Tenang Sahaja...


Assalamu’alaikum. Dalam kekalutan hidup dan kemelut ekonomi dunia yang penuh onak dan duri ini, kebanyakan daripada kita terpaksa bergelut dengan macam-macam bentuk tekanan. Jadi, apa yang paling penting sekarang adalah ketenangan jiwa, jangan pernah ambik ringan tentang benda ni. Cuba tengok statistik terkini, berapa banyak kes orang bunuh diri sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Yang mendapat perhatian awam of course la selebriti, macamana pulak dengan yang tak dikenali? Kejap tadi aku terbaca dalam feed Instagram sekali lalu depan mata, 70% daripada kes bunuh diri yang meningkat naik di Malaysia adalah terdiri daripada kaum lelaki. Aku jadi terkedu pulak, lelaki sibuk bunuh diri, tapi perempuan sibuk browse porno. Wait, what? Yes. It’s a not so fun fact. Manusia semakin sakit dan berpenyakit, keadaan makin sempit dan menghimpit. 


Nama pun hidup, takkan pernah sunyi daripada dugaan dan selagi masih bernafas, ke depan terus jalan. Daripada merosakkan diri dengan cara yang mengelirukan, ada baiknya kita cuba memujuk jiwa agar senantiasa bertenang. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan dan bisik pada hati, “Sabar... ini juga pasti akan berakhir!” Kita semua penat, aku paham.. aku pun sama, kadang-kadang tak mampu dah rasanya nak bertahan. Tapi dalam pada tak mampu tu, elok je hidup lagi sampai hari ni, kan? Bertahanlah, kita sama-sama hadapi segala cuaca dengan tenang, okay kawan-kawan? 


Ni cara aku bertenang, mengajar hati agar mengerti. Jaga makan, jaga minum, jaga diri dan jaga iman. Apa pun jua, carilah damai dengan cara yang lebih positif dan tidak membahayakan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Simpan satu surah dalam jiwa, satu cinta kekal abadi. Let it be love, not hatred. Aku tinggalkan korang dengan lirik lagu Tak Seindah Wajah karya agung seniman terbilang, Allahyarham Tan Sri S.M Salim yang aku ulang-ulang dengar setiap hari, nyanyian diva Dayang Nur Faizah.


Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

....

Terima kasih daun keladi, lain kali jumpa lagi. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan