Posts

Showing posts from May, 2021

Nai at Your Service

Image
Assalamu’alaikum. Dua hari lepas aku ambik masa pergi beratur nak masuk shopping kat Tesco Wangsa Maju. Asalnya nak order online je, tapi slot penghantaran asyik penuh memanjang. Bila tengok delivery paling awal pun hari Isnin depan jam 5pm, malas aku nak layan. Kebetulan kerja tak sepadat biasa, aku cepat-cepat ajak bibik cari barang-barang dapur segala bagai.  Walaupun masih perlu beratur menunggu giliran, tapi keadaan takde la sekronik masa weekend. Takpe la kan, janji kita dah selesai memenuhkan troli dengan perlbagai jenis barangan runcit dan kudapan harian. Lega sungguh bila ingat semua ni, terutamanya apabila ‘total lockdown’ selama 14 hari diumumkan petang tadi. Esok lusa jenuh la manusia di lembah Kelang akan pakat menyerang hendap semua pasaraya besar dan kecil: panic buying to the core. Bibik kata, menyesal tak ambik banyak lagi bawang.. tapi kalau banyak-banyak sangat karang cepat buruk pulak kat dapur. Anyways, sejak aku dilamun krik-krik setelah drama dark-comedy ‘Vic...

WW ~ Pahala Percuma

Image
Senyum kan percuma.... ~ Nai @ Tak Pe Je.

Khabar Lebaran

Image
Assalamu’alaikum. Minggu ni dah start kerja semula, tak pernah lagi rasa tak sabar nak habis cuti raya. Daripada lemau takde buat apa-apa, nak ziarah raya pun tak boleh, lagi bagus masuk kerja. Rehat lama-lama sangat nanti buatnya otak berkarat, haru biru! Sepanjang cuti aku duk ulang tengok drama My Love From The Star dan Legend of The Blue Sea, sebabnya lepas drama Vincenzo tamat, aku macam rasa frust bercinta. Cerita lain banyak yang baru, tapi takde makna langsung di hati ini. Sudahnya aku putuskan, baik layan drama yang confirm best... walaupun entah berapa kali dah tengok. Angau jugak lepas tu, menangis pun berbakul-bakul jugak dapat mutiara warna putih dengan pink. (Siapa tengok drama Legend of The Blue Sea je paham).  Duk dengar OST drama My Love From The Star setiap ketika, rasa macam terawang-awang di ruang angkasa especially bila dengar lagu “Promise”. Memang jelas la nampak depan mata adegan Do Min-jun dengan Cheon Song-yi kat tepian pantai nan romantis lagi sadis. Seda...

Raya PKP 3.0

Image
Assalamu’alaikum. Selamat Hari Raya Fitrah kepada semua yang beragama Islam di seluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan-Nya untuk merayakan Hari Kemenangan ini. Sendu macamana sekali pun, raya tetap disambut apa adanya, mengikut kemampuan masing-masing.  Nak kata meriah memang takde la kan, ziarah pun tak dibenarkan, apa yang nak kita expect? At least aku diberikan kesempatan untuk masih bersama bonda tercinta, itu pun satu rezeki yang tak terbandingkan kerana bukan semua mendapat peluang macam tu. Jadi, nikmat Tuhan yang manakah hendak aku dustakan? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Kita ni dah dua tahun tak boleh berhari raya di kampung, nak kata tak sedih memang la pembohongan terbesar. Cik abang aku murung je sejak tahu tak boleh rentas negeri, setakat guna alasan bekerja memang boleh tapi takkan dia nak balik kampung seorang diri? Kalau bujang atau duda lain cerita, tapi dia ada anak bini kat sini. Video call kat kampu...

Ambang Aidil Fitri

Image
Assalamu’alaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, Ramadan kali ini masih diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk kita semua sempurnakan apa adanya. Berakhir sudah sepurnama kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan pelbagai berita duka di sini sana.  Di ambang Aidil fitri ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dilema kita adalah tidak dapat pulang berhari raya di kampung bersama sanak saudara. Sedangkan di Palestin sana dihujani peluru dan ledakan bom, dilema mereka antara hidup dengan mati.    Hidup ini seketika cuma, kawan-kawan. Usahlah kita sia-siakan dengan saling bermusuhan. Sebarkanlah aura positif dan kasih-sayang, semoga nanti kita dijemput Ilahi untuk berteduh di bawah lembayung golongan manusia yang berkasih-sayang kerana-Nya.  Selamat menyambut hari Raya Fitrah. Maaf zahir dan batin. Sayang korang!  ~ Nai @ Tak Pe Je.

Pilihlah Untuk Gembira

Image
Assalamu’alaikum. Sejak zaman pandemik setahun dua ni jenuh nak dapat peluang window shopping, at least bagi aku la kan. Lagipun takde maknanya nak shopping mopping bagai, maklum la duk terperuk kat rumah aje 24 jam. Tapi nama pun perempuan, kalau tak keluar shopping pun boleh je keluar duit secara online shopping. Sedar-sedar ada je parcel sampai depan rumah dari Shopee, Lazada, Zalora, eh macam-macam la pendek katanya! Cuma aku hampir dikatakan zero record beli baju online, sebab cutting aku ni payah sikit... kalau baju kurung contohnya, baju mungkin muat S atau M tapi kain belum tentu. Adeh... selalunya paling kecik pun saiz L. Maka terpaksa la aku ambik saiz yang lebih besar demi kerukunan rumah tangga, karang tak pasal-pasal perang dingin dengan cik abang dan juga bonda. Dengan itu, aku ambik masa cari baju raya la sepasang baru-baru ni lepas solat asar. Kena pantas bertindak, dah tau kedai mana nak dituju dan warna apa nak dirembat sebelum masuk waktu berbuka puasa. Itu namanya p...

Vincenzo Selamanya

Image
Okay dah confirm, Vincenzo Cassano takkan pernah berakhir bagiku. Selamanya.