Berlari Di Awangan
Assalamu’alaikum. Sesungguhnya long covid adalah sesuatu yang bukan sekadar rekaan mahupun konspirasi sesiapa. Aku dah biasa sakit tapi covid dan long covid kadang-kadang rasa macam nak putus asa malas nak lawan. Tapi menyerah kalah takde dalam kamus hidupku, maka dengan itu tetap bangkit untuk terus berjuang. Apa yang boleh kita lakukan selain daripada mengambil supplements ataupun ubat-ubatan ialah bersenam. Tak boleh tuang, tak boleh culas kalau nak kembalikan tenaga yang disedut virus. Pelan-pelan mula, kekal konsisten dalam mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau keadaan mengizinkan, boleh pergi jogging ataupun berlenggang kangkung macam itik pulang petang. Kalau rasa malas nak pakai tudung tutup aurat bagai, dapatkan peralatan bersenam dalam rumah. Tak kisah la tali skipping ke, basikal ke, treadmill ke, air-walker apa-apa je la yang sesuai dengan bajet masing-masing. Dengan syarat, gunakan benda alah tu penuh dedikasi jangan buat tukun ataupun tempat sa...