Raya PKP 3.0

Assalamu’alaikum. Selamat Hari Raya Fitrah kepada semua yang beragama Islam di seluruh pelosok dunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diizinkan-Nya untuk merayakan Hari Kemenangan ini. Sendu macamana sekali pun, raya tetap disambut apa adanya, mengikut kemampuan masing-masing. 


Nak kata meriah memang takde la kan, ziarah pun tak dibenarkan, apa yang nak kita expect? At least aku diberikan kesempatan untuk masih bersama bonda tercinta, itu pun satu rezeki yang tak terbandingkan kerana bukan semua mendapat peluang macam tu. Jadi, nikmat Tuhan yang manakah hendak aku dustakan? Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Kita ni dah dua tahun tak boleh berhari raya di kampung, nak kata tak sedih memang la pembohongan terbesar. Cik abang aku murung je sejak tahu tak boleh rentas negeri, setakat guna alasan bekerja memang boleh tapi takkan dia nak balik kampung seorang diri? Kalau bujang atau duda lain cerita, tapi dia ada anak bini kat sini. Video call kat kampung pun line macam siput sedut, kesian dia. Bapak mertua aku pun ketara sangat sedih, maklum la anak sulung dia takde di sisi. 


Tapi itulah dia, bukan sorang dua je rasa macam ni.. sampai ada ibu bapa yang sanggup nak bayar kompaun rentas negeri masa masih RM1,000. Sekarang harga dah lain, weh... alangkan ziarah raya sama daerah pun tetamu kena RM5,000 dan tuan rumah kena RM25,000! 


Adik aku kat area Hospital Ampang sana dah siap pakai baju raya satu keluarga nak datang rumah aku kat Setiawangsa, kensel serta-merta dengar pasal jumlah kompaun. Takkan la kakak nak bayar RM25k sebab dorang datang beraya, kan? Dia pun takkan la nak buang RM5k semata-mata nak pekena nasi biryani kakak, kan? 
Sudahnya aku suruh dia datang naik motor, tapau mangkuk tingkat makan kat rumah. Sedih toksah cerita la masa dia salam peluk cium aku dan bonda. Macam kartun pun ada, aku separa “menghalau” dia balik cepat-cepat sambil hulur tiffin klasik berisi juadah raya. 


Mak punya la terkejut masa tau anak cucu tak boleh datang ziarah, aku dah berbuih mulut bagitau sebelum raya dia tak percaya. Adik bongsu nasib baik duduk dekat je dan datang sehari sebelum raya, sahur dan iftar bersama. Kalau tak sebab dia, mau mak aku tak nak pakai baju raya gamaknya. 


Bibik muka kelat nak mati sebab Muhammad tak dapat datang.. maklum la anak kesayangan dia jaga dari umur berapa bulan. Adik aku kat Rawang jenuh rabak mata, anak kecik tak nak tidur malam dan “beronar” sepanjang hari. Dah la sibuk nak siapkan tempahan katering untuk raya kedua, kesian aku kat dia. Entah pukul berapa boleh bergambar pakai baju raya pun tak tau. Nanti kalau dah dapat sekeping, aku update entry ni.


Updated accordingly.


Azieq dia sejenis asal ada mummy sudah, gempa bumi ke ribut taufan ke apa ada hal? Selamba badak je dia pakai seluar trek dengan kurta raya, ko rasa? Koleksi duit raya mengecut la tapinya, tak macam raya norma dahulu kala. Nanti dah habis SPM dan masuk kolej lagi la sendu kutipan duit raya, baik bersedia dari sekarang, betul tak?

Walau apa pun jua, hidup perlu kita teruskan. Semoga Allah makbulkan doa kita dan angkat bala Covid-19 dari bumi nan bertuah ini sesegera mungkin. Sementara itu, kekal di rumah kecuali terdesak dan jaga diri, hiasi peribadi. Selamat Hari Raya Puasa buat semua. Jumpa lagi nanti. Assalamu’alaikum.

~ Nai @ Tak Pe Je.















 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan