Entah la labu...
Assalamu’alaikum. PKP 2.0 walaupun tersekat pergerakan, tapi takde la sampai beku kepala otak sebab masih boleh keluar bekerja. Itupun banyak yang ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak, kekdahnya tergendala itu ini, begitu begini. Mana-mana yang perlu diteruskan, bersiap siaga saja dengan letterhead majikan dan tunjuk pada polis yang menjaga roadblocks.
Disebabkan restoran tak boleh dine-in dan kedai selain essential services semua tutup, maka takde la aktiviti cuci mata ataupun window shopping bagai. Mati kutu sungguh bagi orang yang suka melewar macam aku ni, tapi apakan daya sudah suratan takdir kita PKP lagi.. selesai kerja, balik rumah je la.. nak masuk ofis pun KKM dah ketuk pintu awal-awal kasi amaran tak boleh bukak lama-lama, awak tu kawasan merah, akal ada?
Keadaan sekarang ni tak ubah seperti, kembalilah ke pangkal jalan, sesat cari jalan pulang, ah gichu! Pakai lawa-lawa pun takde nak ke mana, Mak Lom maintain jugak selagi daya lipstik bagai... sehinggalah masuk waktu solat fardu. Sesudah itu takde maknanya nak mekap apa benda semua, polos aje la sampai kering muka tak pakai pelembab. Baru terhegeh-hegeh nak sapu Vaseline kat muka, menggelupas dah macam duduk tempat gersang mana entah!
Gambar kat atas tu aku ambik kat rumah, lepas balik dari kawasan Subang Airport lama. Sekarang ni tak banyak gambar sangat, kerja dari rumah bukan kena pakai tudung kecuali masa zoom meeting ataupun facetime. Sebelum 18hb Februari ni mudah2an kita dah mampu meratakan lekuk penularan kes covid-19, walaupun tak nampak cahaya sangat sebenarnya.. kes hari2 ribu raban, bantulah kami Ya Allah..!
Dah tak tau nak cakap apa dah...
Comments
Post a Comment