana, Mak Lom maintain jugak selagi daya lipstik bagai... sehing...

Awal & Akhir : Satu Kesan Abadi

Image
Assalamu’alaikum. Samada satu suratan ataupun kebetulan, hanya anak sulung dan bongsu yang akhirnya mengadakan majlis kenduri kahwin di rumah Terengganu. Anak kedua majlis resepsinya di Temerloh dan anak ketiga di Taman Setiawangsa. Nampak gayanya anak keempat kalau pun terbuka hati nak menamatkan zaman solo, besar kemungkinan majlis resepsi bukanlah di Terengganu. Sekarang pun dia dah berbahagia di United Kingdom, entah nak balik Malaya entahkan tidak... Kami takde warna tema, kombinasi warna pelangi, mungkin? Korum pun tak cukup, isteri Apih menunggu hari nak bersalin anak kedua, jadi dorang memilih untuk tidak memandu 6 jam dari KL ke Terengganu. Isteri Mi pun menunggu hari, cuma due masih lambat dan memang nak bersalin di Terengganu. Demikian pun, kemeriahan majlis di kampung masih terasa dengan kelainan yang luar biasa: siap dengan pengimbas suhu, kaunter saringan diawasi abang-abang RELA dan pelayan-pelayan sado dari Primula Hotel bertugas sepanjang majlis. Koleksi gambar yang fo...