Ambang Aidil Fitri

Assalamu’alaikum. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, Ramadan kali ini masih diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk kita semua sempurnakan apa adanya. Berakhir sudah sepurnama kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan pelbagai berita duka di sini sana. 


Di ambang Aidil fitri ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dilema kita adalah tidak dapat pulang berhari raya di kampung bersama sanak saudara. Sedangkan di Palestin sana dihujani peluru dan ledakan bom, dilema mereka antara hidup dengan mati. 

 

Hidup ini seketika cuma, kawan-kawan. Usahlah kita sia-siakan dengan saling bermusuhan. Sebarkanlah aura positif dan kasih-sayang, semoga nanti kita dijemput Ilahi untuk berteduh di bawah lembayung golongan manusia yang berkasih-sayang kerana-Nya. 

Selamat menyambut hari Raya Fitrah. Maaf zahir dan batin. Sayang korang! 

~ Nai @ Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan