Nai at Your Service
Assalamu’alaikum. Dua hari lepas aku ambik masa pergi beratur nak masuk shopping kat Tesco Wangsa Maju. Asalnya nak order online je, tapi slot penghantaran asyik penuh memanjang. Bila tengok delivery paling awal pun hari Isnin depan jam 5pm, malas aku nak layan. Kebetulan kerja tak sepadat biasa, aku cepat-cepat ajak bibik cari barang-barang dapur segala bagai.
Walaupun masih perlu beratur menunggu giliran, tapi keadaan takde la sekronik masa weekend. Takpe la kan, janji kita dah selesai memenuhkan troli dengan perlbagai jenis barangan runcit dan kudapan harian. Lega sungguh bila ingat semua ni, terutamanya apabila ‘total lockdown’ selama 14 hari diumumkan petang tadi. Esok lusa jenuh la manusia di lembah Kelang akan pakat menyerang hendap semua pasaraya besar dan kecil: panic buying to the core. Bibik kata, menyesal tak ambik banyak lagi bawang.. tapi kalau banyak-banyak sangat karang cepat buruk pulak kat dapur.
Anyways, sejak aku dilamun krik-krik setelah drama dark-comedy ‘Vicenzo Cassano’ melabuhkan tirainya, baru start minggu ni aku terpanggil nak layan drama ‘Doom at your Service’ (lakonan Seo In-Guk dan Park Bo-Young). Sebelum ni takde la beriya sangat mencari, tapi secara tak semena-mena hati meronta-ronta dah tak boleh bawak bincang. Maka akhirnya aku dengan penuh iltizam selamba kentang je install dan subscribe ‘Viu Malaysia’ demi memenuhi permintaan hati sendiri.
Kan dah tak pasal-pasal tambah koleksi hero baru?! Adoi... kemanisan apakah dak In-guk ni? Sekali dia senyum, berhenti kejap jantung dibuatnya. Urgh! Park Bo-Young pulak mak ai... tak reti nak tua ke? Makin lama makin lawa la pulaknya.... !!!
Tinggal lagi, terpaksa la menjeruk rasa nak tunggu sampai episod 16 minggu ke minggu, baru episod 6 kot! Haa... takpe la, sementara tu boleh aku layan koleksi BTS dalam Instagram, you.tube dan Viu sendiri. Maklum la kita nak start total lockdown 1hb Jun minggu depan, harus la pandai mengisi masa lapang secara seimbang antara dunia dan akhirat. Ah gichu!
Errrkk... membulat ler secara extra nampak gayanya nanti. Mana yang belum sempat puasa Syawal tu bolehlah rebut peluang, sempat lagi ni.. kita baru dalam 17 Syawal sekarang. Jaga diri hiasi peribadi, sampai kita jumpa lagi lain kali. Terima kasih sudi baca. Assalamu’alaikum.
~ Nai @ Tak Pe Je.
Comments
Post a Comment